Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, 25 March 2019

Jalan-jalan Jeju Island bersama JejuMuslimTravel - Day 1

Tarikh trip : 10-14 March 2018
Musim : Bunga

Day 1
Day 2 - Part 1Part 2
Day 3
Day 4 & Day 5

Bulan Okt 2017 tiba-tiba Air Asia buka route baru ke Jeju Island, South Korea. Terkenang-kenang pula nak minum Banana Uyu tapi kalau ajak encik husband ni confirm dia xmau pergi huhu. Kitorang dah pergi 1 family dengan Faheem masa tu umur dia setahun 5 bulan (7-13 Okt 2014), cover Seoul & Jeju Island tapi kat Jeju 2 malam je so x banyak tempat dicover pun. Bila Airasia buka route baru confirm harga pun kaw2 murah so standby siap2 nak book tiket. Try juga ajak beberapa geng yang suka travel tapi xde yang berkenan pula nak ikut huhu. 

Bila pergi sorang ni x berani pula nak terjah sendiri. Cari la kot2 ada agent di Jeju yang boleh ambil solo traveller. Dan semestinya kalau Jeju ni mestilah Jejumuslimtravel (JMT) under Sakinah Omar, the 1st Malaysian yang stay di sana. Airasia open tiket for booking pukul 12 malam, tapi sebab nak tunggu JMT ni buka tarikh, lewat sikit la baru dapat book. Melepas la harga RM300-400+ tu haha. Bila JMT dah confirmkan tarikh, tgk yg bulan 4 mmg harga tix mahal sbb ada sakura kan, jadinya ambil yang bln 3 la tiket murah sikit, lagipun dah jumpe sakura di Jepun bulan 4 2017, jadinya xde la kempunan sgt^^.  utk direct flight dapat harga rm600 termasuk meal, kira masih murah la utk 6hours flight. luggage mmg x ambil sbb travel sorg kan haha. 

Untuk pakej JMT, harga utk ground arrangements = RM1650, x include flight tix. group package tapi maximum 10pax je per vehicle & per tour guide (dah macam private juga la). harga termasuk airport transfer,makan & malaysian guide so xde la communication barrier ke hape ;) kenderaan pula mmg ambil depan pintu hotel, sampai ke depan pintu attraction, balik pun dihantar ke depan pintu hotel. settle. xde jalan extra jauh or guna public transport langsung. seriously best hehe. kalau ada yang nak bawa kanak2 atau warga emas, recommended sgt la pergi dengan JMT ni. Diorg buat private tour juga, kot la nak gi dengan family or specific kengkawan ke.. kalau pergi dengan group ok juga, blh kenal2 dengan kengkawan baru :)

1st day kami sampai, touch down airport & dibawa ke hotel dulu. lepas dah mandi & solat, baru di bawa keluar berjalan2. 1st day :  Yongduam Rock & Yeohyeon Bridge.

Yongduam Rock aka Dragon Head Rock - batu volkanik yang terbentuk dengan bentuk kepala naga. ah sudah, mcm direct translation ke bahasa melayu pulak hehe.

haa..mcm kepala naga kan? ke tak sgt? hehe

area ni tepi laut & menghadap laluan flight mendarat
sotong bakar tersedap di dunia!

memasing dh kebulur. semua baik2 & comel2 sgt team kali ni

alamak ada ajumma minat pulak. terkejut ai kena kiss gitu

 'Haenyeo' aka female divers in Jeju bersama
hasil tangkapan utk dijual

sotong bakar. serious sedap melt in the mouth nyum2


amik gambar ni tunjuk kat husband sbb masa ktorg dtg tahun
2014 tu hujan so ktorg lepak kat dalam Dunkin Donut ni.
xtau pun kewujudan Yongduam Rock masa tu haha

Lepas dah snap pics, dah settle mkn sotong ( 2 round, sedap sgt), kitorg pun naik van balik & ke Yeohyeon Bridge pula. x jauh pun tapi kalau berjalan terasa juga la kot. kat sini leh tengok view sungai yang cantik & jernih. 

