Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Wednesday 4 September 2019

Jalan-jalan Ho Chi Minh YAY! Part 3



Ok jom sambung cerita.
Disebabkan kami terlebih masa di area Mekong river, pastu singgah pulak 2 gudang masa otw balik, sampai2 pun hari dah gelap. Terus wasap dengan Ibrahim kami sampai2 hotel je letak barang pastu terus gi dinner la. Nanti kang kalau dah mandi la rehat2 la kang lewat sangat pula nanti. 

X lama lepas wasap tu Ibrahim pun muncul. Kami terus naik kereta ke tempat dinner kami. Amik masa dalam 20minit juga la dari hotel. Masa memula sampai tu kawasan tu cam menakutkan sikit, sebab gelap. Nasib baik la ada si Ibrahim, xde la takut sangat kami geng2 gegirl ni. 

Masa tengok menatang2 siput tu cam x reti nak pilih. Last2 Ibrahim yang pilihkan sebab dia lagi tahu kan. Kitorang belajar cara-cara makan siput sedut dengan Ibrahim. patut la sebelum ni kalau makan siput sedut x terasa nikmat, rupa2nya salah teknik daa..

ni namanya dah ngap dulu baru teringat nak amik gambar hehe. yang kuah santan atas tu sedapp giloss.
ada siput sedut masak lemak, tauhu goreng..yang lain tatau nama tapi semua pun sedap 😝

x sure apa nama kerang ni & x sure masak apa..tapi memang sedap la haha. 

siput ala2 masak masam manis. sos dia sedap. alahai semua sedap hehe

untuk air x byk pilihan. Ibrahim suggest air strawberry ni. ternyata pilihan yang tepat.
1st time minum air gas yang x bergas sgt & manisnya pun very moderate. slurpp!

maggi goreng. kami dah kenyang mkn kerang & siput baru la muncul maggi goreng ni.
tapi bila dah start makan, xleh berhenti pulak hahaha

asyik puji sedap sedap sedap, ibrahim pun order lagi 1 serving kerang ni hehe. TQ Ibrahim!!

dah nak balik baru berani nak amik gambar uncle ni tgh membakar kerang2 & siput2

pilihan yang ada..siput sedut masak lemak tu menu wajib tu. sedap yg amat!

kalau tgk sekali imbas cam x berani je makan sini kan..hehe..tapi Ibrahim dah check & dia pun regular customer
sbb rumah dia kat area kedai ni..

tu dia..mai Halal..usah ragu2 nanti lapo
Malam tu kami tidur dengan perut yang kekenyangan πŸ˜‚ Ibrahim janji nak bawa kami breakfast sedap juga the next day. patutnya nak pergi hari ke2 tapi kedai tu tutup, nasib baik di hari terakhir kami kedai tu buka. Awal-awal pagi lagi kami dah tercegat depan hotel. Breakfast awal pastu boleh la kami sambung shopping hehe. Dari hotel ke kedai makan ni dalam 15mins camtu.

landmark dia cari Masjid Jamiul Islamiyah ni..pastu ada lorong kecil di belah kiri masjid, masuk dalam lorong tu..
pastu pusing kiri,,

dah sampai. kedai sempoi je bawah rumah

sup daging + steamed beef&fried egg + baguette + iced Vietnamese coffee. fuhh marvelous okπŸ˜‹πŸ˜‹

lepas dah kenyang, kami pun shopping di sini

rambang mata oi. kain ela/lace mmg cantik2 la sini. harga pun sgt2 ok kalau compare di Malaysia.
borong sakan. siap dah beli kain baju raya tahun depan^^ 

Lepas dah penat shopping di Ben Thanh, dah ambil tempahan baju, pastu shopping sikit lagi di Malaysian street,
kami pun kelaparan. Lunch di Restaurant Musa Kariem. Repeat lagi avocado juice sebab sedapnya boleh bikin kempunannn. 

order juga Vietnamese roll. tapi yang ni xleh masuk tekak sangat πŸ˜…
Lepas dah lunch terus berlari balik ke hotel sebab dah nak kena check out. Kemas2 & timbang sekali berat terlebih muatan pulak huuhu. Btau kaknoli bertenang dulu la nanti kat airport kite alihkan kat bag masuk cabin hehe.

