Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday 22 August 2019

Fahree's 1st monorail ride experience!

Wah lama dah x membebel sorg2 kat sini. Budget busy la pulak kan😎

Join conference di Hotel Istana last weekend. Ajak ayah datang bawak anak2 mandi pool & stay 1 malam teman umi. Conference sampai petang je so lepas maghrib tu kami pun keluar jalan2.

Peach tea - free gift lepas subscribe kt 1 website company ubat 😁

lepas datang conference ni baru la terbuka sikit mata & minda mengenai Alzheimer, Dementia & other elderly issues.. asyik teringat kat arwah mak.. AlFatihah untuk mak..

Enjoy bathtub dulu

Pastu sambung berendam kt pool hehe

Saya dh pandai swimming πŸ˜„


Lepas dh puas mandi, dah rehat sekejap, lepas solat maghrib kami pun berjalan dalam 100meter dari hotel ke monorail station - Raja Chulan. Kat sini leh amik gmbr cantik background view Menara KL hehe. Bebudak dah excited nak naik train. Nasib kami baik je malam tu x tunggu lama pun utk setiap ride..rezeki bawak bebdk camtu la πŸ˜„

1st ktorg ke lowyat dlu cari charger umi & nk usya2 printer ink. X sempat nak lama2 sgt kalau dgn bebdk ni cpt je diorg boring dgn yg nak toys la, nak air la etc. Ktorg pun amik grab (rm7) ke KLCC. plannya nak amik gmbr night view of KLCC la sekali ada konsert Petronas pulak so ramai gilos manusia xdpt la nk pusing area luar klcc tu. Sempat la layan Amalina, Datok Khadijah Ibrahim & Ramli Sarip sebelum skali lg bebdk restless & ajak balik. Masa tu dh dkt 10pm so suria KLCC pun dh tutup ktorg pun jln jauh sikit utk amik train. Kalau ikutkan naik grab lg senang tp bebdk x puas lg naik monorail td so balik pun kami naik train.. Nasib baik kami ada bertanya kt seorg polis bertugas kat area luar klcc tu so dia bg ktorg lalu shortcut melalui mall. Bebdk masih cam x puas hati je lg biasa la diorg ni kan setiap kali berjln mesti expect nak beli toys kan..nasib ktorg baik kami lalu depan kedai icecream (staff tgh kemas2 nak tutup) kat depan kaunter tu nmpk byk belon so dgn muka x malu makpak budak pun minta la nk belon utk bebdk ni..si adik siap dapat 2 haha. Xpe la diorg pun dh nak tutup kan fuhh selamat duit umi & ayah xyah membeli toys. Belon tu pun dh buat bebdk senyum sampai ke telinga πŸ˜‚ lega..

Night view of Menara KL 😍

Menunggu train dtg..kejap je x sampai seminit 😁

Lets go!

Di Low Yat..masa ni menunggu grab ke KLCC


Model LV di KLCC.
Kempunan nak amik gmbr night view KLCC lol

Happy kids with free balloons

Posing sikit la..yg ni dh mendgr arahan haha

Dah nak balik baru sempat nak amik gmbr dgn bebdk..ada la additional deco - balloons πŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸ˜„


Kami sampai hotel dah nak dekat 11pm. Bebdk blh bantai mandi lg kt dlm tub πŸ˜ͺ xpelah asalkan korg happy hehe.. malam tu kami tidur dengan lenaaa..kepenatan masing2 😴😴😴


Friday 19 April 2019

Jalan-jalan India with Shizen Trip Tour - Kashmir, Delhi, Agra

Date : 5-12 April 2019

Pertama kali dalam hidup, ditipu wang ringgit oleh KTS Travel pada tahun 2017, lebur Rm2650. Umi dah tukar duit rupee, insurans dah bayar, visa je x buat lagi sebab dah terbongkar dah penipuan diorang ni. Sila cari I & mangsa-mangsa lain di akhirat nanti ok. Orang lain ada yang belas-belas puluh-puluh ribu ditipunya. Dahsyat manusia menipu zaman sekarang ni, huhu.

