Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label jepun. Show all posts
Showing posts with label jepun. Show all posts

Thursday 14 March 2019

Jalan-jalan Jepun berdua dengan Faheem - Part 4

Tarikh trip : 28/10 - 2/11/2018

Sambungan dari SINI :)

tiket retrobus. boleh guna utk 2 hari.
cover Red, Green & Blue line. Tapi kami guna red & green saje la, x cukup masa nk
explore blue line. papepun harga masih berbaloi :)
 faheem baru 5 tahun so masih free^^

Lepas dah berjalan2 kat Oishi Park & shopping sourvenir, kami tunggu bas Red Line untuk ke perhentian yang seterusnya - no 9. Faheem dah x sabar nak naik gondola. Dulu namanya Kachi Kachi Ropeway (baca dekat blog org yang dh sampai lebih awal), tapi sekarang dah bertukar nama - Mt Fuji Panorama Ropeway. Ada juga yang x suggest untuk naik sebab x tinggi pun x sampai 10mins dah sampai tapi alang2 dah sampai naik je dapat la view Mt Fuji dari level mata yang berbeza haha. 

Fee return 800 yen dewasa, kanak2 400yen.
Boleh tengok official website di SINI :)

kemain dah x sabar org tu
the tix. beli kat machine je.
 disebabkan x tinggi so kekerapan gondola
pun kerap je. x tunggu lama

yeay dah sampai atas. view mmg awww sgt. leh nampak daun2 autumn,
background mountain, boat tgh2 tasik & langit biruuu~


gigih dia main loceng tu.
masa ni Mt Fuji menyorok sekejap.
erm nasib xde yang kena marah panjat 2 ekoq binatang tu.
sejarahnya leh google la k ^^


cak!!
it's autumn & it's so beautifulll~
Ok sgt la naik atas tu. berbaloi je. kalau beli tix sekali dengan cruise sebenarnya lagi jimat tapi sebab xnak terkejar-kejar masa, cruise tu kitorang skip. masa turun pun dah nak gelap. sempat juga la tengok matahari sipi2 lagi nak terbenam. SubhanAllah memang cantik sgt2.

Perasan x xde cerita lagi kitorg lunch apa kan..yg sebenarnya memang x sempat mkn bento asya bekalkan tu lagi, sibuk jalan2. faheem ada makan sneakers, biskut & icecream. umi ada makan onigiri & icecream haagen dazs yg sgt sedap hehe. harga haagen dazs kat sana murah lg dari yg kat malaysia. so gunakan peluang utk mkn sebaiknya ;)

kitorg spend dalam sejam lebih juga la kat atas tu. faheem dok kejar daun autumn yg luruh, lari sana lari sini, panjat sana sini, pau umi toy, posing sana posing sini..enjoy la haha. masa turun pun beratur tak lama, masuk2 je cari seat tepi belah kanan sebab leh nampak view tasik. 

berjaya pau umi

dah selamat turun. gaya apa tu


view menunggu gondola utk turun.
rupanya ada 1 lg gambar Wafi, tapi dari belakang pula haha
umi pun posing juga la. TQ cameraman Wafi

Bila dah turun tu kami pun tunggu bas untuk pulang ke Kawaguchiko station. Kitorang berpisah dengan Wafi masa ni sebab dia dah ada plan nak ke onsen, x jauh dari area tu. Berkali-kali umi say TQ kat dia sbb teman kitorg berjalan2 sambil jadi cameraman FOC hehe. Dia janji akan share semua gambar kitorg yang dia dah snap guna camera mahal dia tu nanti. Yes happy betul Umi. kalau xde Wafi tu mesti Umi berdua je la wefie2 dengan faheem^^ One day insyaAllah kitorg sampai di Brunei k. bawak ktorg jalan2 tau ;)