the bridge

view dari atas bridge
1st day ni kami pergi 2 tempat ni je sebab flight pun sampai tghri so masa tu jadi limited. otw balik ke hotel tu our guide, Sha beritahu malam ni free & easy je kalau larat blh la kalau nak gi shopping di Jungang shopping mall. 10mins from hotel by foot. Fikir2 masa ni kalau x gi malam 1st day tu, risau malam2 seterusnya tu x dan gi dah sebab kepenatan kot kan. Berdua dengan roomate, kami terjah jugak selepas dinner ke Jungang. bukan jongang k ^^

our dinner. nasi goreng sotong.
singgah sini dulu. baca blog org sume citer ada macaroon dedap kat sini

nyum3. mmg sedap

pastu singgah gerai buah pula.
ngancam betul strawberry tu.

dah sampai. kena turun ikut tangga kt belakang tu.
xde pape sangat la sini. kalau nak mencari baju/kasut/cosmetics ada laa.
sourvenir xde kat sini

<3
Malam tu alhamdulillah tidur lena. Sebelum tidur siap makan macaroon & strwberries dulu hehe. tapi strawberry paling sedap pernah dimakan tetap dimenangi oleh strawberry Jepun. aduhaii rindu. strawberry kat Ukraine pun x sesedap strawberry Jepun tau haha. Tapi masa kat Ukraine tu lebih obsess dengan cherry sebenarnya, tiap2 kali spring x sabar2 nak makan cherry ;) 

ok Day2 lebih panjang storynya so kita sambung next time je la haha





Thursday, 21 March 2019

Jalan-jalan Jepun berdua dengan Faheem - Part 7

Tarikh trip : 28/10 - 2/11/2018

sambungan dari SINI :)

Dalam pukul 8 lebih sikit, kami sampai ke rumah Azam & Asya. Azam masa ni outstation ke Hokkaido so tinggal Asya & kekanak je kat umah. Asya masa umi bgtau dia nak naik taxi dia cam terkejut sikit & kata 'jauhh' dari Odaiba, tapi umi yakinkan je la kat dia yg kami berdua dah tak larat hehe. camne nak travel around the world ni wuwu

cuteee hannah.
gambar gegar sbb asyik bergerak je bdk ni hehe
boys will be boys ;)


hannah checking umi's handbag &
umar hugging faheem from the back ;)
malam tu nak tidur awal tapi dok kemas2 pastu faheem main dgn umar kaw2 last2 lewat juga kami tidur. esoknya bangun awal tapi still macam lewat je masa keluar tu. kelam kabut say bye2 kat Asya (kekanak tidur lagi masa ni, kalau x mesti faheem xmo balik) pastu ktorg pun lari2 anak ke train station. umi mcm biasa la kabutt je rasa takut x sempat catch bas ke airport. tapi alhamdulillah smooth je ktorg siap kena tunggu sekejap sebelum bas sampai. masa nak menunggu bas ni la tibe2 faheem minta nak makan coklat/biskut. silap umi sebab masukkan semua kat dalam bag besar so x dapat la nak bagi. siap gaduh jap dengan faheem, tu la umi suruh breakfast (asya watkan toast utk ktorg) dia xnak. bila dah sampai bus station baru terasa lapar agaknya halah2..umi siap keluar ayat 'umi xleh wat magic tibe2 leh keluarkan coklat/biskut!' huhu. nasib la faheem.

masuk2 bas je terus faheem nak susu. macam biasa la bila dah menyusu mula la dia nak ke toilet membuang. kalau nak tahu sepanjang kat Jepun setiap kali naik bas mesti faheem nak berak. mujur laaaa bas kat jepun kalau trip jauh mesti ada toilet kalau x payah juga umi nak bercommunicate dgn driver bas huhu.. toilet di jepun ni kt tempat attraction ke, kt mall ke, kt dalam bas sekalipun, confirm bersih ^^

toilet dalam bas. faheem's fav place

kitorng sampai super awal kat airport. biar lambat asalkan selamat haha. yang sebenarnya bus direct x byk sgt pepagi. sama ada awal pagi atau tghri. xnak amik risiko so amik la yg awal pagi tu. elok juga sbb kat dalam airport pun ada mcm2 blh usha cuci mata. sampai2 je kami check in bag dulu supaya mengurangkan beban, baru blh cuci mata dgn gumbira.

