Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday 30 December 2014

do good

~Do good; and kindness will come to you..

baca dari instagram fynnjamal, inspiring artist.

tapi dia pun xsure dia baca quote tu dari mana.

tapi mmg betul kan

do kind things..even a smallest thing..& Allah will repay with kindness

biar yg baik tu hanya sendiri & Dia yg tahu

beri rezeki pada org lain..tolong org dari segi zahir atau tidak zahir

dan Allah akan mudahkan kita

alhamdulillah

dapat pengasuh baru faheem dengan mudah..baik pula tu

pengasuh lama stranded banjir, pengasuh baru ada appointment di klinik..
ah sudah
usaha sikit, terus dapat pengganti yang boleh jaga faheem semalam

alhamdulillah

mungkin itu berkat dari kebaikan kecil yg dibuat satu ketika dulu

wallahualam

atau mungkin juga rezeki faheem sendiri..budak bertuah yang belum ada dosa

alhamdulillah

terima kasih Ya Allah

moga kebaikan akan berterusan selepas ni..tanpa mengharap balasan manusia..berharaplah hanya padaNya..

insyaAllah

Tuesday 23 December 2014

aku & rinduku

walaupun x pernah sampai, 
tapi rasa rindunya x terubat
walaupun hanya pernah lihat di kaca televisyen
pasti indahnya jika dapat lihat sendiri di depan mata
Ya Allah jemputlah aku ke tanah suciMu...
.......
harini cover kd kg koh..cuaca ala2 mendung so ptn pun slow je..ntah kenapa tetibe je teringat plan nk g umrah yg ditangguhkan tu..
hm..mcmana ntah blh terfikir nak pergi je dlu dgn bizal & kfizan..nnt abah dh sembuh ada rezeki leh pergi lagi..
so terus wassap bizal...
btau dia cadangan nk g ber3 je dulu..pastu bizal tny budget, & suggest mungkin blh bawa mak jugak..
hm betul jugak..mak pun dh lbh 45tahun so blh tumpang mahram..
skrg ni keputusan still pending. dh wassap kfizan jugak minta dia pujuk2 bizal utk pergi april 2015
insyaAllah..
jemputlah aku Ya Allah..
jemputlah kami..Ameen
semoga dipermudahkan
teringin sangat nk jejak kaki ke sana..beribadat..minta ampun..
teringin nak ucapkan salam kepada Rasulullah & para sahabat..
teringin nak berdiri mengadap Kaabah depan mata..

Wednesday 17 December 2014

Allah suke mereka yg berdoa

susah nak start

weekend lps blk dengkil, sbb isnin exam utk master..

nak dijadikan cerita tgh dok makan sesama abah & en suami tetibe abah btau kaki abah blum sembuh betul lagi..abah mcm berat hati nk gi umrah dengan keadaan dia mcm tu..abah minta tangguh g umrah..

hm dalam hati rasa berkecai

sbnrnya x sabar sgt2 nk g umrah tu..sbb dh plan smpi pening2 kepala aritu cari travel agent..pastu ada gak baca2 blog org yg g umrah..bile dh baca tu yg rasa makin x sabar, x sabar nk ke makam Rasulullah, x sabar nk solat di masjid nabawi, x sabar nk ke tanah suci bersama jemaah lain, x sabar nk tengok Kaabah depan mata..

tp nak buat mcmana..mungkin blum smpi rezekinya..

rezeki duit dah ada, kesihatan pula x mengizinkan..

Ya Allah..

Allah x pernah janjikan segalanya mudah..mungkin Allah dh rindu nk dengar doa aku, rayuan aku..

dah lama x berdoa dan berharap bersungguh2 dengan khusyuk..mungkin Allah nak aku berdoa lagi..

dan Allah jualah sebaik-baik perancang..

aku kena redha. apa-apa pun kena perbaiki niat. in shaa Allah

jemputlah aku Ya Allah..ke tanah suciMu

sucikan hatiku, ikhlaskan niatku

ameen

Friday 5 December 2014

help others

When you help people, don't wait around to hear them say, "Thank you." A lot of times we do good things, but in the back of our mind we're hoping to get some appreciation. But if you make your intentions pure, and you expect only from Allah, He will take more care of you than you could ever imagine -Nouman Ali Khan

Tuesday 2 December 2014

manU family

yo yo oo je..heheh..ayah yg suruh umi & faheem pakai :D

Tuesday 25 November 2014

mesti ikhlas!

dok baca blog lama (yg penuh emo tu), rasa mcm aku ni messed up sesgt

i mean, berapa ramai org yg Allah bg dugaan yang lbh berat?

aku ni, actually sgt bertuah.

alhamdulillah. klu fikirkan balik, aku je yang x bersyukur.

bile tgk org lbh sikit, rasa mcm ada sumting berat dalam hati.

amende la.

setakat ni ada family yg penyayang, anak, rezeki yg x pernah putus. Alhamdulillah

so cube ikhlas!

ikhlas sebagai seorg anak. ikhlas sebagai seorg isteri. ikhlas sebagai seorg ibu. ikhlas sebagai seorg doktor. ikhlas sebagai seorg manusia.

memberi lebih baik.

dugaan yg Allah beri untuk menghapuskan dosa yang lalu, sekiranya kite bersabar.

kadang2 rezeki tu cepat, kadang2 ia lambat. tp Allah dah rancang semua, bersesuaian dengan apa yang terbaik utk kite

ingat, sebaik2 perancang adalah Dia.

ingat x dulu masa pindah Perak, ada masalah untuk claim elaun pindah. mcm2 dugaan siap kne ngadu kat pegawai jkn. alhamdulillah last2 dapat jugak..dan duit tu elok2 je time nk kena guna untuk belanja kahwin. see? Allah dah rancang semua. mungkin kalau dapat duit tu awal, dah boros belanja. bila nk kawen tibe2 x cukup duit pulak. kan?

apa yang penting, bersangka baik dengan Allah. Allah adalah apa yang kite sangka, kalau baik sangkaan kite maka baiklah yang kite dapat. kalau kite bersangka x baik, maka x baiklah yang kte dapat. Bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah.

Allah beri ibu bapa, maka hargailah mereka. Allah kurniakan suami, maka berbuat baiklah. Allah hadiahkan anak, maka bergembiralah. Allah berikan pekerjaan dan rezeki, maka bersungguh-sungguhlah, mesti ikhlas.

insyaAllah