Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Tuesday 3 September 2019

Jalan-jalan Ho Chi Minh YAY! Part 1

Date : 2-4/8/19

Part 1
Part 2
Part 3

Shopping!!!! yes tu dia plannya. nak shopping hehe. so 3hari 2malam cukup la kan. pergi jumaat, balik ahad ๐Ÿ˜

initial plan pergi ber5, tapi last2 jadi ber3 je - me, kaknoli (my 1 & only elder sister) & her baby girl Rafa umur 2yrs+. risau tu risau juga sbb kami sume gegirl & bawak seketul rafa lagi tp kerisauan tu kurang sikit sebab dah book sorang agent ni untuk bawa kami jalan2, Ibrahim namanya, Islam, boleh berbahasa Melayu & sporting. Jumpa Ibrahim ni dalam Fb BBM. ada la contact dengan beberapa yang lain tp Ibrahim ni la harga paling berpatutan & dia boleh terima kami yang x ramai ni. Utk 3h2m dia charge RM540 - harga termasuk airport transfer, hotel, makan (B,L,D) & sightseeing. Tapi harga tu dikurangkan lagi nanti sebab...ha..jap lagi la citer.

Kami plan untuk pergi 3 hari je sebab kaknoli ni cikgu, so cuti cikgu mana banyak sangat kan. bila baca2 blog kitorang pun decide untuk skip Cu Chi Tunnel. Iti simple je :-

Day 1 - airport transfer to hotel (near malaysian street) & shopping at night market
Day 2 - mekong river trip 
Day 3 - shopping di ben thanh market, saigon post office, hard rock cafe & airport transfer

Haha macam baik xyah buat iti kan. kekeke.

Kitorang pergi naik Malindo Air sbb masa tu tgh ada promo. dapat la harga adult RM455, harga Rafa Rm409. Harga promosi kan so luggage dpt la 15kg/person. time balik kami terlebih muatan ๐Ÿ˜…


Naik bas Star shuttle, direct bus dari Sitiawan ke KLIA. Singgah R&R sempat beli lolipop cake ;) Sampai KLIA awal so makan dulu kat Old Town Cafe sementara tunggu Kaknoli & Rafa sampai..

wefie dulu di KLIA

 



Haha macam2 gaya Rafa ni. sejenis xnak kat orang even kat makcik dia sekalipun. Mokde pasrah je la Rafa oi.. 

Flight sampai dah lewat petang. kami disambut oleh staff ibrahim namanya Zul. pun boleh bercakap melayu. hehe seronok berbahasa melayu di Vietnam. kami sampai hotel dah nak dekat pukul 7ptg, Ben Thanh market pun dah nak tutup. so btau kaknoli kita check in, mandi2 & solat dulu, dinner pastu malam tu shopping area Malaysian street je la. Hotel Song Anh yang kami duduk tu memang walking distance je dengan malaysian street tu. Masa dinner baru la kami bertemu dengan Ibrahim, our tour agent. Masa dinner dia tanya la sebab kami ber3 je, nak ke Mekong river privately atau join dengan group lain? kalau naik bas dia akan pulangkan seorang rm100 untuk duit shopping hehe. Bincang-bincang dengan kaknoli best juga naik bas sebab boleh la jumpe dengan orang lain kan. kalau private nanti 2 jam perjalanan ai tgk muka u, u tgk muka ai, x syok juga kan. Lepas dinner tu ibrahim pun pulangkan RM100 seorang..yeay ada extra duit shopping ^^

Alhamdulillah dah selamat sampai di airport Ho Chi Minh

private trip.. tapi diorg book grab je pun haha..

Ben Thanh market...tapi masa ni dah nak tutup

dah sampai hotel. 1 queen, 1 single, family room. selesa kami tidur :) 
tu diaa mr Ibrahim. muda sgt orgnya so sporting abis la



Dinner di restaurant Musa Kariem. sedap, isi banyak. jus avocado tu mmg terbaikkk! 

ok jom..shopping time!!

dah membeli kain, kite tempah kain pula.. siap 1-2hari..rm60 upah baju kurung moden

geram tgk buah2 fresh..memborong buah pulak..durian size XXXL, isi lemak & tebal.

Dah penat shopping kami pun balik hotel. Sempat la melantak makan buah dulu sebelum tidur- ada ciku, mangga, jambu, durian..hehe..x dapat habiskan semua jadinya masuk dlm fridge dulu esok leh sambung. Ibrahim dah btau awal2 esok pagi breakfast di restaurant Musa Kariem pastu akan terus join naik bas ke Mekong River. Yeay x sabar nak naik sampan di Mekong^^

ok sambung part 2 nanti ๐Ÿ˜„