dh settle check in, disebabkan faheem lapar so ktorg singgah dlu halal restaurant dlm Narita Airport - Tentei Restaurant. Disebabkan umi teramat suka soba di Odaiba semalam so order lagi mee soba utk brunch heehe. kat tentei ni sedap juga tapi dh terjatuh cinta dgn soba di Sojibou la, unbeatable pula rasanya <3



order kid menu so dapat free toy^^
nyummmsss!
xde mochi pula set ni..


sempat pau beli toys.
disebabkan nak beli utk adik juga, umi pun
beli la 2 ketul mr mario.
Godiva murah kat sana. sedappp pula tu wuwuwu.
pino tu pun nyum2. pekena dulu sebelum
balik, harap x kempunan di kemudian hari.


posing sebelum naik flight

muka ada sinyum.
cuba kalau x beli toy tu, mau mengamuk x sudah huhu
Ada kejadian kelakar sikit la sebelum nak naik flight balik tu. masa passangers sume dah dipanggil masuk, kitorg lepak2 dulu la sbb faheem pun dok sakan main lagi. malas pula nak beratur panjang2. bila dah kurang sikit orang kitorg pun beratur, antara yang last naik la. nak buat cerita ada la 1 couple melayu ni, macam muda la rasanya honeymoon di jepun kot. masa ni la tiba2 umi terfikir naik japan airlines ni ada ke makanan halal? ah sudah. sebab masa booking kan booking under MAS, masa flight ke jepun pun macam yakin je makanan halal sbb pack di malaysia kan.. sekali time balik ni ada makanan halal ke??

umi pun tanya la kat couple tu diorang booking ke makanan halal tu? so yg husband jawab la kami mmg dah call MAS & dah request halal food. oh no umi buat muka gelabah. 6 jam dalam flight ni, walaupun kenyang sgt mkn brunch tadi tapi risau pula nanti faheem lapar, uuhu. tapi tu 1 hal la sekali yang wifey tu macam nak cepat2 blah je dari kitorg. siap tarik2 sikit tangan laki dia. alahai dik, memang la ahkak travel berdua je dengan anak tapi ahkak pun ada suami la bukan awk sorg je tau hahaha. cess dia ingat umi ni janda bawa anak berjalan ke jepun sbb nak mengubati hati yg lara ke apa? pls k xnak pun laki ko tu #hehe. 

so lupakan je la pasal couple tu kita fikirkan pasal makanan dalam flight pulak. umi ambil langkah drastik masuk2 je flight terus tanya kat stewardess comel si penyambut tetamu. terus btau dia yg kami terlupa nak book halal food so blh ke dapatkan vegetarian food. dia memula kata kalau x booking x dapat tapi dia akan try untuk dapatkan. fuh lega sikit harap2 dapat la. 

free toy in the flight. suka la dia tu.
dah siap. macam ada yg tak kena je tu faheem (^^;)


ok jom tgk cartoon. masa ni macam dah ngantuk..
eh eh nak kaler2 pulak


alhamdulillah dapat fish meal. faheem makan dengan selera.
umi kenyang lagi wuwu

haa dah betulkan dah kepak dia. baru la leh terbang..
Si Faheem sepanjang flight xmo tidur. dah la sampai 3 x nyusu, 3 kali berak aduhaiii bayangkan umi naik tension. rasanya org sebelah lagi tension dengar umi membebel haha. dah la dia makan byk nasi tu, pastu nak susu (susu pulak dah simpan kat tempat bag atas tu..kena la kejap bukak kejap tutup sebab nak buatkan susu faheem). pastu lepas susu je nak berak. x terkira berapa kali berulang ke toilet huuhu. nasib baik la kami dapat seat berdua tepi tingkap, kalau dapat seat ber4 kat tengah2 tu, terganggu juga la orang lain. & mujurlaa toilet dlm flight JAL tu ada bidet, xyah la nak angkut botol utk siram montot si faheem tu huhu! ;)

lagi sejam nak mendarat, baru la si faheem ni tidur alahaii. umi nak tidur tapi fikir dah nak sampai dah pun, so tidur2 ayam je la. alhamdulillah flight mendarat dengan smooth, nak masuk negara sendiri semua ok je. faheem sempat pau candy kat airport, masa ni dah x larat nak say no ke apa haha. 


dlm train nk ke arrival area
luggage kami..beranak pinak sikit hehe
 Alhamdulillah walaupun ada dugaan sikit2 itu ini, impian umi nak gi tengok Mt Fuji tercapai. semua yang kami aim nak pergi sume dapat pergi, siap ada bonus mcm2 Allah beri. Syukur sangat2. Niat nak bawak faheem pun sebab kesian kat dia kena operate tonsil aritu. umi umur 28tahun baru la 1st time masuk hospital, first time kena operate lahirkan dia, sekali dia ni umur 5 tahun lagi dah kena operate.. Semoga Allah lindungi anak2 umi sentiasa, Aminn..

