sambungan dari SINI :)
Disebabkan tidur awal semalam, umi pun terjaga awal. gelap sgt2 lagi tapi x boleh lelap balik. badan letih tapi mata dah terang. baring2 peluk2 faheem dalam selimut tu, sejukkk. bila dah masuk waktu subuh umi pun bangun juga la. mandi & solat subuh. Nak kejut faheem macam awal sangat so lepak2 bancuh nestum 3 in 1 sambil mengadap puncak Gunung Fuji depan mata. Selak langsir je & muncullah si dia :) Teringat pulak masa trip ke Kundasang kalau pagi2 gelap camtu leh nampak lampu2 org hiking Gunung Kinabalu^^ kat Mt Fuji xde la, nampak snow capped mountain yang super indah saje ;)
Umi menghadap Mt Fuji tu dari langit gelap & keadaan sunyi sepi, sampai lah cahaya matahari mula menyinar pelan-pelan & bunyi2 kereta & train kedengaran kat bawah. Rezeki dapat tengok the 1st train leaving Kawaguchiko station tu, dalam pukul 6 camtu. Snap2 gambar sikit, pastu baru la kejut si faheem. cuaca sejuk sesgt so faheem basuh muka & gosok gigi je la haha. malam tadi dah berendam lama, peluh pun xde sejuk2 ni so kire halal la ^^
view dari bilik kami di tingkat 4. masa ni x buka grill tingkap sbb sejukk haha |
sunrise on the left side of the mountain. x lama lepas tu train pun pelan2 gerak..choo choo.. |
Magestic Fuji-san^^ |
ok ready to go! bas pukul 7am |
ok nak gerak dah. till we meet again Fuji-san |
lupa nak snap gambar dpn station. classic mcm kat harajuku. |
breakfast biskut dalam bas. kitorg amik seat betul2 belakang driver^^ |
Gerak awal pagi sebab plan nak ke 2 tempat idaman arini - Asakusa & Odaiba. Perjalanan dari Kawaguchiko ke Shinjuku pun ambil masa 2 jam, pastu awal pagi jem sikit la nak masuk ke bandar. pukul 9.30 baru sampai ke Shinjuku. dari shinjuku naik train ke Asakusa, ada transit utk tukar line 1x. train kat Tokyo memang serabut sikit kalau tgk kat map, tapi refer la kt googlemap lebih senang nak faham & blh pilih train mana lebih mudah. kalau tukar train pun ada yang dlm station, ada juga yang kena keluar cross the road bagai. umi mmg elakkan la mana2 yang tukar train smpi kena keluar2 ni..takut sesat haha.
Sampai kat Asakusa dalam pukul 10 lbh sikit camtu. Umi bawa 2 beg ok, patutnya 1 bag tu faheem yang bawak tapi last2 umi juga yang bawa dua2. mmg x berat sgt tapi bila dah lama2 bawa tu mau lenguh bahu juga la (";). Sampai2 je kat depan Kaminarimon Gate (gate yg paling hampir dengan train station), iaitu pintu masuk ke Asakusa street & Sensoji Temple, ada seorang penarik rickshaw senyumm2 and approach kitorg.
Umi memang ada terfikir nak naik rickshaw tapi mengenangkan harganya yang krik krik krik tu so x decide la lagi. Sekali bila penarik rickshaw tu macam friendly je & x larat juga nak angkut 2 bag sendiri & nak menarik tgn si faheem ni lagi so umi pun dengar la dulu offer yang dia nak bg. 10000 yen utk full tour ~40mins and 6000 yen utk 1/2 tour ~20mins. bila dia tunjuk lokasi 1/2 tour tu sebenarnya dah menarik dah pun sebab view best pun kat yg 1/2 tour tu, & dia akan hantar sampai ke Sensoji temple - which is memang tempat yang umi nak gi sbb kat sana ada 1 restaurant halal yang ada surau. umi pun nego blh x kalau byr 5000yen je utk 1/2 tour sbb faheem kan budak so dia x berat pun haha. senyum senyum senyum sekali dia kata blh. yeay jimat rm37+ umi^^
Masa naik rickshaw tu mmg ada tanya nama si penarik tu tapi nama dia cam pelik sikit la so x lama lepas tanya tu terus lupa huhu. Kita panggil dia 'Abg Manis' je la blh x..haha
Masa naik rickshaw tu mmg ada tanya nama si penarik tu tapi nama dia cam pelik sikit la so x lama lepas tanya tu terus lupa huhu. Kita panggil dia 'Abg Manis' je la blh x..haha
ok lets go! Faheem gayat je masa memula nak naik. |
dah leh nampak Tokyo Skytree & mercu 'PooPoo' Asahi beer Hall. Bangunan putih tepi kiri tu adalah terminal feri yang ktorg akan naik utk ke Odaiba nanti. |
haa kalau berjalan sendri ni mmg x jmpe la background pic ni^^ |
Tokyo Skytree!! Area jalan ni Abg Manis kata penuh dengan pokok sakura. kalau spring mmg cantik sgt |
'Not a Yakuza' |
Faheem kata dia nk join kekanak tu main kat park tu |
Masa ni Faheem dah xde mood nak bergambar LOL |
Wefie with Abg Manis. malangnya Faheem dah xde mood haha. sabo je la budak tu rosak gambar je tau |
dah sampai ke Sensoji Shrine. Ada org x sabo nak turun |
pantang nampak air. lepas tu dia dok main2 air tu smpai basah lengan jaket dia. |
Best naik rickshaw ni sebab Abg Manis pun ada cerita pasal satu2 tempat tu & background history jugak. ok la dapat la knowledge baru kan daripada jalan sesaje. Salah satu info Abg Manis kongsi ialah Sensoji Shrine (gmbr di atas) tu utk Japanese yang menganut agama tradisi diorg. Sensoji Temple (lebih besar) pula untuk yang menganut agama Buddha. Dia ada mention juga Japanese yang beragama Islam, tapi area situ x ada masjid. Kitorg (#umi) angguk2 je la.