Masa tunggu bas tu memang sejukk bebenar rasanya. umi memang sejenis tak tahan sejuk sgt. tengok faheem dia relax je. bila bas yang dinanti-nantikan sampai, sekali penuh pula alahai. x lama lepas tu dalam seminit camtu je datang pula bas lagi 1 & kosong! rezeki nak dapat seat rupanya..alhamdulillah. Masa tu dah jam terakhir untuk perkhidmatan retro bus tu so kekerapan lebih lagi kot sebab ramai tourist lagi nak balik ke arah kawaguchiko station kan. sebenarnya ada plan nk dinner kat restauran halal area kawaguchiko lake - Restauran Alladin, tapi disebabkan bento asya pun x makan lagi & kaki dah lenguh semacam kitorg terus plan balik ke hotel je la.

sampai2 je di kawaguchiko station, kitorg pun jalan adalah dalam 5 minit & sampai ke hotel. Bag yang dah letak kat lobby tadi dah selamat pun sampai ke bilik. Kaki ni dah rasa goyang2 semacam je x sabo nak masuk bilik & rehatkan kaki huhuhu. almaklumla dah hari ke 3 jalan x hengat sampai ke malam. masa memula plan iti mmg book bas lewat sikit ari sebelumnya kan plan nk stay kat disneyland sampai malam, risau juga ada yang keletihan. tp last min tukar plan amik bas awal sbb bila sampai awal blh la jejak kaki kat byk tempat sikit kat area kawaguchiko ni. mmg seriously lega sgt sbb plan nak bermalam. x sanggup rasanya nak naik bas 2 jam ke shinjuku pastu nak naik train stgh jam..pastu nak berjalan lagi ke umah asya wawawa. 

sampai2 hotel je masuk bilik letak barang & terus buka bento asya. pergh kebulur masing2 haha. asya bekalkan nasi siap letak serunding nyum2. memang selera sungguh la umi & faheem makan. licin you hehe. 


masuk2 bilik je disajikan dengan view ni <3
 
umi sambil rehatkan kaki atas katil sambil mengadap faheem sambil
menikmati view Mt Fuji <3 alahaiii nikmat sungguh rasanya

our delicious dinner Al\]dulillah

makan dengan begitu berselera :)

wearing yukata provided by hotel. abaikan muka super penat
tapi tetap nk senyum tu hehe


lepas makan tu faheem berendam warm water dalam bathtub. lama gilos dia berendam nikmat sgt agaknya haha. lepas mandi dia main tab jap & terus tertidur super awal. good boy sgt faheem arini^^
lepas tu umi pula berendam, solat jamak, kemas2 sikit, pastu  tidur sempit2 sebelah good boy tu 
dengan lenanya zzzzzzzz~

bersambung..... ^^



Wednesday 13 March 2019

Jalan-jalan Jepun berdua dengan Faheem - Part 3

Tarikh trip : 28/10 - 2/11/2018

sambungan dari Part 1 & Part 2

31/10/18

Kenapa semangat sangat nak ke Jepun? walaupun dah ke area Kansai tahun 2017, tp masih rasa x lengkap selagi x bertemu dengan Fuji-san!!! Yes impian umi dari dolu2! teringin sgt nak tengok Mt Fuji depan mata. Impian ni tercetus lepas tengok drama terbaik Jepun lakonan Takuya Kimura & Takako Tokiwa - Beautiful Life :) Ada 1 scene Shuji bawa Kyoko jalan-jalan & tengok Mt Fuji dari jauh. Cantik sgt scene time tu, Shuji bagi kunci rumah dia kat Kyoko, & Kyoko kata semacam tanda seolah-olah dia menerima kunci masuk ke dalam hati Shuji. perghhh memang terbaik scene tu hehe. Tengok drama tu masa zaman sekolah rendah lagi, umur 33 dapat juga merealisasikan impian nak tengok Mt Fuji. syukur :)

Paling special sebab trip kali ni dijoin oleh my first born Faheem. Ayahnya xnak join sebab kerja so umi x mampu la nak bawak dua2 hero umi sorg2. sorry Adik next time kita gi jalan-jalan sama2 k ;) tunggu adik besar sikit la boleh la adik menghargai keindahan tempat yg kita akan explore nanti. wah wah, kemain umi dah nekad nak travel around the world ni insyaAllah :)

Pagi2 lagi umi dah bangun prepare barang yang akan dibawa. Plan arini akan ke Kawaguchiko Lake & bermalam di hotel area sana untuk 1 malam. so angkut la baju2 & kelengkapan bermalam. Bas & hotel semua dah book siap2 dari Malaysia lagi. kelakar juga masa planning itinerary area Kawaguchiko ni, tamak nak cover sana-sini tapi takut x sempat or ada yang x larat. tapi plan2, siap cancel timing bas & beli baru, check website retro bus berjuta-juta kali, akhirnya dapat juga plan yg terbaik. Yang penting bila plan tu kena logik & sedar diri yang awak tu berjalan dengan anak hoho. 