Duit Rupee dah ada, keinginan nak ke Kashmir masih membara, impian nak tengok Taj Mahal depan mata pun masih termimpi-mimpi... umi pun terus tanya kat husband boleh x kalau nak ke India? Tanya kat seorang kawan ni (Kak Zana, pernah travel sama-sama ke Osaka, Jepun) kot-kot dia nak gi Kashmir juga? Mula-mula dia macam berminat, dia pun bagi nama 1 agent ni yang pernah bawa kawan dia ke Kashmir - Shizen Trip. Terus pergi usha FB Shizen Trip tu tapi masa memula tengok tu macam x confident sangat (takut kena tipu lagiii), lepas dah contact few times dengan ownernya (Javeed & Intan - Intan ni orang Kedah, dia kahwin dengan Javeed, jejaka Kashmir^^), dan lepas tengok harga agent2 lain cam jauh betul beza harganya, akhirnya decide untuk book dengan Shizen trip ni. Dan decision untuk pilih Shizen Trip ni memang sangat tepat, sangat berbaloi2 alhamdulillah. rasa macam dapat lebih daripada apa yang kita bayar. Syukur rezeki dari Allah. 

Lama jugak fikir-fikir nak pergi sendiri, atau bawa Faheem si Bodyguard. Kalau pergi sendiri jimat la juga kan, tapi nanti sunyi la pula, semua geng2 baru nak kenal. Bila ajak husband dia xmo pergi pula, penat pujuk berkali-kali. rupanya ada la hikmah juga sebab sebulan sebelum pergi ada issue sikit india-pakistan ni di area kashmir. media dok kecoh2 kashmir x selamat blablabla, pastu tentera pun keluarkan arahan tentera Malaysia x boleh ke negara India & Pakistan dalam masa terdekat wuwu. Ok la takpe la so umi bawa Faheem je la buat peneman. Nak bawa adik sekali umi x menang tangan pula nanti. Takpe la adik tunggu besar sikit k nanti Umi bawa adik jalan2 k *hugs*.

Bayaran untuk Flights (Kul-Del return, Del-Srinagar return) + Hotels + Transportation + Meals (B,L,D) untuk dewasa RM3250. Untuk Faheem patutnya RM1500 (2-6tahun) tapi sebab umi nak bilik berdua je dengan dia so kena bayar untuk bayaran 7-12 tahun iaitu sebanyak RM2500. masih berbaloi sebab kalau agent lain tolak Rm300 je dari harga dewasa. 

Untuk musim pula disebabkan nak tengok Tulips maka umi pilih tarikh pada bulan 4. Seronoknya pergi pada bulan 4 ni dapat la 3 musim sekaligus. Winter & Spring di Kashmir, Summer di Delhi & Agra hehe. pastu balik2 terus batuk selesema sebab perubahan cuaca (^^;)

Jom tengok few pics as mukaddimah. Nanti free2 leh cerita dengan lebih details^^

di KLIA..ready to go! Bismillah

view dlm flight Delhi to Srinagar..magnificent

alhamdulillah dah sampai Kashmir

Houseboat

The interior

my Kashmiri boy

shikara ride

sunset viewing

Hazratbal Mosque

BadamVaer

cable car ride in Gulmarg

snow mobile in Gulmarg

beautiful Sonamarg

Sonamarg love

pony ride in Sonamarg

pony ride in Pahalgam

Aru Valley, Pahalgam


Betaab Valley, Pahalgam

Enjoying icecream in Betaab Valley, Pahalgam

mustard field otw from Pahalgam to Srinagar

Tulips in kashmir!

the largest Tulips Garden in Asia

pintu masuk ke Taj Mahal, Agra

Alhamdulillah..dreams do come true <3

Jamek Mosque in Delhi

India Gate

Ok insyaAllah ada masa nanti leh cerita in details untuk kenang-kenangan. 8 hari 7 malam tu, macam-macam cerita, macam-macam aktiviti kami buat. Memang seronok sangat ke Kashmir & Taj Mahal. syukur diberi peluang :)

Wednesday 13 March 2019

Jalan-jalan Jepun berdua dengan Faheem - Part 3

Tarikh trip : 28/10 - 2/11/2018

sambungan dari Part 1 & Part 2

31/10/18

Kenapa semangat sangat nak ke Jepun? walaupun dah ke area Kansai tahun 2017, tp masih rasa x lengkap selagi x bertemu dengan Fuji-san!!! Yes impian umi dari dolu2! teringin sgt nak tengok Mt Fuji depan mata. Impian ni tercetus lepas tengok drama terbaik Jepun lakonan Takuya Kimura & Takako Tokiwa - Beautiful Life :) Ada 1 scene Shuji bawa Kyoko jalan-jalan & tengok Mt Fuji dari jauh. Cantik sgt scene time tu, Shuji bagi kunci rumah dia kat Kyoko, & Kyoko kata semacam tanda seolah-olah dia menerima kunci masuk ke dalam hati Shuji. perghhh memang terbaik scene tu hehe. Tengok drama tu masa zaman sekolah rendah lagi, umur 33 dapat juga merealisasikan impian nak tengok Mt Fuji. syukur :)

