Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Tuesday 2 April 2019

Penghargaan

Entah apa yang penat sangat dua tiga hari ni, tapi banyak sangat yang bermain di fikiran. Konsep rezeki, apapun kena bersabar. 

Penghargaan manusia memang sukar nak peroleh, dah buat macam-macam pun masih tak cukup. Penghargaan Tuhan tak pasti, sebab sebagai manusia biasa, lakukan saja apa yang mampu, apa yang terbaik. Apa yang tak baik, yang buruk, yang dosa, elakkan sedaya yang boleh. 

Sedih, kecewa, tertanya-tanya mana lagi yang boleh diperbaiki? Apa lagi yang perlu diperbetulkan? Tapi tengok orang lain pun tidaklah sesempurna mana, tapi mereka lebih dulu dapat penghargaan manusia. Agaknya betullah kata-kata 'Usah lihat orang yang nasibnya lebih baik dari kita, lihatlah orang yang nasibnya lebih teruk, lebih rendah, lebih berduka daripada kita, supaya kita akan lebih bersyukur...'

It's ok. Lega pula dah luah kat sini :)

Monday 29 May 2017

nk menulis balik la

assalamualaikum
lama tinggal blog ni hihi mcm x biasa pulak bila tgh semangat tu hari2 tulis bila dh tetiba terlupa terus x terjah blog bertahun lamanya..haaha

alhamdulillah anak dh 2 ni dh hari ke3 utk ramadhan 1438.

hari pertama buka di umah atok dengkil abah masak rendang daging & paru. bizal & knoli sekeluarga pun ada. sempat g shopping baju raya bdk2 kt parkson alamanda :)

hari ke2 buka di umah atok shah alam. smlm nk sgt g pasar beli popia meletop terjah la dlm 5.30 kuar. singgah jap amik air tebu atok bila smpi pasar je tgk2 tayar belah kiri keta dh flat. rupanya kne paku huhu..lps dh beli2 sume dh 6.45pm baru la nk tukar tayar bagai cian ayah feluh2 tukar. alhamdulillah lps tu ada pakcik tgk2kan pastu dtg sorg mamat melayu ni agaknya mmg kje kt bengkel kot terus tolong siap pasangkan tayar tu.. alhamdulillah baik sgt orgnya. semoga Allah beri balasan yg baik2 utk dia dan ada org yg akan bantu dia bila dia dlm susah..aminn..

itu lah rezeki dtg dlm pelbagai bentuk kan. alhamdulillah.. semoga ramadhan kali ni lbh baik dari yg sebelumnya..aminn..jgn marah2 ye