Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label seopjikoji lighthouse. Show all posts
Showing posts with label seopjikoji lighthouse. Show all posts

Wednesday, 27 March 2019

Jalan-jalan Jeju Island bersama JejuMuslimTravel - Day 3

Tarikh trip : 10-14 March 2018
Musim : Bunga

Day 1
Day 2 - Part 1Part 2
Day 3
Day 4 & Day 5

Ok iti utk hari ke3 adalah seperti berikut ;)

Breakfast at Hotel
Start tour
Gimnyeong Beach. Enjoy the turquoise color
of the sea water with windmill surrounding
the beach.
Woljeong Beach. The most commercialize
beach in Jeju-do where you can find a lot of
hipster coffee shops.
Seongsan Ilchulbong. Was once a volcano, it
is now listed as Unesco heritage site.
Lunch
Seopjikoji Lighthouse. In 1999, a drama called
All-in starring Lee Byung Hun was set here.
The house located at the lighthouse was Lee
Byung Hun’s house but now is turned into a
souvenir shop.
Seongeup Folk Village. The oldest village in
Jeju-do aged 200 years and the folks are still
living here traditionally. You may try Korean
Traditional Hanbok here with a fee of 10 000
KRW. This is also the setting for Korean
drama called “Jewel in the palace”
Return to Hotel
Dinner
Free & Easy

Dalam banyak2 lokasi di atas, hanya Seongsan Ilchulbong je lokasi yang dah dijejak kaki tahun 2014 dengan husband & faheem. tapi masa tu kami x panjat sampai atas sebab masa limited & faheem pun bru setahun lbh time tu, takut separuh jalan je dah x larat sape pula nak mendukung hehe. walaupun x naik sampai atas kami sgt2 enjoyyy sbb view kat bawah tu pun dah super cantik, faheem pula 1st time dapat lepas (asyik terikat dlm stroller haha) & sronok dia berlari2 kat padang yg luas tu. alahai kenangan seronok sgt masa tu. Itu la yang membezakan kalau travel dengan orang yang berbeza2 ni, pergi la tempat paling seronok di muka bumi pun kalau dapat geng travel yang x best, mendapat la kenangan perit oi.

ok kite breakfast dlu..ni la dewan makan kami..tepi kiri tu coffee machine
available 24hrs/day

menu lbh kurg sama je everyday haha. tp mushroom soup tu sedap mkn everyday pun x jemu.
 klu boring jugak makan je la maggi dlm kotak peninggalan rakyat mesia di blkg.

ajumma goreng telur mata kerbau yg garang x senyum. hehe

lepas dah kenyang makan breakfast kami pun gerak. Lokasi pertama adalah pantai. yeay dapat hirup fresh sea air pepagi nikmatnya :) pantai di jeju akan dibuka utk mandi-manda pada waktu summer je, tapi ye la bulan 3 tu masih sejuk beku lagi kalau dibayar 10000 won utk mandi pun rasanya x sanggup ^^ jom layan view di Gimnyeong Beach :)

windmill & clear bluish water <3


posing sikit di atas batu hitam hasil letusan gunung berapi beribu2 tahun lalu

us enjoying the morning breeze

jeju's women diver at work :)
Kami berhenti sekejap tepi jalan untuk tengok Haenyeo in action. Diorang ni adalah wanita Jeju daripada lingkungan umur yang berbeza, menyelam tanpa bantuan oksigen, dan akan cari hasil laut segar sebagai punca pendapatan mereka. kalau tengok movie Canola blh tengok la life diorg ni, menarik juga.

Gimnyeong beach & Woljeong beach ni bersambungan cuma area kat Woljeong beach lebih meriah, ada byk cafe2 hipster & lebih ramai tourists. kalau tgk ig mereka2 yang dah smpi ke pantai ni banyak la gambar kat kerusi2 khas yg ada kat tepi pantai ni. sila layan gambar wuwu ;)

 



 

lepas dah lepak posing mcm2 atas kerusi tu, kami pun mencari la hipster cafe utk ngeteh. 1 lagi mende best yg dirindui kat korea ni ialah Caramel Macchiato, haha. byk round minum caramel macchiato ni dgn husband masa dtg tahun 2014 ritu ;) xsusah pun nak cari cafe berlambak kat tepi pantai tu tapi kami cari yang ada view cantik menghadap laut. sejuk2 tu minum hot caramel macchiato, pergh nikmat sungguh.

candle without fire
Dal Beach Cafe. best lepak sini facing laut :)
lepas dah kenyang hirup angin laut, kami pun menuju ke Seongsan Ilchibong as per planned. Kali ni memang dah nekad nak naik sampai puncak hehe. dulu masa dtg dengan anak kecil boleh la buat alasan x naik, ni dah datang sorg2 pun x naik sampai atas rugi la kan.

masa nak naik tu sebenarnya dah tengahari, tapi sebab nak mengejar tempat attraction, kami panjat dulu Seongsan Ilchulbong sebelum lunch. perut dah krik krik juga so makan la biskut2 dulu. sebab tu kalau pergi travel walaupun ikut agent kena standby juga kudap-kudapan sebab masa makan kadang2 tak tentu. lagi2 bila banyak berjalan ni guna tenaga banyak & cuaca pula sejuk cepat bebenor rasa lapar haha.

cantik pula landscape tepi jalan ni

ok dah sampai. memori faheem berlari2 kat padang luas tu terus berada di ingatan time ni.
mula la rindu kat anak kan hehe. sebelah kiri tu kaunter tix, tix dah termasuk dlm pakej.

