Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Friday 17 January 2020

Family Day di Batu Kurau July 2019


Wawasan 2020! Fuh masuk tahun baru ni teringat pulak durian Batu Kurau. Mmg terbaik lahh. Bulan 7 tahun lepas (throwback sungguh ni) ada kenduri cousin di Taiping, so lajak sikit kitorang anak2 Wak Amir ni pun plan la nak berfamily day di Batu Kurau.

Contact2 chalet, rezeki dapat stay di Chalet Seri Cempaka, Sempeneh Batu Kurau. 2-3 minggu sebelum pergi tu heboh la orang dok kata tengah musim durian kat sana. tapi bila contact dgn staff chalet dia kata dia x janji la masa kitorang datang nanti ada lagi ke tak. kitorang dah berhuhu dah sekali dah sampai area Batu Kurau otw ke chalet tu banyak gilos durian di tepi jalan. yeayyy kenduri durian la kami!!

baju cantik sebab nak gi kenduri

Haa yang ni belum sampai batu kurau lagi..ni baru kat Trong. Yang ni pun terbaik juga la RM8/kilo. Tapi masa ni kami belum merasai durian batu kurau fresh lagi..fuhh lepas merasa tu terus terlupa musang king sekejap haha.


muka x sabar nak ngap durian

Haa ok dah sampai chalet. Chalet ni memang ok la berbaloi dengan harga. tempat BBQ pun luas, ada ruang besar kalau nak buat aktiviti. Belakang chalet je ada sungai, jalan dalam 2mins je sampai. Bilik ikut la nak besar mana. setiap bilik ada tilam extra so klu anak kecik 2 org tu amik yg katil queen je. ayahnya tido kt tilam single sebab bebudak masing2 nak ketiak umi huhu. 

Kitorang sampai-sampai je letak bag pilih bilik pastu terus ngapp durian. tp durian ni yg dari trong. petang sikt baru la kami membeli durian batu kurau. lepas dah ngap bebudak x sabar nak mandi sungai. ok lets go!

ni bilik family bizal. anak3 bujang 3 org, sesuai la bilik besar gini

ni muka2 yang x sabar terjun sungai. nasib baik belakang chalet je

sejuk & bersih


kemain iman



petang sikit aktiviti panjat pokok rambutan. owner ni bagi kitorang kait rambutan ni for free yeay!

hero sangat la tu dapat panjat pokok

Malam tu kami berBBQ bersama. punya la sakan BBQ sampai lupa nak amik gambar huhuhuh. Kali ni BBQ ada ikan siakap 2 ketul, berebut^^ Esoknya masing2 lepas checkout ada yang ke Taiping, ada yang ke Penang. kami ke Kuala Sepetang dulu dengan mak, abah, family Bizal & family Nuyun. Kita pekena mee udang. Licin abah makan, sedap la tu hehe.

ni namanya 3rd round. masa ni dah nak balik dah

abang yang jual ni tengah mencari petai, so adik perempuan dia yang layan kami. terpaksa la kami belah sendiri durian huhu. Sebab durian fresh so susah juga nak membukanya. nasib baik isi dia sodap yakmat. 

yg si tecit tu kemain suka

RM4/kilo. yang cantik sikit RM7/kilo. Tapi rasa dua2 sedap

Masa ni dah sampai Lumut. Dinner di Horizon Garden Restaurant

Senyum happy dapat makan ramai2

Sebelum balik Selangor, kita terjah lagi durian buat kali ke zillions times haha. 

Kesimpulannya, memang terbaik la Durian Batu Kurau! Lepas beberapa hari kitorang gi sana, tibe-tibe kecoh kat manjung ada penjual claim durian dia jual durian batu kurau, tapi sebenarnya bukan, pastu kantoi. fuh macam2 orang nak kaya cepat ni kan. Nasib baik kitorang gi sendiri ke batu kurau, memang sah2 beli durian yang original Batu Kurau lol. rezeki masing2 laa..lepas ni kalau musim lagi boleh la terjah lagi ke sana..insyaAllah..