sambungan dari Part 1 & Part 2
31/10/18
Kenapa semangat sangat nak ke Jepun? walaupun dah ke area Kansai tahun 2017, tp masih rasa x lengkap selagi x bertemu dengan Fuji-san!!! Yes impian umi dari dolu2! teringin sgt nak tengok Mt Fuji depan mata. Impian ni tercetus lepas tengok drama terbaik Jepun lakonan Takuya Kimura & Takako Tokiwa - Beautiful Life :) Ada 1 scene Shuji bawa Kyoko jalan-jalan & tengok Mt Fuji dari jauh. Cantik sgt scene time tu, Shuji bagi kunci rumah dia kat Kyoko, & Kyoko kata semacam tanda seolah-olah dia menerima kunci masuk ke dalam hati Shuji. perghhh memang terbaik scene tu hehe. Tengok drama tu masa zaman sekolah rendah lagi, umur 33 dapat juga merealisasikan impian nak tengok Mt Fuji. syukur :)
Paling special sebab trip kali ni dijoin oleh my first born Faheem. Ayahnya xnak join sebab kerja so umi x mampu la nak bawak dua2 hero umi sorg2. sorry Adik next time kita gi jalan-jalan sama2 k ;) tunggu adik besar sikit la boleh la adik menghargai keindahan tempat yg kita akan explore nanti. wah wah, kemain umi dah nekad nak travel around the world ni insyaAllah :)
Pagi2 lagi umi dah bangun prepare barang yang akan dibawa. Plan arini akan ke Kawaguchiko Lake & bermalam di hotel area sana untuk 1 malam. so angkut la baju2 & kelengkapan bermalam. Bas & hotel semua dah book siap2 dari Malaysia lagi. kelakar juga masa planning itinerary area Kawaguchiko ni, tamak nak cover sana-sini tapi takut x sempat or ada yang x larat. tapi plan2, siap cancel timing bas & beli baru, check website retro bus berjuta-juta kali, akhirnya dapat juga plan yg terbaik. Yang penting bila plan tu kena logik & sedar diri yang awak tu berjalan dengan anak hoho.
Book tiket bus dari Shinjuku ke Kawaguchiko Lake di SINI
Timing retro bus (bus siar2 area Lake Kawaguchiko) Tiket beli kat sana je tapi nk plan kena tgk timing kan. Boleh la tengok di SINI
Awal-awal pagi lagi dah terpacak kat train station untuk ke Shinjuku. Train area rumah Azam tu dekat Shinjuku line so naik 1 train je la sampai ke hujung station, xde transit2. Sebelum gerak tu Asya dah share blog kawan dia yang memang tunjuk step by step dari Shinjuku Station tu ke bus station. tapi bila sampai tu tetap confuse jugak alahai. tanya la pekerja kat station tu, lepas tu sampai 1 area yang ada 2 laluan, kena tanya lagi orang sekeliling. tapi kat sana walaupun language barrier diorg sangat helpful. umi berlari-lari la dengan 2 bag & nak menarik tangan si Faheem lagi fuhh mencabar. Faheem thankfully macam memahami sgt yang skrg tgh travel so dia layankan je bila kejap2 umi suruh jalan laju sikit, kejap2 berlari uhu. Bas diorg sangat punctual ok, xdenya delay2. Alhamdulillah sampai sebelum bas bergerak & kitorg sempat singgah FamilyMart lagi beli air coklat, air oren & onigiri. Asya ada bagi bento untuk lunch so beli onigiri la alas perut. sebelum gerak pun asya ada buatkan breakfast - toast & milk. TQ so much asya <3
bento made by Asya. faheem suke sgt telur & ayam goreng tu |
shinjuku station. dari bangunan train station tu kena keluar & cross the road, baru la jumpa dengan bus station di tingkat 4 |
our 1st view of Mt Fuji. |
masing-masing muka letih tapi excited! |
Syukur sangat2 sebab sepanjang kami kat area Kawaguchiko tu mmg Mt Fuji x malu2 untuk muncul. bila baca2 blog orang ramai juga yang dah sampai ke sana tapi xde rezeki tengok puncak Mt Fuji sebab berselindung di sebalik awan. Tricknya kena datang time autumn ke winter sbb mmg besar kemungkinan untuk nampak puncak. tapi ikut nasib juga la. ada yang post di FB Road To Japan (sgt informative, kena follow FB ni k!), 2 hari selepas ktorg, diorg 1 hari kat sana tp Mt Fuji menyorok. ikut rezeki juga la k. doa banyak2 & bawa la anak kecil. kadang2 menumpang rezeki diorg yg xde dosa ni :)
Lepas dah sampai kami terus beli tiket retrobus di bus station tu juga & terus ke info centre utk tanya lokasi hotel. baik sgt japanese kat info centre tu, dia bangun dari kerusi dia & tunjuk mana hotel. Hotel Plaza Inn Kawaguchiko tu mmg x jauh dari bus station, seberang jalan sikit je. Sampai2 hotel je yang jaga kaunter ala2 atok2 je gayanya. sangat baik. dia tanya nape book bilik katil single bila nampak faheem, umi just explain je la faheem ni suka tido peluk2 rapat2, single bed pun cukup la kan. jimat juga duit haha. Utk single bed 1 malam = 5500yen. lbh kurg rm200. harga tu pun bukan pada waktu peak, kalau harga waktu peak mesti lg mahal. tp berbaloi la hotel tu sbb walking distance je dri train/bus station. disebabkan sampai awal, tumpang bag dulu di lobby.