ok jom start mendaki

muka ceria lagi time ni haha

view deck. superb view, Subhanallah

Setelah berhempas pulas mendaki, berhenti rehat few times (LOL), kami berjaya juga sampai ke puncak. Sha kata average org naik dlm stgh jam, tp kami lebih sikit la hahaha. xpe yg penting sampai ke puncak dengan selamat. sampai kat atas nampak pula 1 couple ni bawa baby twins ke puncak. wah wah, malu pula rasanya. comel sgt baby twins tu tanpa segan silu pergi bergambar together ^^ kenangan ni :)


view di puncak. mcm padang rumput atas gunung.
salute la couple ni blh mendaki sambil bawa baby sorg 1 :)
Turun laju sikit sebab masing2 x sabar nak gi makan. Sha kata kalau nak solat area situ pun boleh tapi lokasi macam x sesuai sikit sebab luar dari toilet tu kawasan parking yang agak sempit, pastu ada construction pula time tu. siap2 niat jamak takhir, harap2 ada tempat yang lebih sesuai di next location. Kami membeli belah sourvenir sikit di sebuah kedai bersebelahan dengan parking. Sha kata kedai tu je setakat ni yang team diorg jumpe ada jual tshirt yg ada wording Jeju, harga pun berpatutan. owner kedai siap bagi free chocolate utk kami, sedap!

ok jom turun - laluan turun ikut jalan lain, xde la bertembung dgn org yg mendaki

ni dah kat area bawah.
masa datang 2014 bln 10 so musim hujan & angin kuat.
time tu ombak tinggi sampai cecah tebing tertinggi kat belakang tu.
kali ni datang tenang je laut :)

sourvenir shop. kat sana merata2 patung ajushi tu.

owner baik hati blh tawar-menawar. siap dapat choc free. Tq friend!

mcm2 ada. pilih sampai rambang mata

our delicious lunch. ramen with abundant of fresh seafood nyum3

Next kita ke Seopjikoji Lighthouse - tempat ni famous bila jadi lokasi untuk drama All In, tapi memang tempat ni viewnya marvelous pun. Kat sini jumpe lagi dengan pretty Canola so selfi2 lagi la haha :) dari sini juga boleh nampak Seongsan Ilchulbong dari jauh, lokasi tepi laut so suasana dia sgt2 mendamaikan. Bunyi laut tu kot, atau angin yang sepoi2, atau bau laut tu sendiri, entahlah..yang penting tenang la kat sini. blh mengubat hati2 yang lara tu k ^^

sampai2 je kat area lighthouse tu jumpe pula ajumma tgh bakar2 hasil laut.
nasib baik baru lunch kalau x teringin juga nak merasa :)

lighthouse putih kat tgh2 tu nmpk kan? jauh juga nak menapak tapi x terasa pun
sbb sambil jalan sambil enjoy the view <3

candy house. kosong je macam terbiar..

hi canola <3 lighthouse at the back


dari sini leh nmpk seongsan ilchulbong

x naik pun ke lighthouse tu sbb masa ni actuallynya terkejar2 mencari tempat nak solat jamak.
tapi ada geng yang naik, diorg kata x terjaga sgt kat situ..poor maintenance 
Solat jamak takhir akhirnya berjaya dilaksanakan di area parking Seopjikoji Lighthouse ni, Alhamdulillah. toilet bersih utk melepaskan hajat & berwudhu'. kebetulan masa tu salah sorg team JMT yang bawa private group 1 family ni dah bentang siap2 sejadah dia tepi area parking tu. mmg tersorok sikit dari pandangan luar so dapatla solat dengan aman. syukur diberi peluang melaksanakan ibadah di bumi asing..kan..tiada alasan lagi :)

Ok last destination untuk hari ke 3 ni adalah Seongeup Folk Village. Rumah tradisional di sini dah berusia 200tahun tapi masih kekal utuh sehingga ke hari ini. Terdapat juga rumah yang masih ada penghuni cumanya rumah yang berpenghuni tu kami tengok diorg ada renovate2 sikit la, jadinya dah ada ciri-ciri moden. perkampungan ni juga adalah tempat pengambaraan drama glemer 'Jewel in The Palace', drama yang mengisahkan tukang masak di zaman maharaja korea dulu-dulu. drama tu menarik tau, last2 heroin tu jadi Pegawai Perubatan Istana ;)

Masa datang tahun 2014 tu ada juga datang ke sini, keadaannya jauh lebih baik la daripada datang 2017 ni. Dah kenapa Jeju ni pun nak jadi macam Malaysia ke, kawasan tumpuan pelancong x terjaga uhuhu. Kitorang sampai ke sini lewat juga, dah nak sunset so x dapat la merasa pakai Hanbok kat sini. Nasib baik tahun 2014 dah merasa^^

Ajumma ni dah nak balik sebenarnya, tapi bila dia nampak kami segerombolan datang,
dia patah balik & buka tea shop dia balik hehe.
dapat la merasa madu & teh free ;)
walaupun kami semua x beli, dia senyum happy je. TQ ajumma

gambar Jang Geum dah pudar.. gambar lain ada yang dh x mcm gambar, terhakis etc

rumah2 masih maintain la, ok la tu 

sunset menerpa

pokok oren membuah dengan lebatnya di laman rumah
`
nak naik tapi kemalasan. amik gambar dari bawah je
Lepas dah puas pusing2 jalan2, Sha pun ajak kami balik ke hotel. dah gelap pun time nak gerak balik tu. masing-masing keletihan berjalan sakan arini. sampai hotel je rehat2 dan & dipanggil utk dinner. Dinner malam ni nasi sotong. hehe boleh laa disebabkan ada seaweed tu terus ada selera. nasi diorg macam nasi kat jepun la, kenyal2 sikit macam pulut.

dry seaweed & soup - si penyelamat

tangkapan harini :) 
ok tamat sudah hari ke3. sgt enjoy. x sabar menunggu hari esok. esok makan food sedap, teringat2 sampai sekarang....