Musim : Bunga
Day 1
Day 2 -
Part 1,
Part 2
Day 3
Day 4 & Day 5
Iti untuk hari ke4:-
Breakfast at Hotel
Start tour
Hallasan Mountain. The highest mountain in
Korea. We will drive to up to 1100m
elevation where it is accessible by road.
Mysterious Road. Witness how a car can
move up hill without having to start the car
engine.
Lunch
Jeolmul Natural Recreation Forest. Jeju
Jeolmul Natural Recreation Forest is located
northeast of Hallasan Mountain on Jeju
Island. Jeolmul Oreum, the park's main
mountain, is famous for its beautiful
Japanese cedar forest. Jeolmul Oreum is
about 697m high and created by volcanic
activity.
Dongmun Market. A market where you can
taste Jeju street foods and souvenirs
shopping.
Return to Hotel
Dinner
Free & Easy
Hari ke4 ni awal2 lagi dah x ikut iti. Kita ke Jeolmul Natural Recreation Forest dulu lepas tu baru ke Hallasan Mountain. Kat sini cantik juga la hutan dia berbeza dengan hutan di Malaysia. Kat sini juga ada mata air yang boleh diminum begitu saja tapi sayangnya x pergi ke mata air tu sebab dah nak balik baru Sha beritahu pasal mata air tu haha. Its ok ktorg ikut je track yang disediakan sampai ke hujung jalan. rasa cam dah jauh sgt so patah balik & teroka area lain pula.
|
ok jom explore.. |
|
risau je kot tibe2 ada beruang di sebalik pokok |
Ok next kita akan ke Hallasan Mountain, the highest mountain in South Korea. nasib baik xpayah daki ke apa, naik van je dah boleh sampai ke ketinggian 1100m atas paras laut. Nak kata jalannya bengkang bengkok pun x sangat la, naik Cameron lagi memeningkan ;) untuk pencinta hiking, ada beberapa track yang boleh dipilih untuk ke puncak. kat atas puncak tu ada tasik yang cantik buat tatapan hikers sume. terbaik kan tasik kat puncak gunung? maybe next time la kalau ada rezeki boleh la cuba panjat^^
Masa kami sampai tu masih ada sisa2 snow di atas gunung tu. rupanya2 seminggu selepas kami balik tu snow pun turun dengan lebatnya^^ untung la yang dtg time tu sbb dpt experience spring & winter. xpe la sejenis x tahan sejuk & so ok la.
Kami menuju ke ketinggian 1100m atas paras laut di Hallasan Mountain. Kat situ ada park yang ada train utk kita jalan sambil melihat pokok2 & tumbuh-tumbuhan atas gunung. disebabkan datang bulan 3, winter baru je nak beransur, so pokok2 togel lagi. apatah lagi bunga, putik pun x nampak bayang haha. tapi cantik je view kat area situ. rasanya kalau winter penuh snow tu mesti lg cantik <3
|
ok dah sampai..ni di area park |
|
pintu masuk trail. ada fee yg dh included dlm harga pakej |
|
x ingat berapa jauh trail ni tapi dalam 15-20mins je. jadi lama sbb asyik berhenti utk selfie |
|
ada jugak batu2 hitam ni atas gunung |
|
seberang jalan ada restaurant & viewpoint |
|
anggap je la ni tasik atas puncak gunung^^ |
|
dah siap pusing trail baru teringat nak snap |
|
haa kalau ikutkan ni la dia tasik atas puncak gunung tu. cantik kan? |
|
nak teropong siapa? |
Kesejukan di atas gunung menyebabkan kami kelaparan yang krik krik krik sgt. restauran kat situ pula x menarik sgt la, nak ngeteh pun macam x teringin. Selepas tempoh masa tamat, kami semua pun berkumpul la dalam van, masing-masing x sabar nak tahu lunch apa pula hari ni..jeng jeng jeng..
|
restaurant super sedap! berhadapan dengan
Jeju University |
|
the best kimbap ever! |
|
ramen & teokbokki, asam pedas mackerel, kimbap. |
Dalam banyak2 lunch yang kami makan, restaurant ni la yang paling superb sekali. memula order kimbap tu share2 la konon, skali dah rasa punya la sedap, order lagi sorang 2 servings ;) recommended sgt restaurant ni. iskk teringat2 pulak..