Book tiket bus dari Shinjuku ke Kawaguchiko Lake di SINI
Timing retro bus (bus siar2 area Lake Kawaguchiko) Tiket beli kat sana je tapi nk plan kena tgk timing kan. Boleh la tengok di SINI

Awal-awal pagi lagi dah terpacak kat train station untuk ke Shinjuku. Train area rumah Azam tu dekat Shinjuku line so naik 1 train je la sampai ke hujung station, xde transit2. Sebelum gerak tu Asya dah share blog kawan dia yang memang tunjuk step by step dari Shinjuku Station tu ke bus station. tapi bila sampai tu tetap confuse jugak alahai. tanya la pekerja kat station tu, lepas tu sampai 1 area yang ada 2 laluan, kena tanya lagi orang sekeliling. tapi kat sana walaupun language barrier diorg sangat helpful. umi berlari-lari la dengan 2 bag & nak menarik tangan si Faheem lagi fuhh  mencabar. Faheem thankfully macam memahami sgt yang skrg tgh travel so dia layankan je bila kejap2 umi suruh jalan laju sikit, kejap2 berlari uhu. Bas diorg sangat punctual ok, xdenya delay2. Alhamdulillah sampai sebelum bas bergerak & kitorg sempat singgah FamilyMart lagi beli air coklat, air oren & onigiri. Asya ada bagi bento untuk lunch so beli onigiri la alas perut. sebelum gerak pun asya ada buatkan breakfast - toast & milk. TQ so much asya <3


bento made by Asya. faheem suke
sgt telur & ayam goreng tu
shinjuku station.
dari bangunan train station tu kena keluar & cross the road,
baru la jumpa dengan bus station di tingkat 4 


our 1st view of Mt Fuji.
masing-masing muka letih tapi excited!

Syukur sangat2 sebab sepanjang kami kat area Kawaguchiko tu mmg Mt Fuji x malu2 untuk muncul. bila baca2 blog orang ramai juga yang dah sampai ke sana tapi xde rezeki tengok puncak Mt Fuji sebab berselindung di sebalik awan. Tricknya kena datang time autumn ke winter sbb mmg besar kemungkinan untuk nampak puncak. tapi ikut nasib juga la. ada yang post di FB Road To Japan (sgt informative, kena follow FB ni k!), 2 hari selepas ktorg, diorg 1 hari kat sana tp Mt Fuji menyorok. ikut rezeki juga la k. doa banyak2 & bawa la anak kecil. kadang2 menumpang rezeki diorg yg xde dosa ni :)

Lepas dah sampai kami terus beli tiket retrobus di bus station tu juga & terus ke info centre utk tanya lokasi hotel. baik sgt japanese kat info centre tu, dia bangun dari kerusi dia & tunjuk mana hotel. Hotel Plaza Inn Kawaguchiko tu mmg x jauh dari bus station, seberang jalan sikit je. Sampai2 hotel je yang jaga kaunter ala2 atok2 je gayanya. sangat baik. dia tanya nape book bilik katil single bila nampak faheem, umi just explain je la faheem ni suka tido peluk2 rapat2, single bed pun cukup la kan. jimat juga duit haha. Utk single bed 1 malam = 5500yen. lbh kurg rm200. harga tu pun bukan pada waktu peak, kalau harga waktu peak mesti lg mahal. tp berbaloi la hotel tu sbb walking distance je dri train/bus station. disebabkan sampai awal, tumpang bag dulu di lobby.

view dari hotel. amazing kan?
retro bus. gigih duduk depan sekali.
 Retrobus – where to stop?
Red line : Kachi2 ropeway (11),
Itchiku Kubota Art Museum(19)
Oishi Park (22)
Green line : Saiko Iyashi no Sato Nenba (68)

haa ni plan je la. skip no 19 sbb dah jumpa daun autumn haha. 