Paling special sebab trip kali ni dijoin oleh my first born Faheem. Ayahnya xnak join sebab kerja so umi x mampu la nak bawak dua2 hero umi sorg2. sorry Adik next time kita gi jalan-jalan sama2 k ;) tunggu adik besar sikit la boleh la adik menghargai keindahan tempat yg kita akan explore nanti. wah wah, kemain umi dah nekad nak travel around the world ni insyaAllah :)

Pagi2 lagi umi dah bangun prepare barang yang akan dibawa. Plan arini akan ke Kawaguchiko Lake & bermalam di hotel area sana untuk 1 malam. so angkut la baju2 & kelengkapan bermalam. Bas & hotel semua dah book siap2 dari Malaysia lagi. kelakar juga masa planning itinerary area Kawaguchiko ni, tamak nak cover sana-sini tapi takut x sempat or ada yang x larat. tapi plan2, siap cancel timing bas & beli baru, check website retro bus berjuta-juta kali, akhirnya dapat juga plan yg terbaik. Yang penting bila plan tu kena logik & sedar diri yang awak tu berjalan dengan anak hoho. 

Book tiket bus dari Shinjuku ke Kawaguchiko Lake di SINI
Timing retro bus (bus siar2 area Lake Kawaguchiko) Tiket beli kat sana je tapi nk plan kena tgk timing kan. Boleh la tengok di SINI

Awal-awal pagi lagi dah terpacak kat train station untuk ke Shinjuku. Train area rumah Azam tu dekat Shinjuku line so naik 1 train je la sampai ke hujung station, xde transit2. Sebelum gerak tu Asya dah share blog kawan dia yang memang tunjuk step by step dari Shinjuku Station tu ke bus station. tapi bila sampai tu tetap confuse jugak alahai. tanya la pekerja kat station tu, lepas tu sampai 1 area yang ada 2 laluan, kena tanya lagi orang sekeliling. tapi kat sana walaupun language barrier diorg sangat helpful. umi berlari-lari la dengan 2 bag & nak menarik tangan si Faheem lagi fuhh  mencabar. Faheem thankfully macam memahami sgt yang skrg tgh travel so dia layankan je bila kejap2 umi suruh jalan laju sikit, kejap2 berlari uhu. Bas diorg sangat punctual ok, xdenya delay2. Alhamdulillah sampai sebelum bas bergerak & kitorg sempat singgah FamilyMart lagi beli air coklat, air oren & onigiri. Asya ada bagi bento untuk lunch so beli onigiri la alas perut. sebelum gerak pun asya ada buatkan breakfast - toast & milk. TQ so much asya <3


bento made by Asya. faheem suke
sgt telur & ayam goreng tu
shinjuku station.
dari bangunan train station tu kena keluar & cross the road,
baru la jumpa dengan bus station di tingkat 4 


our 1st view of Mt Fuji.
masing-masing muka letih tapi excited!

Syukur sangat2 sebab sepanjang kami kat area Kawaguchiko tu mmg Mt Fuji x malu2 untuk muncul. bila baca2 blog orang ramai juga yang dah sampai ke sana tapi xde rezeki tengok puncak Mt Fuji sebab berselindung di sebalik awan. Tricknya kena datang time autumn ke winter sbb mmg besar kemungkinan untuk nampak puncak. tapi ikut nasib juga la. ada yang post di FB Road To Japan (sgt informative, kena follow FB ni k!), 2 hari selepas ktorg, diorg 1 hari kat sana tp Mt Fuji menyorok. ikut rezeki juga la k. doa banyak2 & bawa la anak kecil. kadang2 menumpang rezeki diorg yg xde dosa ni :)

Lepas dah sampai kami terus beli tiket retrobus di bus station tu juga & terus ke info centre utk tanya lokasi hotel. baik sgt japanese kat info centre tu, dia bangun dari kerusi dia & tunjuk mana hotel. Hotel Plaza Inn Kawaguchiko tu mmg x jauh dari bus station, seberang jalan sikit je. Sampai2 hotel je yang jaga kaunter ala2 atok2 je gayanya. sangat baik. dia tanya nape book bilik katil single bila nampak faheem, umi just explain je la faheem ni suka tido peluk2 rapat2, single bed pun cukup la kan. jimat juga duit haha. Utk single bed 1 malam = 5500yen. lbh kurg rm200. harga tu pun bukan pada waktu peak, kalau harga waktu peak mesti lg mahal. tp berbaloi la hotel tu sbb walking distance je dri train/bus station. disebabkan sampai awal, tumpang bag dulu di lobby.

