Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label mekong river. Show all posts
Showing posts with label mekong river. Show all posts

Wednesday 4 September 2019

Jalan-jalan Ho Chi Minh YAY! Part 2


Hari ke-2 di Ho Chi Minh. Subuh awal, keluar hotel pun awal. Rafa good girl je x nangis pun kena kejut awal padahal semalam letih kot sampai ke malam berjalan.. masa umi dia mandi dia rengek2 sikit, tiba-tiba nak peluk dengan mokde sebab perasan umi xde sebelah 😏jadi la Rafa dapat juga la mokde pegang awak sekejap haha.

Breakfast di restaurant semalam, Musa Kariem. Banyak je restaurant halal area Malaysian street tu tapi agaknya Ibrahim dah liaise kot dengan owner restaurant tu. kami xyah bayar pun just mention nama Ibrahim kat staff situ. Untuk menu breakfast x banyak pilihan sangat macam dinner tapi still ok, still kenyang Alhamdulillah. 

Breakfast kuew teow sup. nyum2
Nak dijadikan citer kaknoli x minum teh/kopi, pastu lupa pula nak bawak milo. dengan gigihnya patah balik ke hotel (dalam 200m juga la) untuk ambil milo je. pastu dah abis makan patah balik ke hotel sebab ibrahim kata tunggu kat hotel, sekali last minit bas tunggu kat area depan restauran tu, dah kena patah balik ke sana. aduhai entah berapa kali kami pusing2 la huuhhu. lepas bas dah nak penuh, rupanya diorang ambil juga penumpang lain di hotel kami. adui buang karan betul haha. pepagi dah kena exercise πŸ˜…

Kami join group Bismillah Travel. Kalau jalan kat area Malaysian street tu akan nampak la office diorang ni. Agent yang bawa kami namanya Lisa, boleh bercakap melayu sebab dia pernah kerja di Ben Thanh & customer mostly melayu. Kelakar Lisa ni enjoy la naik bas dengan dia. Salah-satu ayat dia yang xleh dilupakan ialah bila dia kata orang Vietnam datang Malaysia sebab nak cari duit, tapi orang Malaysia datang Vietnam sebab nak buang duit πŸ˜› 


Lisa - kelakar

Sampai2 di area jeti shopping dulu. 

Hujan
Sebelum sampai ke jeti kami singgah di 1 gudang ni. Tshirt murah2 dalam RM7-RM10. Borong juga la. Beli telekung Siti khadijah vietnam tapi sebenarnya harga telekung murah lagi di area Malaysian Street. Kalau telekung cotton kualiti lebih kurang je so better beli kat tempat murah. 

Sampai-sampai di jeti hujan lebat turun selebat-lebatnya. Dengan angin kencangnya, tempias sana-sini. Lama juga kami tunggu hujan reda sebelum dapat naik boat. Boat pulak terbuka camtu memang basah la sana-sini. Ada juga ahli rombongan yang x jadi naik boat, gerun agaknya dah la air sungai teh tarik tu nampak bergelora kaw-kaw. 

Nak cross sungai tu ke arah pulau kami dihidangkan dengan air kelapa dulu. Tempat pertama kami singgah ialah restauran halal untuk lunch. Makan dulu la isi perut kan. Disebabkan ada yang x pergi dapat la kami makan portion lebih πŸ˜‹


ready to go

boat sebelah. semua boat sejenis terbuka camni..

air teh tarik bergelora

pape pun kita enjoy air kelapa dulu

ok dah sampai kat restaurant halal

portion untuk 4 orang, tapi kami makan ber2 hehe. rafa tido time ni

Lepas makan kami pun mulakan aktiviti..rasanya aktiviti di sungai mekong ni sama je walau ikut mana-mana agent sekalipun. Makan buah tempatan, rasa teh madu, naik sampan, naik kereta kuda, pastu gi kilang candy kelapa. blog lain pun cerita benda yang sama kan? haha. Disebabkan ni kali pertama kami sampai di Vietnam, wajib la kan sampai ke Mekong. next time datang kalau setakat nak shopping mengular kat area Ho Chi Minh je la ^^

bag kulit handmade. x tanya pula harga hehe

masa makan buah ada live music show.. orang vietnam nyanyi lagu traditional melayu hehe. layan je

sama je rasanya cam kat malaysia ;)


serious besar gabak betul size durian kat sana

honey tea & kudapan berasaskan madu. yg ni mmg sedap

madu+lemon

aktiviti yang ditungu-tunggu. jom naik sampan!

1 boat 4 orang. naik sampan kat vietnam kena pakai topi tu, baru fefeeling

ceria je uncle ni

smileee! 1 of my checklist juga la -naik sampan di vietnam. haha

air kelapa + isi buah nipah. sedap!

jom naik kereta kuda pulak. rafa muka camtu je la ^^

uminya yang happy lebih πŸ˜„

kilang candy kelapa pulak.. demo sikit..

bila tengok camni terus x terasa nak beli..hehe

guna kayu api

ok jom borong

Kilang candy kelapa ni adalah tempat terakhir yang kami singgah sebelum ke jeti semula. Kami dah terlebih masa ni sebenarnya sebab tadi lama menunggu hujan reda. Ingatkan perjalanan balik x singgah gudang tapi rupa-rupanya singgah juga 2 gudang untuk shopping. x ingat la nama-nama gudang tu tapi memang rambang mata laaa nak memilih tudung/kain.

