Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

Wednesday 3 April 2019

Jalan-jalan Kellie's Castle Feb 2019

Dah bermastautin 8 tahun (husband 10tahun+) di Perak, & dah teringin lama nak singgah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak. Pernah berangan nak buat photoshoot kat sini tapi sebab perjalanan dalam sejam lebih sikit juga la dari Lumut so tak jadi2 photoshoot tu ;)

Harga tiket RM10 tapi untuk warganegara Malaysia RM5 untuk dewasa, RM4 untuk kanak-kanak.

Waktu operasi 9am-6pm. Kitorang dari Lumut ke Ipoh dulu sebab nak ke Aeon mencari barang. ting tong ting tong tiba-tiba dah hampir nak ke pukul 5. Tapi nekad juga nak pergi sampai2 je lagi 20minit nak ke pukul 6. Takpe la singgah je la ingatkan nak ambil gambar dari area parking (parking bayar rm2), tapi Faheem nangis-nangis nak masuk dalam sebab dia nampak dari jauh ada ramai orang kat atas tu alahai. Ayahnya pun redha je la pergi beli tiket walaupun lagi 15min dah nak tutup dah uhuhu. Bayangkan la betapa kami laju-laju lari ke dalam, snap pics, dengar siren dibunyikan tanda kena keluar tapi kami ignore, snap-snap lagi pics, siren bunyi makin kuat tapi kami relax2 juga lagi, sampai la langit dah betul-betul gelap & hujan pun turun. haa bila hujan turun la ni baru la kami mencicit lari keluar. Yang penting kami bukan orang last, ada 2 pasang pengantin lagi tengah syok berphotoshoot hujan2 tu hehe. 

Disebabkan dah hujan makanya kami dapat la bergambar kat wording KELLIE's CASTLE tu dengan tenang tanpa orang lain berphotobomb. gasak la hujan2 pun asalkan dapat gambar cantik^^ 


time dah nak balik sebenarnnya ni. masa sampai2 tu ramai sgt manusia2
yang nak bergambar di sini. cantik kan castle tu dari jauh?

langit gelap petanda nak hujan. kami redahkan juga haha

ok jom kita explore..

2 budak baju merah tu dah tak sabo2 dah tu..

yeay kami berjaya sampai sini^^

1 for the memory

bahaya juga sebenarnya kat atas ni, xde pagar or penghalang kat hujung tu..

susah nak capture gambar budak ni, berlari saje.
yg ni sempat snap, leh letak kat IG ;)

saki baki bangunan



this is encik Kellie
Masa tengah syok2 pusing2 kat dalam tu sekali terbaca pula cerita hantu di Kellie Castle alahai potong mood hehe. dah la time tu dah gelap sebab nak hujan, cepat2 bawa bebudak turun sebab mak diorang ni memang known case of penakut hehe. ok je la datang dah dekat2 nak tutup ni, tak panas & orang pun dah tak ramai, leh la berselfie macam tempat tu kami yang punya..

sekian


Friday 15 February 2019

Lost World of Tambun Feb 2019

Minggu lepas 9 Februari 2018 kami 1 family join dengan geng2 tempat keja ayah bergumbira di Lost World of Tambun. Ni dh kali ke 3 kot Faheem sampai sini, adik kali ke 2. Dalam sejam lbh perjalanan dari Lumut. Dulu umi dah tanya ayah dah nak x beli annual pass, ayah geleng2 je hihi.
Seronok la kat sini sebab mandi dapat, games dapat, tgk animals pun dapat. happiness for both adults and kids.
perjalanan pergi. dah siap2 pakai swimming suit so sampai2 nanti leh terus terjun masuk air. singgah toilet di petronas seri iskandar pastu hero minta sandwich. cmtu skali style dia makan^^



actually ni gambar nak balik hehe. masa sampai2 tghri buta & anak2 x sabar nk mandi dah so x sempat la nak amik gambar ke apa..

lepas dah main2 air kejap, ktorg dgn family Siti gi layan rollercoaster dulu la. relax je rollercoaster ni fahree naik cam xde perasaan je hehe

senyum dulu. fahree muka nervous pun ada tu..


yeayyy

lepas dah main rollercoaster tu elok2 je timing untuk cat feeding. tapi takleh masuk sebab baju kitorg belum kering, masih lembab. so org kt dlm cat centre tu suruh jalan2 dulu gi tengok hippo

faheem-fahree-sofia-aisyah
sebelum masuk area hippo, jumpe deer dulu. masa 2018 ada banyak deer kat sini tp skrg tinggal 4 ekor je. itupun dh berpindah ke ruang lain. bila tanya kt pekerja sana dia kata ada penghuni taman sebelah tu ngadu busuk!

underwater view. tgh tgk crocodile berenang dgn ikan

gambar dgn hippo ni gambar 2018 hehe. lupa nak transfer gambar dari phone ayah. hippo tu dh makin besar skrg. nanti update kemudian la^^

kt area tu ada hyenas & flamingo juga. sempat tgk hyenas feeding tapi x sebest tiger feeding la sbb hyenas 2 ekor tu setakat kejar ayam je. xde panjat2 ke lompat2 mcm tiger. 

kitorg punya la menunggu train dlm 20mins camtu skali train sampai je tengok2 penuh & takde sape pun yang turun. aduhai. last2 kami berjalan kaki tanpa selipar panas2 terik tu. seksa juga la haha.

akhirnya dapat masuk juga ke cat centre sebab semua dh kering lepas berjalan kaki dari tempat hippo. jauh juga la kalau ikutkan. ayah x masuk cat centre sebab dia kan fobia kucing. tengok dari luar tu memang gerammmm je sebab mok2 sangat kucing2 kat dalam tu..

amacam? ada iras kan. muka kecik tapi badannya mok2!


adik bersuai kenal dgn mok2. last2 mok2 x tahan kena kacau dengan adik dia lari masuk dlm tempat persembunyian dia hehe


fahree the gentleman. nyorok belakang aisyah ke?

lepas tengok cat kitorang gi main carousel pastu ingat nk gi lunch sekali bebudak ni x sabar nak mandi balik. struggle la kami laki bini nak pujuk diorang ni makan huhu.

disebabkan pergi beramai-ramai ada la yang offer nak jagakan anak-anak sementara makpak gi main. selama ni pergi memang dengan anak-anak so x pernah la merasa naik rides. seronok!

muka ceria lepas naik rides kat belakang tu

naik 2 x sebab teruja ;)

alkisah fahree hilang sekejap masa ayah melayan faheem yang sibuk nak beli crepe and umi pergi locker nak amik duit. tup2 fahree missing. nasib baik ada insan baik hati nampak dia nangis-nangis pastu masa nak bawa fahree ke counter, Siti jumpa dia and bawa dia ke umi dia yang tengah duduk-duduk relax-relax sementara ayah pergi cari huhu. 

dalam pukul 6 kitorang pun gilir-gilir la mandikan anak-anak. keluar je amik gambar sikit2 pastu azan maghrib pun berkumandang. singgah surau kt seberang jalan pastu kami pergi makan di Restauran Chinese Muslim Abdullah Meru. sedap Alhamdulillah


malam tu kami stay di Heritage Hotel, Ipoh. sambung menyelam dalam bathtub pulak heheeh. Esoknya makan roti goyang & singgah makan icrecream di Hokkaido Icecream Puff! nyum2





trip kali ni memang best laaaaaa.
pergi tempat yang sama je tapi bila berlainan timing, berlainan ahli, berlainan event, trip tu jadi berbeza and kepuasan pun berbeza. syukur diberi peluang untuk semuanya, Alhamdulillah.