Jepun adalah antara destinasi selamat untuk bawa anak2 kecil. betul la tempat paling selamat pun ada juga kadang2 natural disaster la, tertipu sana-sini la, tapi kalau semua pun takut, memang x kemana-mana la kita. Pergi ke negara orang ni byk hikmahnya, byk yang blh kita belajar sambil menikmati alam luas ciptaan Yang Esa. yang penting niat baik & insyaAllah Allah akan permudahkan. 

Thanks for reading^^

Wednesday, 20 March 2019

Jalan-jalan Jepun berdua dengan Faheem - Part 6

Tarikh trip : 28/10 - 2/11/2018

sambungan dari SINI :)

Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hotaluna Cruise! Yes, hanya di Jepun^^
Umi book tiket di SINI

Memula book tix pukul 1pm  sbb ingat nk spend time kat Asakusa kejap je. Nasib baik Asya check iti umi sebelum ke Jepun & dia macam worry tgk iti tu, takut terkejar2 dia ckp. So umi pun email balik cruise company request nak tukar timing. x lama lepas hantar email tu umi dapat reply yg blh tukar timing ke pukul 3pm,  FOC. Alhamdulillah. Cost utk cruise ni berdua dgn Faheem = 1860Yen. Memula x sure nak pilih Hotaluna ke Himiko. Dua2 direct cruise dari Asakusa ke Odaiba, tapi Hotaluna ada viewdeck kat atas yang kite leh naik, Himiko xde^^ Dari Asakusa ke Odaiba mengambil masa 60min. Lama juga kan tapi ok la sbb duduk je pun hehe. Kalau naik train mau kena tukar train 3kali, x sanggup huhu. 

Dari Asakusa's Tourist Info Centre ke Cruise Terminal tu x jauh pun. Jalan dalam 5 mins dah sampai. Tapi bila jalan dengan Faheem jadi la lebih 10min ;) nasib baik masa naik rickshaw tu Abg Manis dah tunjuk siap2, xde la umi melilau mencari or sesat kan hehe. Disebabkan book dengan credit card, kitorg dpt ruang menunggu khas. Cruise sampai je, kitorg antara yang terawal dapat masuk :) 

di ruang menunggu. hotaluna x sampai lagi
so kite enjoy view cruise lain dulu eh. leh nmpk Poopoo & Tokyo Skytree^^

yeay sampai dah gorgoeus Hotaluna.
Kami antara yg terawal dapat naik.
terus ambil seat yg ada meja^^


view dari deck.
merecik kann Hotaluna ni XD sexy
enjoying the view & the wind <3


matahari mula turun masa ni.
ok juga ambil cruise pukul 3 lbh ni, leh
dapat view sunset :)
red ferry.
masa ni stop kejap kat hinode pier.


dah nak sampai.
yg mcm bola kat belakang tu adalah Fuji TV
Station, Odaiba.
Posing sikit dengan Hotaluna <3
TQ for taking us to Odaiba


sunset view in Odaiba <3


Syukur sgt2 sebab ditakdirkan dapat tukar timing cruise so masa kat Asakusa xde la terkejar-kejar.. Hotaluna sampai2 Odaiba je dapat pula view sunset yg super chantek, lepas tu timing pun dah dekat2 dengan Unicorn Gundam's Destroy mode show! Antara sebab umi nak sgt10000 sampai ke Odaiba ni sbb nk bawak Faheem jumpe robot gergasi ni la hahahah. padahal bukan minat pun kartun gundam ni lol. saje nk tgk something yg hanya ada di Jepun, x jumpe di tempat lain k. 


Show timing: 11:00, 13:00, 15:00, and 17:00

Paling best masa pukul 5pm tu la sebab leh tengok masa sunset. so dari background langit cerah, ke background langit gelap. faheem sgt teruja sekali mmg awesome la destroy mode tu, leh tgk full video di youtube, ramai yang dah share. serious x nyesal sampai sini^^



langit cerah..
..ke langit gelap hehe.



budak teruja. 
dari belakang pun smart jugak.