Sebelum ke airport kami ada masa lagi so singgah dulu Hard Rock Ho Chi Minh, Saigon Post Office & in between 2 tempat tu kami lalu kat 1 jalan yang sangat wow. Banyak kedai2 buku & cafe tempat relax2 kat situ. fuhh sayangnya kami x dapat ler nak melepak kat situ sebab nak kena bekejar ke airport pulak. Tapi seronok la amik2 gambar kat street tu. Tenang je.


Singgah amik gambar je. Kami masuk dalam tengok2 barang HR, bulat mata tgk price, pastu keluar hehe.

membelinya x, posing yg lebih ;)

haa ni la street tu. dari Hard rock ke Saigon post office akan lalu jalan ni..

ok dah sampai Saigon Post office. google la k kat sini ada apa hehe

bergambar dengan Ho Chi Minh

world clock. post office ni masih berfungsi sehingga kini

french-influenced building

bergambar dengan si kenit ni la, cover sikit perut mokde

in loveee! syoknya la kalau dapat lepak2 sini 

bus for teddy bear & kengkawan dia

ermm nak duduk kat bench pun x sempat
Lepas dah bergambar sana-situ-sinun kami pun menuju ke kereta & terus menuju ke airport. Overall trip ni memang sangat happy & puas walaupun hanya 3h2m. Alhamdulillah Allah permudahkan semua. Masa nak check in tu ada isu jugak sebab bag cabin kami terlebih berat (patut 7kg, kami dah terlebih 2x ganda - 15kg hehe) Kami mention la kan kami bertiga, total 21kg kan...dia nak suruh juga kami transfer barang tu ke bagpack, tapi lepas kami buat muka kesian dah la sume perempuan pastu ada budak kecik pulak tu, dia pun lepaskan je bag tu. tq officer :) masa kat imi pun garang2 juga la diorang ni tapi layankan je la janji lepas & boleh naik flight. Syukur yang lain2 tu semua smooth je Alhamdulillah..

Habiskan duit dong dengan membelanja si tenit ni icecream. nasib pastu dia x hyper dalam flight 😁

Tq Mr husband sebab izinkan isterimu ni pergi shopping di Vietnam. love u! 😍

Untuk contact Ibrahim, blh wasap dia di nombor ni :- +84568045024 



Jalan-jalan Ho Chi Minh YAY! Part 2


Hari ke-2 di Ho Chi Minh. Subuh awal, keluar hotel pun awal. Rafa good girl je x nangis pun kena kejut awal padahal semalam letih kot sampai ke malam berjalan.. masa umi dia mandi dia rengek2 sikit, tiba-tiba nak peluk dengan mokde sebab perasan umi xde sebelah 😏jadi la Rafa dapat juga la mokde pegang awak sekejap haha.

Breakfast di restaurant semalam, Musa Kariem. Banyak je restaurant halal area Malaysian street tu tapi agaknya Ibrahim dah liaise kot dengan owner restaurant tu. kami xyah bayar pun just mention nama Ibrahim kat staff situ. Untuk menu breakfast x banyak pilihan sangat macam dinner tapi still ok, still kenyang Alhamdulillah. 

Breakfast kuew teow sup. nyum2
Nak dijadikan citer kaknoli x minum teh/kopi, pastu lupa pula nak bawak milo. dengan gigihnya patah balik ke hotel (dalam 200m juga la) untuk ambil milo je. pastu dah abis makan patah balik ke hotel sebab ibrahim kata tunggu kat hotel, sekali last minit bas tunggu kat area depan restauran tu, dah kena patah balik ke sana. aduhai entah berapa kali kami pusing2 la huuhhu. lepas bas dah nak penuh, rupanya diorang ambil juga penumpang lain di hotel kami. adui buang karan betul haha. pepagi dah kena exercise πŸ˜…

Kami join group Bismillah Travel. Kalau jalan kat area Malaysian street tu akan nampak la office diorang ni. Agent yang bawa kami namanya Lisa, boleh bercakap melayu sebab dia pernah kerja di Ben Thanh & customer mostly melayu. Kelakar Lisa ni enjoy la naik bas dengan dia. Salah-satu ayat dia yang xleh dilupakan ialah bila dia kata orang Vietnam datang Malaysia sebab nak cari duit, tapi orang Malaysia datang Vietnam sebab nak buang duit πŸ˜› 


Lisa - kelakar

Sampai2 di area jeti shopping dulu. 