Mt Fuji view dari dalam bus
dah sampai station 68, the most beautiful place to view
Mt Fuji. serious x tipu.
 Kalau beli tiket Retro bus tu wajib kena naik Green line bus ke station 68 - Saiko Iyashi no Sato Nenba. masa sampai tu rasa macam terpegun & speechless sangat2. cantik beyond words! kat sini pun blh pakai kimono/samurai clothing dengan harga yg lebih murah daripada tempat lain. sambil jalan2 menghayati nature, di sebalik rumah tradisional Jepun yang classic & tersergam indah, sambil tu posing2 dalam kimono. alahai bahagia terasa!

Sebelum naik bus tu ada sorg mamat ni dok tegur kitorg. Dia solo traveller from Brunei. masa ktorg tgh belek2 map tu dia pun tegur tanya mana tempat yang dia patut pergi. So explain la kat dia serba sedikit pastu dia cam berminat pula nak ikut plan kitorg haha. ye la umi kan macam dah hafal je kan map tu hehe. masa tu umi x perasan dia bawak camera mahal bila dah sampai station 68 tu baru la dia dok snap2 gambar. thanks to him banyak sgt gambar cantik umi & faheem yg dia ambil. Thankss Wafi! (rezeki faheem lagi!)


dreams do come true


Wafi ni ikut je kitorg sampai petang haha. dia pun bosan kot xde teman nk borak. kitorg nak pakai kimono/samurai outfit, dia pun join juga. dia kata murah compare tempat lain. sgt worth it :) jom enjoy gambar..

1000yen for the outfit




    

bersama samurai Umi <3
 

seriously blur xsure kenapa ada 1 je gambar Abg Wafi faheem ni huhu. dah lah 1, gambar dari tepi je pulak tu alahai. wafi ni pandai layan si faheem, siap belanja icecream lagi :) Dahlah amikkan gambar kitorg cantik2! TQ so much Wafi :)

samurai nak berehat dlu makan icecream



 

Lepas dah puas pusing2, snap2 gambar, makan icecream, ktorg pun tukar balik baju & tunggu bus. plan nk tukar ke Red line bus & pergi ke Oishi Park, last station utk red line. Oishi tu maksudnya sedap in malay :) Baca blog org kat oishi park ni byk bunga2 ikut musim, view mt Fuji dan tasik yang cantik. bila pergi waktu autumn, penuhlah pokok kochia warna merah kat sana. tapi kitorang jumpa kochia yang cantik bukan kat oishi park, tapi kat taman rumah org!

kochia di laman rumah org. cantik kan <3

untungnya penduduk kat sini, leh tgk mt fuji ari2 ;)

dah sampai Oishi Park :)
kat depan ni kochia masih hijau2
kena jalan ke dalam sikit baru la jumpa dengan kochia merah

teruja jumpe mini strawberry
bright red


kitorg spend dalam sejam juga di sini, mmg cuci mata habis2an. Indah sungguh ciptaan Tuhan :) lepas dah snap2 gambar kami singgah di kedai sourvenir. kalau nak cari sourvenir yang ada gambar Mt Fuji better beli kat sini sbb tempat lain design lain dah. comel2 sgt barang kat sini rambang mata. faheem belikan utk cousin2 dia pen kat sini. harga ok & kualiti sgt best. Wafi beli lavender icecream yang glamor kat blog2 org tapi umi x beli pun sebab dah mkn icecream dah sebelum tu ;) Wafi kata sedap^^

 

Antara sourvenir yang ada :) lepas dh spend duit sikit kitorg pun tunggu bus untuk ke destinasi seterusnya. yg ni mmg x sabar. nak naik cable car yeay! jom kita cari tempat tinggi sikit untuk tgk Mt Fuji^^

Tapi rasanya panjang dah ni. kita sambung next entry la ;)





Jalan-jalan Jepun berdua dengan Faheem - Part 2 : Tokyo Disneyland!