Lepas dah kenyang kami pun ke destinasi seterusnya iaitu Dongmun market. almaklum la esok dah nak balik Malaysia, kena la mencari sourvenir utk dibawa pulang. Kat Dongmun market ni ada banyak jual street food, kena pandai cari la mana yang halal k. Ada juga kedai2 kain & pakaian, kalau teringin nak mencari hanbok ke boleh la usha2 kedai2 kat sini.
|
welcome to Dongmun Market, Jeju |
|
pencarian cekelat Halal. ada yg bertanda Halal k. cari jgn x cari |
|
kat sini kami memborong sudu Korea yg glemer tu hehe.
macam xde sudu je kat mesia nun^^ |
|
many choices. sediakan wonnya je. |
|
pelbagai jenis kimchi.
sy bukan peminat kimchi so tgk sekilas pandangan je ;) |
|
hanbok <3 sweet colour |
|
membeli hotteok dgn ajumma ni..1st time makan, kena juga dengan selera |
|
beli 2 sebab nak rasa dua2 perisa, pastu x larat makan hehe. |
Ok juga la jalan-jalan area Dongmun ni, meriah je macam-macam ada. Kitorg ingat ni last la sebelum balik hotel, rupa-rupanya Sha bawa kami ke Emart shopping mall pula, ada yang nak memborong Banana Uyu yeay! macam2 ada kat mall 2 tingkat ni, tapi kami mencari bahan makanan je ;)
|
pintu masuk |
|
pujaan hati <3 murah la kat sini kalau nak memborong. beli 1 box yang ada 4 tu je sebab
nak kena abiskan sebelum naik flight (nasib org x beli luggage) |
|
ada promo strawberries pulak alahaii tgk la warna bright red tuuu.
size pulak besar2 |
|
slurppp |
|
tangkapan arini. xleh byk2 nanti bag x muat huhu.
strawberry & susu kena abiskan juga sebelum naik flight |
|
muka happy dengan tangkapan masing2 ;) |
bayangkan ye berapa banyak makanan yang perlu dihabiskan sebelum naik flight esok- hotteok, kimbap 2 roll, strawberries, banana uyu 4 botol, orange juice pun masih ada dalam fridge (^^;) pulak tu sampai2 hotel je Sha panggil utk dinner - shrimp burger!
|
sedap! udang sebijik-sebijik |
|
dessert for the night. sweet & juicy |
|
tangkapan. sygnya teh dalam bekas bulat tu kne confiscate huhu..rupanya terlebih 50mls..ces3 |
|
choc with different flavors. yang penting ada tanda Halal :) |
Malam tu gigih la menghabiskan segala jenis makanan sambil mengemas bag. Kimbap kena masukkan dalam fridge dulu sebab dah tak larat dah perut dah penuhhh.
Esoknya selepas breakfast kami terus ke airport, flight pukul 11am+. dari hotel dalam 20mins+ je. sampai airport agak awal, kami antara yang terawal check in. Nasib baik kat airport Jeju ni xde timbang pun cabin bag fuhh..rasanya terlebih muatan juga tu, kalau kat jepun alamatnya x lepas ler.
Lepas dah check in kami pusing2 jap tengok apa ada di airport tu. x besar sgt la tapi ada 1 sourvenir shop ni kami terjah sbb nak menghabiskan won. bag pun x timbang so blh la masukkan sikit lagi muatan^^ harga sama je macam kat market, kalau tau beli kat airport je hehe. sourvenir kat airport mahal so better beli kat market.
|
luggage sayer di hadapan souvenir shop di Jeju Airport.
harga choc sama seperti di airport. |
|
kimbap semalam for lunch^^ masih kekal sedap & segar |
|
ni namanya teringin nak makan icecream di langit biru |
Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia dengan selamatnya. Untuk pencinta nature memang sangat recommended untuk menjelajah ke Jeju, dalam 5 hari je boleh cover banyak tempat cantik :) sekarang dah ada direct flight KUL-Jeju AirAsia, boleh direct ke sana tanpa transit di Seoul. Fuh, lega kempunan nak minum banana uyu tercapai hehe - sekian.
No comments:
Post a Comment