Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday 2 June 2015

sahabat

bila dh kahwin ni alhamdulillah suami lah sahabat, suami lah teman.

betul, zaman muda remaja selalu confuse pasal persahabatan ni.
keliru sampai dah x tau yang mana yang boleh dianggap sahabat, yang mana sebenarnya musuh dalam selimut.

sebenarnya x kira lah siapa pun orangnya, kalau kehadirannya buat kita rasa berat hati, buat kita rasa sedih, buat kita rasa susah hanya untuk pastikan dia gembira, itu bukanlah teman yang baik untuk kita.

sahabat sepatutnya menyenangkan kita, menghilangkan serabut kita, suka duka kita dia tetap terima kita.

sahabat ni umpama rezeki. sama ada hadirnya umpama hadiah, atau sekadar ujian untuk menguji kita.

yang penting walau bagaimana pengakhirannya, biarlah dengan cara baik. yang salah dimaafkan yang betul kita kenang.

tapi bagaimana kalau dia tidak mahu maafkan saya?
itu urusan dia dengan Tuhan.

walau kita terasa tiada kawan, walau terasa hidup keseorangan, ingatlah yang Allah sentiasa ada. Lambat atau cepat Dia akan berikan yang lebih baik daripada apa yang hilang...

No comments:

Post a Comment