Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label faheem. Show all posts
Showing posts with label faheem. Show all posts

Friday, 17 January 2020

Family Day di Batu Kurau July 2019


Wawasan 2020! Fuh masuk tahun baru ni teringat pulak durian Batu Kurau. Mmg terbaik lahh. Bulan 7 tahun lepas (throwback sungguh ni) ada kenduri cousin di Taiping, so lajak sikit kitorang anak2 Wak Amir ni pun plan la nak berfamily day di Batu Kurau.

Contact2 chalet, rezeki dapat stay di Chalet Seri Cempaka, Sempeneh Batu Kurau. 2-3 minggu sebelum pergi tu heboh la orang dok kata tengah musim durian kat sana. tapi bila contact dgn staff chalet dia kata dia x janji la masa kitorang datang nanti ada lagi ke tak. kitorang dah berhuhu dah sekali dah sampai area Batu Kurau otw ke chalet tu banyak gilos durian di tepi jalan. yeayyy kenduri durian la kami!!

baju cantik sebab nak gi kenduri

Haa yang ni belum sampai batu kurau lagi..ni baru kat Trong. Yang ni pun terbaik juga la RM8/kilo. Tapi masa ni kami belum merasai durian batu kurau fresh lagi..fuhh lepas merasa tu terus terlupa musang king sekejap haha.


muka x sabar nak ngap durian

Haa ok dah sampai chalet. Chalet ni memang ok la berbaloi dengan harga. tempat BBQ pun luas, ada ruang besar kalau nak buat aktiviti. Belakang chalet je ada sungai, jalan dalam 2mins je sampai. Bilik ikut la nak besar mana. setiap bilik ada tilam extra so klu anak kecik 2 org tu amik yg katil queen je. ayahnya tido kt tilam single sebab bebudak masing2 nak ketiak umi huhu. 

Kitorang sampai-sampai je letak bag pilih bilik pastu terus ngapp durian. tp durian ni yg dari trong. petang sikt baru la kami membeli durian batu kurau. lepas dah ngap bebudak x sabar nak mandi sungai. ok lets go!

ni bilik family bizal. anak3 bujang 3 org, sesuai la bilik besar gini

ni muka2 yang x sabar terjun sungai. nasib baik belakang chalet je

sejuk & bersih


kemain iman



petang sikit aktiviti panjat pokok rambutan. owner ni bagi kitorang kait rambutan ni for free yeay!

hero sangat la tu dapat panjat pokok

Malam tu kami berBBQ bersama. punya la sakan BBQ sampai lupa nak amik gambar huhuhuh. Kali ni BBQ ada ikan siakap 2 ketul, berebut^^ Esoknya masing2 lepas checkout ada yang ke Taiping, ada yang ke Penang. kami ke Kuala Sepetang dulu dengan mak, abah, family Bizal & family Nuyun. Kita pekena mee udang. Licin abah makan, sedap la tu hehe.

ni namanya 3rd round. masa ni dah nak balik dah

abang yang jual ni tengah mencari petai, so adik perempuan dia yang layan kami. terpaksa la kami belah sendiri durian huhu. Sebab durian fresh so susah juga nak membukanya. nasib baik isi dia sodap yakmat. 

yg si tecit tu kemain suka

RM4/kilo. yang cantik sikit RM7/kilo. Tapi rasa dua2 sedap

Masa ni dah sampai Lumut. Dinner di Horizon Garden Restaurant

Senyum happy dapat makan ramai2

Sebelum balik Selangor, kita terjah lagi durian buat kali ke zillions times haha. 

Kesimpulannya, memang terbaik la Durian Batu Kurau! Lepas beberapa hari kitorang gi sana, tibe-tibe kecoh kat manjung ada penjual claim durian dia jual durian batu kurau, tapi sebenarnya bukan, pastu kantoi. fuh macam2 orang nak kaya cepat ni kan. Nasib baik kitorang gi sendiri ke batu kurau, memang sah2 beli durian yang original Batu Kurau lol. rezeki masing2 laa..lepas ni kalau musim lagi boleh la terjah lagi ke sana..insyaAllah..







Wednesday, 28 August 2019

Tiny Boutique Cafe, Cameron Highland :)

Best la cafe ni, sgt2 recommended. Sampai2 je nampak banyak bunga2 warna-warni, bebudak teruja ada kolam ikan, bau pizza di bakar di dalam wood-fired oven, comfortable seating, cuaca sejuk..eh..kalau kalau kat cameron mesti la sejuk kan walau di mana-mana 😎

Lepas dah order (pizza pepperoni, carbonara & iced lemon tea), si adik tarik2 pulak ajak pusing2 area tu. sekali jengah ke belakang cafe, kat area depan homestay tu ada flower garden & nampak pulak pekerja kat situ tengah keluarkan arnab masuk kat dalam kandang (maybe dah sampai masa makan dia kot). umi teruja terus ajak fahree ke kandang arnab tu πŸ‡. ada angsa sekali kat area tu nasib baik dalam kandang kalau x maunya dah kena patuk. 

