Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Friday 19 April 2019

Jalan-jalan India with Shizen Trip Tour - Kashmir, Delhi, Agra

Date : 5-12 April 2019

Pertama kali dalam hidup, ditipu wang ringgit oleh KTS Travel pada tahun 2017, lebur Rm2650. Umi dah tukar duit rupee, insurans dah bayar, visa je x buat lagi sebab dah terbongkar dah penipuan diorang ni. Sila cari I & mangsa-mangsa lain di akhirat nanti ok. Orang lain ada yang belas-belas puluh-puluh ribu ditipunya. Dahsyat manusia menipu zaman sekarang ni, huhu.

Duit Rupee dah ada, keinginan nak ke Kashmir masih membara, impian nak tengok Taj Mahal depan mata pun masih termimpi-mimpi... umi pun terus tanya kat husband boleh x kalau nak ke India? Tanya kat seorang kawan ni (Kak Zana, pernah travel sama-sama ke Osaka, Jepun) kot-kot dia nak gi Kashmir juga? Mula-mula dia macam berminat, dia pun bagi nama 1 agent ni yang pernah bawa kawan dia ke Kashmir - Shizen Trip. Terus pergi usha FB Shizen Trip tu tapi masa memula tengok tu macam x confident sangat (takut kena tipu lagiii), lepas dah contact few times dengan ownernya (Javeed & Intan - Intan ni orang Kedah, dia kahwin dengan Javeed, jejaka Kashmir^^), dan lepas tengok harga agent2 lain cam jauh betul beza harganya, akhirnya decide untuk book dengan Shizen trip ni. Dan decision untuk pilih Shizen Trip ni memang sangat tepat, sangat berbaloi2 alhamdulillah. rasa macam dapat lebih daripada apa yang kita bayar. Syukur rezeki dari Allah. 

Lama jugak fikir-fikir nak pergi sendiri, atau bawa Faheem si Bodyguard. Kalau pergi sendiri jimat la juga kan, tapi nanti sunyi la pula, semua geng2 baru nak kenal. Bila ajak husband dia xmo pergi pula, penat pujuk berkali-kali. rupanya ada la hikmah juga sebab sebulan sebelum pergi ada issue sikit india-pakistan ni di area kashmir. media dok kecoh2 kashmir x selamat blablabla, pastu tentera pun keluarkan arahan tentera Malaysia x boleh ke negara India & Pakistan dalam masa terdekat wuwu. Ok la takpe la so umi bawa Faheem je la buat peneman. Nak bawa adik sekali umi x menang tangan pula nanti. Takpe la adik tunggu besar sikit k nanti Umi bawa adik jalan2 k *hugs*.

Bayaran untuk Flights (Kul-Del return, Del-Srinagar return) + Hotels + Transportation + Meals (B,L,D) untuk dewasa RM3250. Untuk Faheem patutnya RM1500 (2-6tahun) tapi sebab umi nak bilik berdua je dengan dia so kena bayar untuk bayaran 7-12 tahun iaitu sebanyak RM2500. masih berbaloi sebab kalau agent lain tolak Rm300 je dari harga dewasa. 

Untuk musim pula disebabkan nak tengok Tulips maka umi pilih tarikh pada bulan 4. Seronoknya pergi pada bulan 4 ni dapat la 3 musim sekaligus. Winter & Spring di Kashmir, Summer di Delhi & Agra hehe. pastu balik2 terus batuk selesema sebab perubahan cuaca (^^;)

Jom tengok few pics as mukaddimah. Nanti free2 leh cerita dengan lebih details^^

di KLIA..ready to go! Bismillah

view dlm flight Delhi to Srinagar..magnificent

alhamdulillah dah sampai Kashmir

Houseboat

The interior

my Kashmiri boy

shikara ride

sunset viewing

Hazratbal Mosque

BadamVaer

cable car ride in Gulmarg

snow mobile in Gulmarg

beautiful Sonamarg

Sonamarg love

pony ride in Sonamarg

pony ride in Pahalgam

Aru Valley, Pahalgam


Betaab Valley, Pahalgam

Enjoying icecream in Betaab Valley, Pahalgam

mustard field otw from Pahalgam to Srinagar

Tulips in kashmir!

the largest Tulips Garden in Asia

pintu masuk ke Taj Mahal, Agra

Alhamdulillah..dreams do come true <3

Jamek Mosque in Delhi

India Gate

Ok insyaAllah ada masa nanti leh cerita in details untuk kenang-kenangan. 8 hari 7 malam tu, macam-macam cerita, macam-macam aktiviti kami buat. Memang seronok sangat ke Kashmir & Taj Mahal. syukur diberi peluang :)

Thursday 4 April 2019

Air yang tenang


Air, air yang tenang
Usah disangka tiada buaya
Wajah, wajah yang senang
Usah disangka hati bahagia

Gelora, gelora di jiwa
Gelodaknya kecil, ubatnya ketawa
Menangis, menangis air mata
Setitis mengalir, meragut kecewa

Bintang, bintang yang cerah
Gapainya jauh, hujungnya tak tiba
Tangan, tangan yang gagah
Bukan kau punya, kenapa nak hiba

Maruah, maruah milikmu
Tercalar mahunya disengajakan
Jaga, kau jaga hatimu
Senyum dahulu, esok kau tangiskan





Maruah tercalar


Maruahku tercalar
Tapi siapalah aku
Si pendosa yang pertikaikan
Rezeki dan takdir Allah?



