Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday 21 June 2015

ramadhan 2015 day4

solat jemaah

kemas umah, sapu & mop lantai, msk lauk buka

habiskan surah hud, mula baca surah yunus

menu arini

Saturday 20 June 2015

ramadhan 2015 day3

solat jemaah

complete surah yunus

masak

menu day3

Friday 19 June 2015

ramadhan 2015 day2

sambung baca surah yunus
mathurat
zikir

menu day 2

ramadhan 2015 day1

1st day

abiskn surah taubah

mathurat sughra

zikir

terawih :)

menu

Friday 5 June 2015

wedding cik nin

date : 30may 2015

place : taman tasik metropolitan, kl

konsep wedding tepi tasik, 5pm -10pm

kami sampai awal..kul 5pm..tp xde pape lg..selfie dlu la
bdk sronok main dgn kazen..dh nk smpi baru tdo..teman jap la dlm kete berekon ni..kat luar panas..
bangun2 terus terjah playground..tgk la ayah tu dgn bju melayunye..isk isk
pengantin x smpi lg, kami rasmikn pelamin dlu ye
alumni st john..mantappp..
bersama pengantin
alhamdulillah semua berjln lancar..
peace sikit

Wednesday 3 June 2015

golongan mengutuk & terkutuk

sekarang ni segala job kena kutuk.

jadi cikgu orang kutuk, kata x pandai ajar bebudak
jadi polis orang kutuk, kata anjing
jadi nurse orang kutuk, kata x tukar pampers mak kat wad
tapi yang paling terasa sekali, bila orang dok mengutuk doktor la kan...

suatu masa dulu, pekerjaan2 ni la yang diimpikan mak2 bapak2 untuk anak2...
pekerjaan2 ni la yang orang pandang tinggi...

itu dulu.

sekarang tertanya2 la..orang2 yg asyik kutuk mengutuk ni, diorg nak anak2 diorg jadi apa ye dah besar nanti?

jadi macam diorg jugak ke? kutuk saja semuanya. celik mata je kutuk, tengah makan kutuk, sebelum tidur pun kutuk.

jadilah bangsa yang mengutuk dan terkutuk.

tapi selalunya golongan mengutuk & terkutuk ni tebal muka masing2.

contohnya dia baru lepas kutuk cikgu, sekali anak dia ada masalah kat sekolah..cikgu tu jugalah dia minta tolong. ada dia nak malu? x kot, muka tebal.

pastu dia dok kutuk polis, pong pang pong pang dia kutuk. eh sekali rumah dia kena masuk pencuri sebab asyik main fesbuk je lupa nk kunci pintu. polis jugak yang dia cari. ye la xkan nk report kat abg bomba pulak kan? dan adakah dia malu nak report kat polis? x kot. muka tebal.

tup2 dia kutuk nurse & doktor, yang ni malas nk citer sebab sensitif sgt. yang pastinya last2 dia kembali juga berjumpa nurse & doktor sebab..sebab apa? fikirlah sendiri.

tapi siapalah saya untuk membincangkan mengenai golongan yang mengutuk ni, kebanyakan mereka xtau pun apa sebenarnya yg diperdebatkan. tp nak jugak mengomen dgn kutukan.

apa2 pun nasihat untuk diri sendiri kerja biarlah ikhlas. yang memberi cabaran & ujian tu sebenarnya hanyalah salah satu jalan Tuhan bagi utk kita menambah pahala.

bersabarlah teman2 di luar sana, semoga mentaliti masyarakat akan kembali positive. apa yang penting adalah niat, baik niat kita maka baiklah hasilnya, baik di dunia, baiklah ia di akhirat nanti.

Tuesday 2 June 2015

sahabat

bila dh kahwin ni alhamdulillah suami lah sahabat, suami lah teman.

betul, zaman muda remaja selalu confuse pasal persahabatan ni.
keliru sampai dah x tau yang mana yang boleh dianggap sahabat, yang mana sebenarnya musuh dalam selimut.

sebenarnya x kira lah siapa pun orangnya, kalau kehadirannya buat kita rasa berat hati, buat kita rasa sedih, buat kita rasa susah hanya untuk pastikan dia gembira, itu bukanlah teman yang baik untuk kita.

sahabat sepatutnya menyenangkan kita, menghilangkan serabut kita, suka duka kita dia tetap terima kita.

sahabat ni umpama rezeki. sama ada hadirnya umpama hadiah, atau sekadar ujian untuk menguji kita.

yang penting walau bagaimana pengakhirannya, biarlah dengan cara baik. yang salah dimaafkan yang betul kita kenang.

tapi bagaimana kalau dia tidak mahu maafkan saya?
itu urusan dia dengan Tuhan.

walau kita terasa tiada kawan, walau terasa hidup keseorangan, ingatlah yang Allah sentiasa ada. Lambat atau cepat Dia akan berikan yang lebih baik daripada apa yang hilang...