Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label kachi ropeway. Show all posts
Showing posts with label kachi ropeway. Show all posts

Thursday 14 March 2019

Jalan-jalan Jepun berdua dengan Faheem - Part 4

Tarikh trip : 28/10 - 2/11/2018

Sambungan dari SINI :)

tiket retrobus. boleh guna utk 2 hari.
cover Red, Green & Blue line. Tapi kami guna red & green saje la, x cukup masa nk
explore blue line. papepun harga masih berbaloi :)
 faheem baru 5 tahun so masih free^^

Lepas dah berjalan2 kat Oishi Park & shopping sourvenir, kami tunggu bas Red Line untuk ke perhentian yang seterusnya - no 9. Faheem dah x sabar nak naik gondola. Dulu namanya Kachi Kachi Ropeway (baca dekat blog org yang dh sampai lebih awal), tapi sekarang dah bertukar nama - Mt Fuji Panorama Ropeway. Ada juga yang x suggest untuk naik sebab x tinggi pun x sampai 10mins dah sampai tapi alang2 dah sampai naik je dapat la view Mt Fuji dari level mata yang berbeza haha. 

Fee return 800 yen dewasa, kanak2 400yen.
Boleh tengok official website di SINI :)

kemain dah x sabar org tu
the tix. beli kat machine je.
 disebabkan x tinggi so kekerapan gondola
pun kerap je. x tunggu lama

yeay dah sampai atas. view mmg awww sgt. leh nampak daun2 autumn,
background mountain, boat tgh2 tasik & langit biruuu~


gigih dia main loceng tu.
masa ni Mt Fuji menyorok sekejap.
erm nasib xde yang kena marah panjat 2 ekoq binatang tu.
sejarahnya leh google la k ^^


cak!!
it's autumn & it's so beautifulll~
Ok sgt la naik atas tu. berbaloi je. kalau beli tix sekali dengan cruise sebenarnya lagi jimat tapi sebab xnak terkejar-kejar masa, cruise tu kitorang skip. masa turun pun dah nak gelap. sempat juga la tengok matahari sipi2 lagi nak terbenam. SubhanAllah memang cantik sgt2.

Perasan x xde cerita lagi kitorg lunch apa kan..yg sebenarnya memang x sempat mkn bento asya bekalkan tu lagi, sibuk jalan2. faheem ada makan sneakers, biskut & icecream. umi ada makan onigiri & icecream haagen dazs yg sgt sedap hehe. harga haagen dazs kat sana murah lg dari yg kat malaysia. so gunakan peluang utk mkn sebaiknya ;)

kitorg spend dalam sejam lebih juga la kat atas tu. faheem dok kejar daun autumn yg luruh, lari sana lari sini, panjat sana sini, pau umi toy, posing sana posing sini..enjoy la haha. masa turun pun beratur tak lama, masuk2 je cari seat tepi belah kanan sebab leh nampak view tasik. 

berjaya pau umi

dah selamat turun. gaya apa tu


view menunggu gondola utk turun.
rupanya ada 1 lg gambar Wafi, tapi dari belakang pula haha
umi pun posing juga la. TQ cameraman Wafi

Bila dah turun tu kami pun tunggu bas untuk pulang ke Kawaguchiko station. Kitorang berpisah dengan Wafi masa ni sebab dia dah ada plan nak ke onsen, x jauh dari area tu. Berkali-kali umi say TQ kat dia sbb teman kitorg berjalan2 sambil jadi cameraman FOC hehe. Dia janji akan share semua gambar kitorg yang dia dah snap guna camera mahal dia tu nanti. Yes happy betul Umi. kalau xde Wafi tu mesti Umi berdua je la wefie2 dengan faheem^^ One day insyaAllah kitorg sampai di Brunei k. bawak ktorg jalan2 tau ;)

Masa tunggu bas tu memang sejukk bebenar rasanya. umi memang sejenis tak tahan sejuk sgt. tengok faheem dia relax je. bila bas yang dinanti-nantikan sampai, sekali penuh pula alahai. x lama lepas tu dalam seminit camtu je datang pula bas lagi 1 & kosong! rezeki nak dapat seat rupanya..alhamdulillah. Masa tu dah jam terakhir untuk perkhidmatan retro bus tu so kekerapan lebih lagi kot sebab ramai tourist lagi nak balik ke arah kawaguchiko station kan. sebenarnya ada plan nk dinner kat restauran halal area kawaguchiko lake - Restauran Alladin, tapi disebabkan bento asya pun x makan lagi & kaki dah lenguh semacam kitorg terus plan balik ke hotel je la.

sampai2 je di kawaguchiko station, kitorg pun jalan adalah dalam 5 minit & sampai ke hotel. Bag yang dah letak kat lobby tadi dah selamat pun sampai ke bilik. Kaki ni dah rasa goyang2 semacam je x sabo nak masuk bilik & rehatkan kaki huhuhu. almaklumla dah hari ke 3 jalan x hengat sampai ke malam. masa memula plan iti mmg book bas lewat sikit ari sebelumnya kan plan nk stay kat disneyland sampai malam, risau juga ada yang keletihan. tp last min tukar plan amik bas awal sbb bila sampai awal blh la jejak kaki kat byk tempat sikit kat area kawaguchiko ni. mmg seriously lega sgt sbb plan nak bermalam. x sanggup rasanya nak naik bas 2 jam ke shinjuku pastu nak naik train stgh jam..pastu nak berjalan lagi ke umah asya wawawa. 

sampai2 hotel je masuk bilik letak barang & terus buka bento asya. pergh kebulur masing2 haha. asya bekalkan nasi siap letak serunding nyum2. memang selera sungguh la umi & faheem makan. licin you hehe. 


masuk2 bilik je disajikan dengan view ni <3
 
umi sambil rehatkan kaki atas katil sambil mengadap faheem sambil
menikmati view Mt Fuji <3 alahaiii nikmat sungguh rasanya

our delicious dinner Al\]dulillah

makan dengan begitu berselera :)

wearing yukata provided by hotel. abaikan muka super penat
tapi tetap nk senyum tu hehe


lepas makan tu faheem berendam warm water dalam bathtub. lama gilos dia berendam nikmat sgt agaknya haha. lepas mandi dia main tab jap & terus tertidur super awal. good boy sgt faheem arini^^
lepas tu umi pula berendam, solat jamak, kemas2 sikit, pastu  tidur sempit2 sebelah good boy tu 
dengan lenanya zzzzzzzz~

bersambung..... ^^