Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday 17 January 2020

Family Day di Batu Kurau July 2019


Wawasan 2020! Fuh masuk tahun baru ni teringat pulak durian Batu Kurau. Mmg terbaik lahh. Bulan 7 tahun lepas (throwback sungguh ni) ada kenduri cousin di Taiping, so lajak sikit kitorang anak2 Wak Amir ni pun plan la nak berfamily day di Batu Kurau.

Contact2 chalet, rezeki dapat stay di Chalet Seri Cempaka, Sempeneh Batu Kurau. 2-3 minggu sebelum pergi tu heboh la orang dok kata tengah musim durian kat sana. tapi bila contact dgn staff chalet dia kata dia x janji la masa kitorang datang nanti ada lagi ke tak. kitorang dah berhuhu dah sekali dah sampai area Batu Kurau otw ke chalet tu banyak gilos durian di tepi jalan. yeayyy kenduri durian la kami!!

baju cantik sebab nak gi kenduri

Haa yang ni belum sampai batu kurau lagi..ni baru kat Trong. Yang ni pun terbaik juga la RM8/kilo. Tapi masa ni kami belum merasai durian batu kurau fresh lagi..fuhh lepas merasa tu terus terlupa musang king sekejap haha.


muka x sabar nak ngap durian

Haa ok dah sampai chalet. Chalet ni memang ok la berbaloi dengan harga. tempat BBQ pun luas, ada ruang besar kalau nak buat aktiviti. Belakang chalet je ada sungai, jalan dalam 2mins je sampai. Bilik ikut la nak besar mana. setiap bilik ada tilam extra so klu anak kecik 2 org tu amik yg katil queen je. ayahnya tido kt tilam single sebab bebudak masing2 nak ketiak umi huhu. 

Kitorang sampai-sampai je letak bag pilih bilik pastu terus ngapp durian. tp durian ni yg dari trong. petang sikt baru la kami membeli durian batu kurau. lepas dah ngap bebudak x sabar nak mandi sungai. ok lets go!

ni bilik family bizal. anak3 bujang 3 org, sesuai la bilik besar gini

ni muka2 yang x sabar terjun sungai. nasib baik belakang chalet je

sejuk & bersih


kemain iman



petang sikit aktiviti panjat pokok rambutan. owner ni bagi kitorang kait rambutan ni for free yeay!

hero sangat la tu dapat panjat pokok

Malam tu kami berBBQ bersama. punya la sakan BBQ sampai lupa nak amik gambar huhuhuh. Kali ni BBQ ada ikan siakap 2 ketul, berebut^^ Esoknya masing2 lepas checkout ada yang ke Taiping, ada yang ke Penang. kami ke Kuala Sepetang dulu dengan mak, abah, family Bizal & family Nuyun. Kita pekena mee udang. Licin abah makan, sedap la tu hehe.

ni namanya 3rd round. masa ni dah nak balik dah

abang yang jual ni tengah mencari petai, so adik perempuan dia yang layan kami. terpaksa la kami belah sendiri durian huhu. Sebab durian fresh so susah juga nak membukanya. nasib baik isi dia sodap yakmat. 

yg si tecit tu kemain suka

RM4/kilo. yang cantik sikit RM7/kilo. Tapi rasa dua2 sedap

Masa ni dah sampai Lumut. Dinner di Horizon Garden Restaurant

Senyum happy dapat makan ramai2

Sebelum balik Selangor, kita terjah lagi durian buat kali ke zillions times haha. 

Kesimpulannya, memang terbaik la Durian Batu Kurau! Lepas beberapa hari kitorang gi sana, tibe-tibe kecoh kat manjung ada penjual claim durian dia jual durian batu kurau, tapi sebenarnya bukan, pastu kantoi. fuh macam2 orang nak kaya cepat ni kan. Nasib baik kitorang gi sendiri ke batu kurau, memang sah2 beli durian yang original Batu Kurau lol. rezeki masing2 laa..lepas ni kalau musim lagi boleh la terjah lagi ke sana..insyaAllah..







Wednesday 4 September 2019

Jalan-jalan Ho Chi Minh YAY! Part 2


Hari ke-2 di Ho Chi Minh. Subuh awal, keluar hotel pun awal. Rafa good girl je x nangis pun kena kejut awal padahal semalam letih kot sampai ke malam berjalan.. masa umi dia mandi dia rengek2 sikit, tiba-tiba nak peluk dengan mokde sebab perasan umi xde sebelah 😏jadi la Rafa dapat juga la mokde pegang awak sekejap haha.