view dari hotel. amazing kan? |
retro bus. gigih duduk depan sekali. |
Red line : Kachi2 ropeway (11),
Itchiku Kubota Art Museum(19)
Oishi Park (22)
Green line : Saiko Iyashi no Sato Nenba (68)
haa ni plan je la. skip no 19 sbb dah jumpa daun autumn haha.
Mt Fuji view dari dalam bus |
dah sampai station 68, the most beautiful place to view Mt Fuji. serious x tipu. |
Kalau beli tiket Retro bus tu wajib kena naik Green line bus ke station 68 - Saiko Iyashi no Sato Nenba. masa sampai tu rasa macam terpegun & speechless sangat2. cantik beyond words! kat sini pun blh pakai kimono/samurai clothing dengan harga yg lebih murah daripada tempat lain. sambil jalan2 menghayati nature, di sebalik rumah tradisional Jepun yang classic & tersergam indah, sambil tu posing2 dalam kimono. alahai bahagia terasa!
Sebelum naik bus tu ada sorg mamat ni dok tegur kitorg. Dia solo traveller from Brunei. masa ktorg tgh belek2 map tu dia pun tegur tanya mana tempat yang dia patut pergi. So explain la kat dia serba sedikit pastu dia cam berminat pula nak ikut plan kitorg haha. ye la umi kan macam dah hafal je kan map tu hehe. masa tu umi x perasan dia bawak camera mahal bila dah sampai station 68 tu baru la dia dok snap2 gambar. thanks to him banyak sgt gambar cantik umi & faheem yg dia ambil. Thankss Wafi! (rezeki faheem lagi!)
dreams do come true |
Wafi ni ikut je kitorg sampai petang haha. dia pun bosan kot xde teman nk borak. kitorg nak pakai kimono/samurai outfit, dia pun join juga. dia kata murah compare tempat lain. sgt worth it :) jom enjoy gambar..
1000yen for the outfit |
bersama samurai Umi <3 |
seriously blur xsure kenapa ada 1 je gambar Abg Wafi faheem ni huhu. dah lah 1, gambar dari tepi je pulak tu alahai. wafi ni pandai layan si faheem, siap belanja icecream lagi :) Dahlah amikkan gambar kitorg cantik2! TQ so much Wafi :)
samurai nak berehat dlu makan icecream |
Lepas dah puas pusing2, snap2 gambar, makan icecream, ktorg pun tukar balik baju & tunggu bus. plan nk tukar ke Red line bus & pergi ke Oishi Park, last station utk red line. Oishi tu maksudnya sedap in malay :) Baca blog org kat oishi park ni byk bunga2 ikut musim, view mt Fuji dan tasik yang cantik. bila pergi waktu autumn, penuhlah pokok kochia warna merah kat sana. tapi kitorang jumpa kochia yang cantik bukan kat oishi park, tapi kat taman rumah org!
kochia di laman rumah org. cantik kan <3 |
untungnya penduduk kat sini, leh tgk mt fuji ari2 ;) |
dah sampai Oishi Park :) |
kat depan ni kochia masih hijau2 |
kena jalan ke dalam sikit baru la jumpa dengan kochia merah |
kitorg spend dalam sejam juga di sini, mmg cuci mata habis2an. Indah sungguh ciptaan Tuhan :) lepas dah snap2 gambar kami singgah di kedai sourvenir. kalau nak cari sourvenir yang ada gambar Mt Fuji better beli kat sini sbb tempat lain design lain dah. comel2 sgt barang kat sini rambang mata. faheem belikan utk cousin2 dia pen kat sini. harga ok & kualiti sgt best. Wafi beli lavender icecream yang glamor kat blog2 org tapi umi x beli pun sebab dah mkn icecream dah sebelum tu ;) Wafi kata sedap^^
Antara sourvenir yang ada :) lepas dh spend duit sikit kitorg pun tunggu bus untuk ke destinasi seterusnya. yg ni mmg x sabar. nak naik cable car yeay! jom kita cari tempat tinggi sikit untuk tgk Mt Fuji^^
Tapi rasanya panjang dah ni. kita sambung next entry la ;)
No comments:
Post a Comment