Lama juga la lepak situ sampai kesejukan terasa & perut mula meminta untuk diisi. kat sini pun faheem sempat pau umi beli eggtoy dia alahai. sebiji je dah rm8 bila diconvert. tapi xpe la jom kita masuk ke Diver City shoppingmall tu. ada restaurant halal - Sojibou Restaurant di tingkat 6.

Secara jujurnya ni first umi makan mee Soba. serious sedappp. masa mula2 food sampai siap leh tanya kat pekerja dia cmne nak makan haha. faheem pun makan dengan selera. budak ni kalau mee2 ke spagetti ke dia minat la. time sejuk makan apa pun sedap kan hehe.

ni la eggtoy yg dia pau umi.
last2 xreti pun cmne nak pasang.
nyum3. fresh soba, crunchy tempura, sweet dessert.
dessert yg 2 bebola tu. mochi rasanya. kenyal2
& not too sweet, just nice & perfecto!


nasib baik ada spoon & fork^^
depan Sojibou restaurant.
budak ni dah xmo amik gambar.

Disebabkan kitorg dinner awal dalam 6lbh camtu, restaurant x busy sgt la. Asya kata kalau betul2 dtg waktu dinner, mau kena beratur sebelum dapat tempat. alhamdulillah rezeki kami datang2 terus order & makan. recommended sgt la restaurant ni. kalau datang lagi Odaiba pasti akan repeat!

dari Odaiba nak balik ke rumah Azam kalau naik train kena tukar 2x huhu. walaupun masih awal la dalam kul 7 lebih tu ktorang dah siap makan tapi mengenangkan kena naik sampai 3 train & kaki dah lenguh semacam, umi terus plan naik taxi je la. merasa la kan naik flight, naik bas, naik train, naik gondola & naik taxi di Jepun huhu! memang ada check juga taxi fee dari odaiba ke umah azam, dalam 5000yen which is RM200 wawawawaaa. tapi serious dah tak larat. umi ni memang la minat berjalan, travel bagai tapi lembik je staminanya haha. faheem pun walaupun nampak dia ceria je tapi tau sebenarnya dah letih kejung dah budak tu. 4 hari berturut2 berjalan sakan kan. duit pun umi dah standby siap2 in case kepenatan & kena amik taxi. travel dengan anak kecil camtu la, kena fikir diorg juga (eleh umi yg x larat sebenarnya hehe)

sebelum balik kena pau lagi. padahal dah
kenyang makan soba dh haha.
dia tertarik kot tgk product Hello Kitty.
sedap juga, ala2 bahulu ;)


Taxi in Japan
Night view <3

Faheem masuk2 taxi je x sampai 5 minit dia dah nak lunjur2 kaki & terus tertidur. alahai cian anak umi. penat sgt tu. bayangkan la kalau nak kena berjalan ke train station pastu nak tukar2 train pula alahaii mmg la x sanggup. kalau naik taxi dalam 25 mins, RM200 & dia hantar terus sampai ke depan apartment azam. kalau naik train dalam RM40 tapi perjalanan je dalam sejam lebih (itu estimation googlemap kalau sume smooth, kot la kang sesat ke apa ke mau 2 jam lebih jugak nanti huhu), tu belum kira nak berjalan, nak menukar train, nak melayan faheem yang kepenatan.. sangat berbaloi la extra rm160 tu hahahhaa. 

Taxi memang sgt smooth. sebelum ktorg masuk taxi dari jauh lagi taxi driver tu dah nampak kitorg so dia cepat2 turunkan tingkap & tanya nak naik taxi ke.. umi tunjuk je address in japanese yang azam dah bagi siap2 pastu driver tu pun beritahu extimation harga. view sepanjang perjalanan pun sgt cantik sbb Odaiba ni kan pulau tiruan so mesti lalu jambatan & laut. nampak pula lampu2 malam memang menghayati habis. faheem tidur lena sepanjang dalam taxi. umi melayan perasaan. rindu pula dekat Fahree uhuk2. takpe esok dah nak balik dah..

Last entry kita sambung kat Part 7 la k ^^