Panggil faheem datang sekali sbb dia pun suka live animals ni 😊boleh beli sayur utk diberi makan dekat arnab2 tu, harga cuma rm2. seronok la diorang bagi makan. yang paling geram adalah baby arnab tu, kiuuttt sgt. ada sekor tu dok gali tanah sampai boleh ada ruang untuk dia keluar dari kandang hehe. nasib baik x sempat lari jauh dah kena tangkap masuk balik dalam kandang πŸ˜„

Jom enjoy gambar πŸ˜€

posing la orang tu

english style?

turkey yang pemalu

berani betul diorg ni mentang2 la angsa tu dlm kandang

cute baby rabbit <3

squishyyy

arnab makan sayur k..double f makan sayur x?

nyummmy pizza..fuh terkenang2

wood-fired oven..tu pizza rasa sedap lain machiam tu

hydrangea. bdk bertuah tu petik bunga pastu bg ikan mkn bunga alahaii

ok balik dulu insyaAllah berjumpa lagi lain kali hehe

Kesimpulannya puas hati la. Blh datang ramai2 next time~ πŸ˜„





Thursday, 22 August 2019

Fahree's 1st monorail ride experience!

Wah lama dah x membebel sorg2 kat sini. Budget busy la pulak kan😎

Join conference di Hotel Istana last weekend. Ajak ayah datang bawak anak2 mandi pool & stay 1 malam teman umi. Conference sampai petang je so lepas maghrib tu kami pun keluar jalan2.

Peach tea - free gift lepas subscribe kt 1 website company ubat 😁

lepas datang conference ni baru la terbuka sikit mata & minda mengenai Alzheimer, Dementia & other elderly issues.. asyik teringat kat arwah mak.. AlFatihah untuk mak..

Enjoy bathtub dulu

Pastu sambung berendam kt pool hehe

Saya dh pandai swimming πŸ˜„


Lepas dh puas mandi, dah rehat sekejap, lepas solat maghrib kami pun berjalan dalam 100meter dari hotel ke monorail station - Raja Chulan. Kat sini leh amik gmbr cantik background view Menara KL hehe. Bebudak dah excited nak naik train. Nasib kami baik je malam tu x tunggu lama pun utk setiap ride..rezeki bawak bebdk camtu la πŸ˜„

1st ktorg ke lowyat dlu cari charger umi & nk usya2 printer ink. X sempat nak lama2 sgt kalau dgn bebdk ni cpt je diorg boring dgn yg nak toys la, nak air la etc. Ktorg pun amik grab (rm7) ke KLCC. plannya nak amik gmbr night view of KLCC la sekali ada konsert Petronas pulak so ramai gilos manusia xdpt la nk pusing area luar klcc tu. Sempat la layan Amalina, Datok Khadijah Ibrahim & Ramli Sarip sebelum skali lg bebdk restless & ajak balik. Masa tu dh dkt 10pm so suria KLCC pun dh tutup ktorg pun jln jauh sikit utk amik train. Kalau ikutkan naik grab lg senang tp bebdk x puas lg naik monorail td so balik pun kami naik train.. Nasib baik kami ada bertanya kt seorg polis bertugas kat area luar klcc tu so dia bg ktorg lalu shortcut melalui mall. Bebdk masih cam x puas hati je lg biasa la diorg ni kan setiap kali berjln mesti expect nak beli toys kan..nasib ktorg baik kami lalu depan kedai icecream (staff tgh kemas2 nak tutup) kat depan kaunter tu nmpk byk belon so dgn muka x malu makpak budak pun minta la nk belon utk bebdk ni..si adik siap dapat 2 haha. Xpe la diorg pun dh nak tutup kan fuhh selamat duit umi & ayah xyah membeli toys. Belon tu pun dh buat bebdk senyum sampai ke telinga πŸ˜‚ lega..

Night view of Menara KL 😍

Menunggu train dtg..kejap je x sampai seminit 😁

Lets go!