Wednesday 3 April 2019

Jalan-jalan Kellie's Castle Feb 2019

Dah bermastautin 8 tahun (husband 10tahun+) di Perak, & dah teringin lama nak singgah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak. Pernah berangan nak buat photoshoot kat sini tapi sebab perjalanan dalam sejam lebih sikit juga la dari Lumut so tak jadi2 photoshoot tu ;)

Harga tiket RM10 tapi untuk warganegara Malaysia RM5 untuk dewasa, RM4 untuk kanak-kanak.

Waktu operasi 9am-6pm. Kitorang dari Lumut ke Ipoh dulu sebab nak ke Aeon mencari barang. ting tong ting tong tiba-tiba dah hampir nak ke pukul 5. Tapi nekad juga nak pergi sampai2 je lagi 20minit nak ke pukul 6. Takpe la singgah je la ingatkan nak ambil gambar dari area parking (parking bayar rm2), tapi Faheem nangis-nangis nak masuk dalam sebab dia nampak dari jauh ada ramai orang kat atas tu alahai. Ayahnya pun redha je la pergi beli tiket walaupun lagi 15min dah nak tutup dah uhuhu. Bayangkan la betapa kami laju-laju lari ke dalam, snap pics, dengar siren dibunyikan tanda kena keluar tapi kami ignore, snap-snap lagi pics, siren bunyi makin kuat tapi kami relax2 juga lagi, sampai la langit dah betul-betul gelap & hujan pun turun. haa bila hujan turun la ni baru la kami mencicit lari keluar. Yang penting kami bukan orang last, ada 2 pasang pengantin lagi tengah syok berphotoshoot hujan2 tu hehe. 

Disebabkan dah hujan makanya kami dapat la bergambar kat wording KELLIE's CASTLE tu dengan tenang tanpa orang lain berphotobomb. gasak la hujan2 pun asalkan dapat gambar cantik^^ 


time dah nak balik sebenarnnya ni. masa sampai2 tu ramai sgt manusia2
yang nak bergambar di sini. cantik kan castle tu dari jauh?

langit gelap petanda nak hujan. kami redahkan juga haha

ok jom kita explore..

2 budak baju merah tu dah tak sabo2 dah tu..

yeay kami berjaya sampai sini^^

1 for the memory

bahaya juga sebenarnya kat atas ni, xde pagar or penghalang kat hujung tu..

susah nak capture gambar budak ni, berlari saje.
yg ni sempat snap, leh letak kat IG ;)

saki baki bangunan



this is encik Kellie
Masa tengah syok2 pusing2 kat dalam tu sekali terbaca pula cerita hantu di Kellie Castle alahai potong mood hehe. dah la time tu dah gelap sebab nak hujan, cepat2 bawa bebudak turun sebab mak diorang ni memang known case of penakut hehe. ok je la datang dah dekat2 nak tutup ni, tak panas & orang pun dah tak ramai, leh la berselfie macam tempat tu kami yang punya..

sekian


Tuesday 2 April 2019

Penghargaan

Entah apa yang penat sangat dua tiga hari ni, tapi banyak sangat yang bermain di fikiran. Konsep rezeki, apapun kena bersabar. 

Penghargaan manusia memang sukar nak peroleh, dah buat macam-macam pun masih tak cukup. Penghargaan Tuhan tak pasti, sebab sebagai manusia biasa, lakukan saja apa yang mampu, apa yang terbaik. Apa yang tak baik, yang buruk, yang dosa, elakkan sedaya yang boleh. 

Sedih, kecewa, tertanya-tanya mana lagi yang boleh diperbaiki? Apa lagi yang perlu diperbetulkan? Tapi tengok orang lain pun tidaklah sesempurna mana, tapi mereka lebih dulu dapat penghargaan manusia. Agaknya betullah kata-kata 'Usah lihat orang yang nasibnya lebih baik dari kita, lihatlah orang yang nasibnya lebih teruk, lebih rendah, lebih berduka daripada kita, supaya kita akan lebih bersyukur...'

It's ok. Lega pula dah luah kat sini :)