Hujan
Sebelum sampai ke jeti kami singgah di 1 gudang ni. Tshirt murah2 dalam RM7-RM10. Borong juga la. Beli telekung Siti khadijah vietnam tapi sebenarnya harga telekung murah lagi di area Malaysian Street. Kalau telekung cotton kualiti lebih kurang je so better beli kat tempat murah. 

Sampai-sampai di jeti hujan lebat turun selebat-lebatnya. Dengan angin kencangnya, tempias sana-sini. Lama juga kami tunggu hujan reda sebelum dapat naik boat. Boat pulak terbuka camtu memang basah la sana-sini. Ada juga ahli rombongan yang x jadi naik boat, gerun agaknya dah la air sungai teh tarik tu nampak bergelora kaw-kaw. 

Nak cross sungai tu ke arah pulau kami dihidangkan dengan air kelapa dulu. Tempat pertama kami singgah ialah restauran halal untuk lunch. Makan dulu la isi perut kan. Disebabkan ada yang x pergi dapat la kami makan portion lebih πŸ˜‹


ready to go

boat sebelah. semua boat sejenis terbuka camni..

air teh tarik bergelora

pape pun kita enjoy air kelapa dulu

ok dah sampai kat restaurant halal

portion untuk 4 orang, tapi kami makan ber2 hehe. rafa tido time ni

Lepas makan kami pun mulakan aktiviti..rasanya aktiviti di sungai mekong ni sama je walau ikut mana-mana agent sekalipun. Makan buah tempatan, rasa teh madu, naik sampan, naik kereta kuda, pastu gi kilang candy kelapa. blog lain pun cerita benda yang sama kan? haha. Disebabkan ni kali pertama kami sampai di Vietnam, wajib la kan sampai ke Mekong. next time datang kalau setakat nak shopping mengular kat area Ho Chi Minh je la ^^

bag kulit handmade. x tanya pula harga hehe

masa makan buah ada live music show.. orang vietnam nyanyi lagu traditional melayu hehe. layan je

sama je rasanya cam kat malaysia ;)


serious besar gabak betul size durian kat sana

honey tea & kudapan berasaskan madu. yg ni mmg sedap

madu+lemon

aktiviti yang ditungu-tunggu. jom naik sampan!

1 boat 4 orang. naik sampan kat vietnam kena pakai topi tu, baru fefeeling

ceria je uncle ni

smileee! 1 of my checklist juga la -naik sampan di vietnam. haha

air kelapa + isi buah nipah. sedap!

jom naik kereta kuda pulak. rafa muka camtu je la ^^

uminya yang happy lebih πŸ˜„

kilang candy kelapa pulak.. demo sikit..

bila tengok camni terus x terasa nak beli..hehe

guna kayu api

ok jom borong

Kilang candy kelapa ni adalah tempat terakhir yang kami singgah sebelum ke jeti semula. Kami dah terlebih masa ni sebenarnya sebab tadi lama menunggu hujan reda. Ingatkan perjalanan balik x singgah gudang tapi rupa-rupanya singgah juga 2 gudang untuk shopping. x ingat la nama-nama gudang tu tapi memang rambang mata laaa nak memilih tudung/kain.

Sebelum sampai hotel Ibrahim wasap berkali-kali tanya dah sampai hotel ke belum. Malam tu dia janji nak bawa kami makan seafood hehe. So next entry la nak cerita seafood dinner kami & breakfast di hari terakhir yang sangat awesome! haha bab makan laju je nak cerita. K sambung nanti :)