Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, 4 September 2019

Jalan-jalan Ho Chi Minh YAY! Part 2


Hari ke-2 di Ho Chi Minh. Subuh awal, keluar hotel pun awal. Rafa good girl je x nangis pun kena kejut awal padahal semalam letih kot sampai ke malam berjalan.. masa umi dia mandi dia rengek2 sikit, tiba-tiba nak peluk dengan mokde sebab perasan umi xde sebelah ๐Ÿ˜jadi la Rafa dapat juga la mokde pegang awak sekejap haha.

Breakfast di restaurant semalam, Musa Kariem. Banyak je restaurant halal area Malaysian street tu tapi agaknya Ibrahim dah liaise kot dengan owner restaurant tu. kami xyah bayar pun just mention nama Ibrahim kat staff situ. Untuk menu breakfast x banyak pilihan sangat macam dinner tapi still ok, still kenyang Alhamdulillah. 

Breakfast kuew teow sup. nyum2
Nak dijadikan citer kaknoli x minum teh/kopi, pastu lupa pula nak bawak milo. dengan gigihnya patah balik ke hotel (dalam 200m juga la) untuk ambil milo je. pastu dah abis makan patah balik ke hotel sebab ibrahim kata tunggu kat hotel, sekali last minit bas tunggu kat area depan restauran tu, dah kena patah balik ke sana. aduhai entah berapa kali kami pusing2 la huuhhu. lepas bas dah nak penuh, rupanya diorang ambil juga penumpang lain di hotel kami. adui buang karan betul haha. pepagi dah kena exercise ๐Ÿ˜…

Kami join group Bismillah Travel. Kalau jalan kat area Malaysian street tu akan nampak la office diorang ni. Agent yang bawa kami namanya Lisa, boleh bercakap melayu sebab dia pernah kerja di Ben Thanh & customer mostly melayu. Kelakar Lisa ni enjoy la naik bas dengan dia. Salah-satu ayat dia yang xleh dilupakan ialah bila dia kata orang Vietnam datang Malaysia sebab nak cari duit, tapi orang Malaysia datang Vietnam sebab nak buang duit ๐Ÿ˜› 


Lisa - kelakar

Sampai2 di area jeti shopping dulu. 

Hujan
Sebelum sampai ke jeti kami singgah di 1 gudang ni. Tshirt murah2 dalam RM7-RM10. Borong juga la. Beli telekung Siti khadijah vietnam tapi sebenarnya harga telekung murah lagi di area Malaysian Street. Kalau telekung cotton kualiti lebih kurang je so better beli kat tempat murah. 

Sampai-sampai di jeti hujan lebat turun selebat-lebatnya. Dengan angin kencangnya, tempias sana-sini. Lama juga kami tunggu hujan reda sebelum dapat naik boat. Boat pulak terbuka camtu memang basah la sana-sini. Ada juga ahli rombongan yang x jadi naik boat, gerun agaknya dah la air sungai teh tarik tu nampak bergelora kaw-kaw. 

Nak cross sungai tu ke arah pulau kami dihidangkan dengan air kelapa dulu. Tempat pertama kami singgah ialah restauran halal untuk lunch. Makan dulu la isi perut kan. Disebabkan ada yang x pergi dapat la kami makan portion lebih ๐Ÿ˜‹


ready to go

boat sebelah. semua boat sejenis terbuka camni..

air teh tarik bergelora

pape pun kita enjoy air kelapa dulu

ok dah sampai kat restaurant halal

portion untuk 4 orang, tapi kami makan ber2 hehe. rafa tido time ni

Lepas makan kami pun mulakan aktiviti..rasanya aktiviti di sungai mekong ni sama je walau ikut mana-mana agent sekalipun. Makan buah tempatan, rasa teh madu, naik sampan, naik kereta kuda, pastu gi kilang candy kelapa. blog lain pun cerita benda yang sama kan? haha. Disebabkan ni kali pertama kami sampai di Vietnam, wajib la kan sampai ke Mekong. next time datang kalau setakat nak shopping mengular kat area Ho Chi Minh je la ^^

bag kulit handmade. x tanya pula harga hehe

masa makan buah ada live music show.. orang vietnam nyanyi lagu traditional melayu hehe. layan je

sama je rasanya cam kat malaysia ;)


serious besar gabak betul size durian kat sana

honey tea & kudapan berasaskan madu. yg ni mmg sedap

madu+lemon

aktiviti yang ditungu-tunggu. jom naik sampan!

1 boat 4 orang. naik sampan kat vietnam kena pakai topi tu, baru fefeeling

ceria je uncle ni

smileee! 1 of my checklist juga la -naik sampan di vietnam. haha

air kelapa + isi buah nipah. sedap!

jom naik kereta kuda pulak. rafa muka camtu je la ^^

uminya yang happy lebih ๐Ÿ˜„

kilang candy kelapa pulak.. demo sikit..

bila tengok camni terus x terasa nak beli..hehe

guna kayu api

ok jom borong

Kilang candy kelapa ni adalah tempat terakhir yang kami singgah sebelum ke jeti semula. Kami dah terlebih masa ni sebenarnya sebab tadi lama menunggu hujan reda. Ingatkan perjalanan balik x singgah gudang tapi rupa-rupanya singgah juga 2 gudang untuk shopping. x ingat la nama-nama gudang tu tapi memang rambang mata laaa nak memilih tudung/kain.

Sebelum sampai hotel Ibrahim wasap berkali-kali tanya dah sampai hotel ke belum. Malam tu dia janji nak bawa kami makan seafood hehe. So next entry la nak cerita seafood dinner kami & breakfast di hari terakhir yang sangat awesome! haha bab makan laju je nak cerita. K sambung nanti :)





No comments:

Post a Comment