Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, 25 November 2014

mesti ikhlas!

dok baca blog lama (yg penuh emo tu), rasa mcm aku ni messed up sesgt

i mean, berapa ramai org yg Allah bg dugaan yang lbh berat?

aku ni, actually sgt bertuah.

alhamdulillah. klu fikirkan balik, aku je yang x bersyukur.

bile tgk org lbh sikit, rasa mcm ada sumting berat dalam hati.

amende la.

setakat ni ada family yg penyayang, anak, rezeki yg x pernah putus. Alhamdulillah

so cube ikhlas!

ikhlas sebagai seorg anak. ikhlas sebagai seorg isteri. ikhlas sebagai seorg ibu. ikhlas sebagai seorg doktor. ikhlas sebagai seorg manusia.

memberi lebih baik.

dugaan yg Allah beri untuk menghapuskan dosa yang lalu, sekiranya kite bersabar.

kadang2 rezeki tu cepat, kadang2 ia lambat. tp Allah dah rancang semua, bersesuaian dengan apa yang terbaik utk kite

ingat, sebaik2 perancang adalah Dia.

ingat x dulu masa pindah Perak, ada masalah untuk claim elaun pindah. mcm2 dugaan siap kne ngadu kat pegawai jkn. alhamdulillah last2 dapat jugak..dan duit tu elok2 je time nk kena guna untuk belanja kahwin. see? Allah dah rancang semua. mungkin kalau dapat duit tu awal, dah boros belanja. bila nk kawen tibe2 x cukup duit pulak. kan?

apa yang penting, bersangka baik dengan Allah. Allah adalah apa yang kite sangka, kalau baik sangkaan kite maka baiklah yang kite dapat. kalau kite bersangka x baik, maka x baiklah yang kte dapat. Bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah.

Allah beri ibu bapa, maka hargailah mereka. Allah kurniakan suami, maka berbuat baiklah. Allah hadiahkan anak, maka bergembiralah. Allah berikan pekerjaan dan rezeki, maka bersungguh-sungguhlah, mesti ikhlas.

insyaAllah



No comments:

Post a Comment