Breakfast di restaurant semalam, Musa Kariem. Banyak je restaurant halal area Malaysian street tu tapi agaknya Ibrahim dah liaise kot dengan owner restaurant tu. kami xyah bayar pun just mention nama Ibrahim kat staff situ. Untuk menu breakfast x banyak pilihan sangat macam dinner tapi still ok, still kenyang Alhamdulillah. 

Breakfast kuew teow sup. nyum2
Nak dijadikan citer kaknoli x minum teh/kopi, pastu lupa pula nak bawak milo. dengan gigihnya patah balik ke hotel (dalam 200m juga la) untuk ambil milo je. pastu dah abis makan patah balik ke hotel sebab ibrahim kata tunggu kat hotel, sekali last minit bas tunggu kat area depan restauran tu, dah kena patah balik ke sana. aduhai entah berapa kali kami pusing2 la huuhhu. lepas bas dah nak penuh, rupanya diorang ambil juga penumpang lain di hotel kami. adui buang karan betul haha. pepagi dah kena exercise πŸ˜…

Kami join group Bismillah Travel. Kalau jalan kat area Malaysian street tu akan nampak la office diorang ni. Agent yang bawa kami namanya Lisa, boleh bercakap melayu sebab dia pernah kerja di Ben Thanh & customer mostly melayu. Kelakar Lisa ni enjoy la naik bas dengan dia. Salah-satu ayat dia yang xleh dilupakan ialah bila dia kata orang Vietnam datang Malaysia sebab nak cari duit, tapi orang Malaysia datang Vietnam sebab nak buang duit πŸ˜› 


Lisa - kelakar

Sampai2 di area jeti shopping dulu. 

Hujan
Sebelum sampai ke jeti kami singgah di 1 gudang ni. Tshirt murah2 dalam RM7-RM10. Borong juga la. Beli telekung Siti khadijah vietnam tapi sebenarnya harga telekung murah lagi di area Malaysian Street. Kalau telekung cotton kualiti lebih kurang je so better beli kat tempat murah. 

Sampai-sampai di jeti hujan lebat turun selebat-lebatnya. Dengan angin kencangnya, tempias sana-sini. Lama juga kami tunggu hujan reda sebelum dapat naik boat. Boat pulak terbuka camtu memang basah la sana-sini. Ada juga ahli rombongan yang x jadi naik boat, gerun agaknya dah la air sungai teh tarik tu nampak bergelora kaw-kaw. 

Nak cross sungai tu ke arah pulau kami dihidangkan dengan air kelapa dulu. Tempat pertama kami singgah ialah restauran halal untuk lunch. Makan dulu la isi perut kan. Disebabkan ada yang x pergi dapat la kami makan portion lebih πŸ˜‹


ready to go

boat sebelah. semua boat sejenis terbuka camni..

air teh tarik bergelora

pape pun kita enjoy air kelapa dulu

ok dah sampai kat restaurant halal

portion untuk 4 orang, tapi kami makan ber2 hehe. rafa tido time ni

Lepas makan kami pun mulakan aktiviti..rasanya aktiviti di sungai mekong ni sama je walau ikut mana-mana agent sekalipun. Makan buah tempatan, rasa teh madu, naik sampan, naik kereta kuda, pastu gi kilang candy kelapa. blog lain pun cerita benda yang sama kan? haha. Disebabkan ni kali pertama kami sampai di Vietnam, wajib la kan sampai ke Mekong. next time datang kalau setakat nak shopping mengular kat area Ho Chi Minh je la ^^

bag kulit handmade. x tanya pula harga hehe

masa makan buah ada live music show.. orang vietnam nyanyi lagu traditional melayu hehe. layan je

sama je rasanya cam kat malaysia ;)


serious besar gabak betul size durian kat sana

honey tea & kudapan berasaskan madu. yg ni mmg sedap

madu+lemon

aktiviti yang ditungu-tunggu. jom naik sampan!