view dari hotel. amazing kan?
retro bus. gigih duduk depan sekali.
 Retrobus – where to stop?
Red line : Kachi2 ropeway (11),
Itchiku Kubota Art Museum(19)
Oishi Park (22)
Green line : Saiko Iyashi no Sato Nenba (68)

haa ni plan je la. skip no 19 sbb dah jumpa daun autumn haha. 

Mt Fuji view dari dalam bus
dah sampai station 68, the most beautiful place to view
Mt Fuji. serious x tipu.
 Kalau beli tiket Retro bus tu wajib kena naik Green line bus ke station 68 - Saiko Iyashi no Sato Nenba. masa sampai tu rasa macam terpegun & speechless sangat2. cantik beyond words! kat sini pun blh pakai kimono/samurai clothing dengan harga yg lebih murah daripada tempat lain. sambil jalan2 menghayati nature, di sebalik rumah tradisional Jepun yang classic & tersergam indah, sambil tu posing2 dalam kimono. alahai bahagia terasa!

Sebelum naik bus tu ada sorg mamat ni dok tegur kitorg. Dia solo traveller from Brunei. masa ktorg tgh belek2 map tu dia pun tegur tanya mana tempat yang dia patut pergi. So explain la kat dia serba sedikit pastu dia cam berminat pula nak ikut plan kitorg haha. ye la umi kan macam dah hafal je kan map tu hehe. masa tu umi x perasan dia bawak camera mahal bila dah sampai station 68 tu baru la dia dok snap2 gambar. thanks to him banyak sgt gambar cantik umi & faheem yg dia ambil. Thankss Wafi! (rezeki faheem lagi!)


dreams do come true


Wafi ni ikut je kitorg sampai petang haha. dia pun bosan kot xde teman nk borak. kitorg nak pakai kimono/samurai outfit, dia pun join juga. dia kata murah compare tempat lain. sgt worth it :) jom enjoy gambar..

1000yen for the outfit




    

bersama samurai Umi <3
 

seriously blur xsure kenapa ada 1 je gambar Abg Wafi faheem ni huhu. dah lah 1, gambar dari tepi je pulak tu alahai. wafi ni pandai layan si faheem, siap belanja icecream lagi :) Dahlah amikkan gambar kitorg cantik2! TQ so much Wafi :)

samurai nak berehat dlu makan icecream



 

Lepas dah puas pusing2, snap2 gambar, makan icecream, ktorg pun tukar balik baju & tunggu bus. plan nk tukar ke Red line bus & pergi ke Oishi Park, last station utk red line. Oishi tu maksudnya sedap in malay :) Baca blog org kat oishi park ni byk bunga2 ikut musim, view mt Fuji dan tasik yang cantik. bila pergi waktu autumn, penuhlah pokok kochia warna merah kat sana. tapi kitorang jumpa kochia yang cantik bukan kat oishi park, tapi kat taman rumah org!

kochia di laman rumah org. cantik kan <3

untungnya penduduk kat sini, leh tgk mt fuji ari2 ;)

dah sampai Oishi Park :)
kat depan ni kochia masih hijau2
kena jalan ke dalam sikit baru la jumpa dengan kochia merah

teruja jumpe mini strawberry
bright red


kitorg spend dalam sejam juga di sini, mmg cuci mata habis2an. Indah sungguh ciptaan Tuhan :) lepas dah snap2 gambar kami singgah di kedai sourvenir. kalau nak cari sourvenir yang ada gambar Mt Fuji better beli kat sini sbb tempat lain design lain dah. comel2 sgt barang kat sini rambang mata. faheem belikan utk cousin2 dia pen kat sini. harga ok & kualiti sgt best. Wafi beli lavender icecream yang glamor kat blog2 org tapi umi x beli pun sebab dah mkn icecream dah sebelum tu ;) Wafi kata sedap^^

 

Antara sourvenir yang ada :) lepas dh spend duit sikit kitorg pun tunggu bus untuk ke destinasi seterusnya. yg ni mmg x sabar. nak naik cable car yeay! jom kita cari tempat tinggi sikit untuk tgk Mt Fuji^^

Tapi rasanya panjang dah ni. kita sambung next entry la ;)