Masa turun dari rickshaw tu umi check jam sebenarnya 30mins juga la Abg Manis bawak kitorg pusing2. Dah la masa dah turun tu sempat pula dia share map asakusa & tunjuk lokasi restauran2 halal. ada byk juga restaurant halal area asakusa tapi umi mmg dh aim nk makan kat Naritaya Halal Ramen Shop sebab ada surau sekali kat dalam restauran tu. Nak solat jamak siap2. Bila dah bayar ongkosnya & say TQ & bye2 kat Abg Manis, kitorg pun gerak sendiri ke lokasi seterusnya.
Sensoji Temple |
5 storey Pagoda |
makruh masuk ke temple sbnrnya tp ada budak tu curious sgt so kami masuk juga la. new thing to learn for him. |
dah lapar. jom gi mkn! restauran tu kne masuk ke bangunan yg ni k. kedainya kat belah kanan. |
jumpe 1 couple Malaysian dari Sabah kat sini. Diorg yg tolong snapkan gambar. |
Umi solat jamak kat surau di restauran ni je. yg bestnya siap ada tempat utk berwudhu sekali. kalau solat seorg selesa je. syukur sgt la sbb bukan di negara Islam tapi ada tempat solat yang disediakan. Dah x boleh la nk bagi alasan utk x solat k. Kalau tanya pasal makanan erm boleh2 la. agak salty sikit di lidah. Sebab nak makan berdua dengan Faheem umi beli la size large, skali mmg byk sgt k large tu patut amik regular je. Portion ikut la perut masing2 k :)
Lepas dah kenyang kami pun gerak la ke Asakusa street. Kat sini memang byk sourvenir Jepun yang menarik. tshirt pun Umi beli kat sini je. faheem apa lagi mesti la dia cari toys dia kan. Setiap hari beli toy baru. Demi nak menjaga mood dia umi layankan je la. tapi kalau mahal umi ckp siap2 so dia akan cari toy lain yang lebih berpatutan harganya untuk kocek umi hehe.
Lepas dah kenyang kami pun gerak la ke Asakusa street. Kat sini memang byk sourvenir Jepun yang menarik. tshirt pun Umi beli kat sini je. faheem apa lagi mesti la dia cari toys dia kan. Setiap hari beli toy baru. Demi nak menjaga mood dia umi layankan je la. tapi kalau mahal umi ckp siap2 so dia akan cari toy lain yang lebih berpatutan harganya untuk kocek umi hehe.
Asakusa street. nampak x belah kiri hujung jalan tu? Itu adalah Tourist Information Centre Building. |
yg mana lebih comel? haha |
dalam kedai ni la dia rambang mata. umi beli sourvenir juga kat kedai ni. byk choice & murah dari kedai2 lain |
tanglung di kaminarimon gate |
Lepas dah puas cuci mata & cuci poket, kitorg pun singgah jap di Asakusa's Tourist Information Centre Building. Baca kat blog org, kite leh lepak kat observation deck utk tgk view Asakusa dari atas for free. Architecture building ni memang lain dari yang lain, x reti nak explain sbb bukan bidang tapi kalau tengok pun dah tau dah ada something different about this builing hehe. Masuk2 je singgah toilet dulu kat tingkat bawah. toilet memang selesa, bersih & free. cuma kena turun tangga sikit la. lepas keluar toilet tu ada vending machine so beli la 2 tin air coklat glemer Jepun - Van Houten Cocoa yang menjadi kegilaan ramai. Bagi umi ok la blh tahan tapi xde la sampai addicted macam Banana Uyu Korea tu hihi. Taste masing2 la k x salah mencuba^^
gmbr google. lupa pula nak snap masa kat sana. unique kan? atas skali tu observation deck. |
dah sampai observation deck. ada org tu sibuk main beyblade dia |
view dari atas <3 Kaminarimon gate, Asakusa Street, Sensoji Temple & 5-storey Pagoda |
view dari side lain. Tokyo Skytre &, Cruise Terminal Building. Poopoo pun leh nampak dari atas^^ |
ini la dia cekelat drink kegemaran ramai. rasa ala2 milo la tapi x semanis milo. yg penting kandungannya org Islam leh consume. |
minum air cekelat smpi comot2 baju. |
Lama juga melepak kat atas tu sementara menunggu timing feri untuk ke Odaiba. faheem sempat terlelap sekejap. berbaloi sgt la singgah situ sbb ada tempat duduk utk memangku faheem yg tidur, naik pun free je xyah bayar ;) suhu time ni mmg just nice x sejuk sgt, angin sepoi2 je kat atas tu. silap2 umi pun leh terlelap tau haha. kaki & bahu dah lenguh2 time ni tapi sebab semangat nak naik feri unik (only in Japan), & nak tengok life-size Gundam (walaupun bkn fan gundam pun hehe), nak jejak kaki juga ke Odaiba tu!^^
Ok next entry pula la cerita Odaiba tu k ~