1 boat 4 orang. naik sampan kat vietnam kena pakai topi tu, baru fefeeling

ceria je uncle ni

smileee! 1 of my checklist juga la -naik sampan di vietnam. haha

air kelapa + isi buah nipah. sedap!

jom naik kereta kuda pulak. rafa muka camtu je la ^^

uminya yang happy lebih πŸ˜„

kilang candy kelapa pulak.. demo sikit..

bila tengok camni terus x terasa nak beli..hehe

guna kayu api

ok jom borong

Kilang candy kelapa ni adalah tempat terakhir yang kami singgah sebelum ke jeti semula. Kami dah terlebih masa ni sebenarnya sebab tadi lama menunggu hujan reda. Ingatkan perjalanan balik x singgah gudang tapi rupa-rupanya singgah juga 2 gudang untuk shopping. x ingat la nama-nama gudang tu tapi memang rambang mata laaa nak memilih tudung/kain.

Sebelum sampai hotel Ibrahim wasap berkali-kali tanya dah sampai hotel ke belum. Malam tu dia janji nak bawa kami makan seafood hehe. So next entry la nak cerita seafood dinner kami & breakfast di hari terakhir yang sangat awesome! haha bab makan laju je nak cerita. K sambung nanti :)





Thursday 22 August 2019

Fahree's 1st monorail ride experience!

Wah lama dah x membebel sorg2 kat sini. Budget busy la pulak kan😎

Join conference di Hotel Istana last weekend. Ajak ayah datang bawak anak2 mandi pool & stay 1 malam teman umi. Conference sampai petang je so lepas maghrib tu kami pun keluar jalan2.

Peach tea - free gift lepas subscribe kt 1 website company ubat 😁

lepas datang conference ni baru la terbuka sikit mata & minda mengenai Alzheimer, Dementia & other elderly issues.. asyik teringat kat arwah mak.. AlFatihah untuk mak..

Enjoy bathtub dulu

Pastu sambung berendam kt pool hehe

Saya dh pandai swimming πŸ˜„


Lepas dh puas mandi, dah rehat sekejap, lepas solat maghrib kami pun berjalan dalam 100meter dari hotel ke monorail station - Raja Chulan. Kat sini leh amik gmbr cantik background view Menara KL hehe. Bebudak dah excited nak naik train. Nasib kami baik je malam tu x tunggu lama pun utk setiap ride..rezeki bawak bebdk camtu la πŸ˜„

1st ktorg ke lowyat dlu cari charger umi & nk usya2 printer ink. X sempat nak lama2 sgt kalau dgn bebdk ni cpt je diorg boring dgn yg nak toys la, nak air la etc. Ktorg pun amik grab (rm7) ke KLCC. plannya nak amik gmbr night view of KLCC la sekali ada konsert Petronas pulak so ramai gilos manusia xdpt la nk pusing area luar klcc tu. Sempat la layan Amalina, Datok Khadijah Ibrahim & Ramli Sarip sebelum skali lg bebdk restless & ajak balik. Masa tu dh dkt 10pm so suria KLCC pun dh tutup ktorg pun jln jauh sikit utk amik train. Kalau ikutkan naik grab lg senang tp bebdk x puas lg naik monorail td so balik pun kami naik train.. Nasib baik kami ada bertanya kt seorg polis bertugas kat area luar klcc tu so dia bg ktorg lalu shortcut melalui mall. Bebdk masih cam x puas hati je lg biasa la diorg ni kan setiap kali berjln mesti expect nak beli toys kan..nasib ktorg baik kami lalu depan kedai icecream (staff tgh kemas2 nak tutup) kat depan kaunter tu nmpk byk belon so dgn muka x malu makpak budak pun minta la nk belon utk bebdk ni..si adik siap dapat 2 haha. Xpe la diorg pun dh nak tutup kan fuhh selamat duit umi & ayah xyah membeli toys. Belon tu pun dh buat bebdk senyum sampai ke telinga πŸ˜‚ lega..

Night view of Menara KL 😍

Menunggu train dtg..kejap je x sampai seminit 😁

Lets go!

Di Low Yat..masa ni menunggu grab ke KLCC


Model LV di KLCC.
Kempunan nak amik gmbr night view KLCC lol

Happy kids with free balloons

Posing sikit la..yg ni dh mendgr arahan haha

Dah nak balik baru sempat nak amik gmbr dgn bebdk..ada la additional deco - balloons πŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸ˜„


Kami sampai hotel dah nak dekat 11pm. Bebdk blh bantai mandi lg kt dlm tub πŸ˜ͺ xpelah asalkan korg happy hehe.. malam tu kami tidur dengan lenaaa..kepenatan masing2 😴😴😴