Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label yellow cafe. Show all posts
Showing posts with label yellow cafe. Show all posts

Monday, 25 March 2019

Jalan-jalan Jeju Island bersama JejuMuslimTravel - Day 2 Part 1

Tarikh trip: 10-14 March 2018



Day 2 iti:-
Breakfast at Hotel
Start tour
Jusangjeolli cliff
Witness the beauty of
volcanic rocks that formed hexagonal pillar
shaped since 2000 years ago.
Cheonjeyeon Falls. 
A waterfall that located
in a town, the depth of the waterfall is 20m.
There are 3 waterfalls located along the
stream. We will visit the first and the second
waterfall only due to time restriction.
Lunch
Canola Flowers Garden. 
During spring
season, Jeju is famous with its majestic view
of Canola flowers planted all over the island.
It is one of the main attractions during spring
time.
Yongmeori Coast
Also knows as the Jeju Island Grand Canyon,
Yongmori is full of beautiful cliffs. You will be
surprised by its natural cliff formation and the
majestic view of the sea.
Osulloc Green Tea Farm & café. 
The largest
green tea farm and the most famous green
café in Jeju, Osulloc Café.
Innisfree House. 
Innisfree is a Jeju island
based cosmetics product.
Return to Hotel
Dinner


Haaa..kongsi iti JMT je aci x? haha. 
Awal-awal pagi je bangun mandi, solat subuh & turun breakfast. Breakfast dimasak oleh ajumma korea (ala dia goreng telur je hehe). ada roti, mushroom soup, jem, telur mata kerbau, fruit salad, fresh milk & coffee/tea. actually coffee tu available je 24jam di hotel, ada coffee machine provided, FOC :) maggie peninggalan customer JMT pun ada je kot ada yang nk breakfast maggi. ok la, basic breakfast tapi kenyang. 

1st place dituju adalah Jusangjeolli cliff. Info seperti di atas LOL. kat jeju ni utk pencinta alam mmg masyuk la..yang suka nature, suke tengok keindahan alam..mmg sesuai la,mmg Subhanallah view2 di Jeju. kalau yg minat shopping2 tu, kureng sikit k. tapi untuk ai yg suke tengok anything cantik, sgt2 terujaa :)

tadaaa! dah sampai

gambar x memberikan justice. sgt2 cantik cliff ni sbnrnya,
background music pula bunyi ombak dan laut..perghh

otw keluar tapi xpuas menghayati view so snap lagi gambar hehe
lihatlah air biruuuu di belakang tu <3

tadi view dari atas ni view dari level rendah tepi pantai ;)
lepas dah puas snap sana, snap sini, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. masa otw ke jusangjeolli cliff tu, kami ternampak Yellow Cafe tepi jalan. Yellow Cafe ni jual banana uyu & food yang diinovasikan daripada banana uyu. ok apa tujuan ai datang ke Jeju???? nak minum banana uyu kan? (LOL) so of course la bila nampak Yellow Cafe di depan mata terus keterujaan tu datang melonjak-lonjak. Ingatkan ai sorg je rupanya yang lain pun teringin nak singgah. sebenarnya mmg x termasuk dalam iti, Sha pun worry takut x sempat nak lawat sume tempat nanti, tapi selepas menabur janji manis yang kami akan  beli dan blah cepat2 x lepak lama2 akhirnya Sha pun mengalah. Yeay TQ sha! terbaik la sha ni hehe.



dari jauh dah nampak statue ni..gila x teruja..hehe

yellow cafe with yellow interior ;)

kalau dapat lepak lama2 ni syiok juga ni.
lupa jap dah tabur janji2 manis kat Sha ;)
slurppppp nyummmyy!!
jumpe cutie pie wearing yellow pants.
model yellow cafe ke..
Ada yang beli icecream, ada yang beli milkshake. kalau suke banana uyu confirm jatuh cinta dengan yellow cafe ni. x nyesal pujuk Sha suruh singgah, dah ada depan mata kan hehe. Kesedapannya tu rasanya boleh membuatkan ai book tiket ke Jeju semata-mata nak gi Yellow Cafe ni je haha. Over x? ;) Lepas masing-masing dah lepas kempunan, kami ke Cheonjyeon Falls. untuk info refer kat iti di atas juga la k ;)

ok jom layan waterfall!
inilah dia Sha. masa ni tengah explain
pasal waterfalls tu..

mirror image <3
waterfall akan muncul kalau hujan.
masa kami pergi tak hujan so xde la waterfallnya.
amazing view nevertheless. 
peace

dh smpai area waterfall no2.
kena turun naik byk tangga utk ke sini (^^;)

ada yg berani minum x?
peaceful. hilang penat naik tangga haha

bridge di area waterfall

dragons below the bridge


tempat ni memang cantik tapi kalau yang bawa warga emas tu kena tengok2 juga la condition fizikal, memang banyak tangga nak turun naik. kitorg gi 2 je waterfall lagi 1 tu memang ikut iti tak pergi sebab kekangan masa. lagipun xlarat la hai kami nak naik2 tangga lagi hehe.


Ok dah penat turun naik tangga perut pun dah kelaparan. Time for lunch. Untuk lunch kami makan di sebuah seafood restaurant berhampiran dengan Mount Sanbangsan. Sementara menunggu food sampai, kami solat jamak zuhur asar. owner sgt baik bagi JMT guests utk solat di dalam restauran walaupun mereka nonmuslim. 

ermmm kalau blh baca tulisan korean leh faham la ni..nama restaurant^^

sampai2 je nampak ladang canola^^ jap lagi ambil gambar, makan dulu la haha

Mount Sanbangsan

tempat solat di dalam restaurant

our food <3 sedapp

lepas dah solat, dah kenyang makan, kami pun gerak ke luar restauran. ee x sabar nak amik gambar kat canola farm. ada fee juga tapi dah included so Sha yang bayarkan, xsure pula berapa hehe. excited sbb tgk kat ig jejumuslimtravel lawa2 kot gambar di canola farm ni <3

she is so pretty

mt sanbangsan, canola & me. tajuk movie baru di pasaran ;)


cant get enough of canola^^

Day 2 ni byk tempat kami terjah so sambung part 2 la ;)