Sebelum sampai hotel Ibrahim wasap berkali-kali tanya dah sampai hotel ke belum. Malam tu dia janji nak bawa kami makan seafood hehe. So next entry la nak cerita seafood dinner kami & breakfast di hari terakhir yang sangat awesome! haha bab makan laju je nak cerita. K sambung nanti :)





Tuesday 3 September 2019

Jalan-jalan Ho Chi Minh YAY! Part 1

Date : 2-4/8/19

Part 1
Part 2
Part 3

Shopping!!!! yes tu dia plannya. nak shopping hehe. so 3hari 2malam cukup la kan. pergi jumaat, balik ahad 😁

initial plan pergi ber5, tapi last2 jadi ber3 je - me, kaknoli (my 1 & only elder sister) & her baby girl Rafa umur 2yrs+. risau tu risau juga sbb kami sume gegirl & bawak seketul rafa lagi tp kerisauan tu kurang sikit sebab dah book sorang agent ni untuk bawa kami jalan2, Ibrahim namanya, Islam, boleh berbahasa Melayu & sporting. Jumpa Ibrahim ni dalam Fb BBM. ada la contact dengan beberapa yang lain tp Ibrahim ni la harga paling berpatutan & dia boleh terima kami yang x ramai ni. Utk 3h2m dia charge RM540 - harga termasuk airport transfer, hotel, makan (B,L,D) & sightseeing. Tapi harga tu dikurangkan lagi nanti sebab...ha..jap lagi la citer.

Kami plan untuk pergi 3 hari je sebab kaknoli ni cikgu, so cuti cikgu mana banyak sangat kan. bila baca2 blog kitorang pun decide untuk skip Cu Chi Tunnel. Iti simple je :-

Day 1 - airport transfer to hotel (near malaysian street) & shopping at night market
Day 2 - mekong river trip 
Day 3 - shopping di ben thanh market, saigon post office, hard rock cafe & airport transfer

Haha macam baik xyah buat iti kan. kekeke.

Kitorang pergi naik Malindo Air sbb masa tu tgh ada promo. dapat la harga adult RM455, harga Rafa Rm409. Harga promosi kan so luggage dpt la 15kg/person. time balik kami terlebih muatan πŸ˜…


Naik bas Star shuttle, direct bus dari Sitiawan ke KLIA. Singgah R&R sempat beli lolipop cake ;) Sampai KLIA awal so makan dulu kat Old Town Cafe sementara tunggu Kaknoli & Rafa sampai..

wefie dulu di KLIA

 



Haha macam2 gaya Rafa ni. sejenis xnak kat orang even kat makcik dia sekalipun. Mokde pasrah je la Rafa oi.. 

Flight sampai dah lewat petang. kami disambut oleh staff ibrahim namanya Zul. pun boleh bercakap melayu. hehe seronok berbahasa melayu di Vietnam. kami sampai hotel dah nak dekat pukul 7ptg, Ben Thanh market pun dah nak tutup. so btau kaknoli kita check in, mandi2 & solat dulu, dinner pastu malam tu shopping area Malaysian street je la. Hotel Song Anh yang kami duduk tu memang walking distance je dengan malaysian street tu. Masa dinner baru la kami bertemu dengan Ibrahim, our tour agent. Masa dinner dia tanya la sebab kami ber3 je, nak ke Mekong river privately atau join dengan group lain? kalau naik bas dia akan pulangkan seorang rm100 untuk duit shopping hehe. Bincang-bincang dengan kaknoli best juga naik bas sebab boleh la jumpe dengan orang lain kan. kalau private nanti 2 jam perjalanan ai tgk muka u, u tgk muka ai, x syok juga kan. Lepas dinner tu ibrahim pun pulangkan RM100 seorang..yeay ada extra duit shopping ^^

Alhamdulillah dah selamat sampai di airport Ho Chi Minh

private trip.. tapi diorg book grab je pun haha..

Ben Thanh market...tapi masa ni dah nak tutup

dah sampai hotel. 1 queen, 1 single, family room. selesa kami tidur :) 
tu diaa mr Ibrahim. muda sgt orgnya so sporting abis la



Dinner di restaurant Musa Kariem. sedap, isi banyak. jus avocado tu mmg terbaikkk! 

ok jom..shopping time!!

dah membeli kain, kite tempah kain pula.. siap 1-2hari..rm60 upah baju kurung moden

geram tgk buah2 fresh..memborong buah pulak..durian size XXXL, isi lemak & tebal.

Dah penat shopping kami pun balik hotel. Sempat la melantak makan buah dulu sebelum tidur- ada ciku, mangga, jambu, durian..hehe..x dapat habiskan semua jadinya masuk dlm fridge dulu esok leh sambung. Ibrahim dah btau awal2 esok pagi breakfast di restaurant Musa Kariem pastu akan terus join naik bas ke Mekong River. Yeay x sabar nak naik sampan di Mekong^^

ok sambung part 2 nanti πŸ˜„