Di Low Yat..masa ni menunggu grab ke KLCC


Model LV di KLCC.
Kempunan nak amik gmbr night view KLCC lol

Happy kids with free balloons

Posing sikit la..yg ni dh mendgr arahan haha

Dah nak balik baru sempat nak amik gmbr dgn bebdk..ada la additional deco - balloons πŸŽˆπŸŽˆπŸŽˆπŸ˜„


Kami sampai hotel dah nak dekat 11pm. Bebdk blh bantai mandi lg kt dlm tub πŸ˜ͺ xpelah asalkan korg happy hehe.. malam tu kami tidur dengan lenaaa..kepenatan masing2 😴😴😴


Friday, 19 April 2019

Jalan-jalan India with Shizen Trip Tour - Kashmir, Delhi, Agra

Date : 5-12 April 2019

Pertama kali dalam hidup, ditipu wang ringgit oleh KTS Travel pada tahun 2017, lebur Rm2650. Umi dah tukar duit rupee, insurans dah bayar, visa je x buat lagi sebab dah terbongkar dah penipuan diorang ni. Sila cari I & mangsa-mangsa lain di akhirat nanti ok. Orang lain ada yang belas-belas puluh-puluh ribu ditipunya. Dahsyat manusia menipu zaman sekarang ni, huhu.

Duit Rupee dah ada, keinginan nak ke Kashmir masih membara, impian nak tengok Taj Mahal depan mata pun masih termimpi-mimpi... umi pun terus tanya kat husband boleh x kalau nak ke India? Tanya kat seorang kawan ni (Kak Zana, pernah travel sama-sama ke Osaka, Jepun) kot-kot dia nak gi Kashmir juga? Mula-mula dia macam berminat, dia pun bagi nama 1 agent ni yang pernah bawa kawan dia ke Kashmir - Shizen Trip. Terus pergi usha FB Shizen Trip tu tapi masa memula tengok tu macam x confident sangat (takut kena tipu lagiii), lepas dah contact few times dengan ownernya (Javeed & Intan - Intan ni orang Kedah, dia kahwin dengan Javeed, jejaka Kashmir^^), dan lepas tengok harga agent2 lain cam jauh betul beza harganya, akhirnya decide untuk book dengan Shizen trip ni. Dan decision untuk pilih Shizen Trip ni memang sangat tepat, sangat berbaloi2 alhamdulillah. rasa macam dapat lebih daripada apa yang kita bayar. Syukur rezeki dari Allah. 

Lama jugak fikir-fikir nak pergi sendiri, atau bawa Faheem si Bodyguard. Kalau pergi sendiri jimat la juga kan, tapi nanti sunyi la pula, semua geng2 baru nak kenal. Bila ajak husband dia xmo pergi pula, penat pujuk berkali-kali. rupanya ada la hikmah juga sebab sebulan sebelum pergi ada issue sikit india-pakistan ni di area kashmir. media dok kecoh2 kashmir x selamat blablabla, pastu tentera pun keluarkan arahan tentera Malaysia x boleh ke negara India & Pakistan dalam masa terdekat wuwu. Ok la takpe la so umi bawa Faheem je la buat peneman. Nak bawa adik sekali umi x menang tangan pula nanti. Takpe la adik tunggu besar sikit k nanti Umi bawa adik jalan2 k *hugs*.

Bayaran untuk Flights (Kul-Del return, Del-Srinagar return) + Hotels + Transportation + Meals (B,L,D) untuk dewasa RM3250. Untuk Faheem patutnya RM1500 (2-6tahun) tapi sebab umi nak bilik berdua je dengan dia so kena bayar untuk bayaran 7-12 tahun iaitu sebanyak RM2500. masih berbaloi sebab kalau agent lain tolak Rm300 je dari harga dewasa. 

Untuk musim pula disebabkan nak tengok Tulips maka umi pilih tarikh pada bulan 4. Seronoknya pergi pada bulan 4 ni dapat la 3 musim sekaligus. Winter & Spring di Kashmir, Summer di Delhi & Agra hehe. pastu balik2 terus batuk selesema sebab perubahan cuaca (^^;)

Jom tengok few pics as mukaddimah. Nanti free2 leh cerita dengan lebih details^^

di KLIA..ready to go! Bismillah

view dlm flight Delhi to Srinagar..magnificent

alhamdulillah dah sampai Kashmir

Houseboat

The interior

my Kashmiri boy

shikara ride

sunset viewing

Hazratbal Mosque

BadamVaer

cable car ride in Gulmarg

snow mobile in Gulmarg

beautiful Sonamarg

Sonamarg love

pony ride in Sonamarg

pony ride in Pahalgam

Aru Valley, Pahalgam


Betaab Valley, Pahalgam

Enjoying icecream in Betaab Valley, Pahalgam

mustard field otw from Pahalgam to Srinagar

Tulips in kashmir!

the largest Tulips Garden in Asia

pintu masuk ke Taj Mahal, Agra

Alhamdulillah..dreams do come true <3

Jamek Mosque in Delhi

India Gate

Ok insyaAllah ada masa nanti leh cerita in details untuk kenang-kenangan. 8 hari 7 malam tu, macam-macam cerita, macam-macam aktiviti kami buat. Memang seronok sangat ke Kashmir & Taj Mahal. syukur diberi peluang :)