Tarikh trip : 28/10 - 2/11/2018

Cerita sambungan dari SINI :)

30/10/18
Awal-awal pagi dah bangun sebab Jepun negara matahari terbit so subuh mmg awal ler kul 6 dah terang menderang. arini exciteddd sesgt sebab nak ke Disneyland lol. First Disneyland for Faheem, 2nd Disneyland for umi. Umi pernah sampai Disneyland Paris masa zaman study dulu, tapi mmg lain la pergi zaman bujang & zaman dah beranak pinak hehe. Rezeki bawak Faheem kitorang dapat naik semua rides yang dah plan nak naik dari Malaysia lagi. siap ada yang dapat naik 2x ^^

tix beli di disneystore smlm. comel kan
 homemade by asya :)



awal pagi dah gerak.train kosong
nak check train driver, dia kata x nmpk ";


turun train, pastu tunggu direct bus ke Disneyland
senang naik bus je sebab xyah tukar2 train
dah sampai. blkg tu mickey mouse tp beratur pjg
amik gmbr dari jauh je ler


nasib baik ada abg goofy yg friendly^^
kemain siap pimpin tangan Faheem haha

Disebabkan dah beli ticket siap2 kat Disneystore semalam so terus je masuk tanpa beratur membeli tiket. Jimat masa. Masuk-masuk je Umi terus nak gi cari Fastpass ticket machine tapi ada music band pula buat show lagu2 classic Disney so Faheem nak tengok dulu. Show tu berhampiran dengan Mr Disney & Mickey Mouse Statue. Sambil tengok show sambil teruja dapat tengok Cinderalla Castle depan mata. wow macam dalam mimpi pulak ^^

depan pintu masuk. konon2 study map le tu
music show. lagu2 classic disney
 oh ya lupa nak cerita. Umi memang aim nak sewa stroller untuk Faheem tour Disneyland ni. ye la Faheem tu nampak je gagah perkasa tapi aritu masuk Legoland pun sibuk minta dukung bila dah letih jalan. x mampooo la umi nak dukung budak ni pusing 1 Disneyland yang besar tu kan huhu. sampai2 tempat sewa stroller tu sekali stroller kat situ untuk 15kg ke bawah saje. alahaii kalau tgk stroller tu pun dah tau dah faheem x muat! disebabkan umi buat muka serabut kat depan kaunter tu, adik manis jaga kaunter tu pun suggest la rent wheelchair for kids untuk faheem. no choice. bila tanya faheem pun dia seronok je dapat duduk kat wheelchair comel tu so umi pun bayar la 500yen untuk sewa sehari. jimat duit umi. kalau sewa stroller 1000yen haha. Dan disebabkan faheem on wheelchair, rezeki pula dapat masuk rides guna lorong khas, takyah beratur panjang. tatau la ni tips yang patut dishare ke tak tapi kami memang dapat keistimewaan macam bawa orang sakit la huhu. untuk menenangkan hati yang rasa sedikit bersalah, memang faheem ada terjatuh pun dekat sekolah beberapa hari sebelum ke Jepun dan dia ada mangadu sakit lutut on & off. kira ok la untuk dijadikan alasan kena naik wheelchair di Disneyland (";)

on kids wheelchair. lorong khas & cepat^^
time ni nak masuk Star Wars tours :)
hi mr buzz lightyear


pau icecream. umi mmg dah aim nak beli icecream
mickey mouse ni dari Malaysia lagi. haha
muka menghayati ke tu


nyum3. kami share je tu pun nasib baik la dapat habiskan. manis2 masam rasa dia. sedap.

Kalau ke Disneyland jangan lupa ambil Fastpass. Free je cuma kena datang awal kalau nak ambil fastpass untuk attraction yang best. umi sempat ambil untuk Monster Inc ride je. lepas tibe2 dapat Assist card (dapat card ni sbb faheem on wheelchair, so tunjuk je card ni kat pekerja utk attaction yg kita nak masuk nanti dia akan tulis timing kat card tu. ikut je timing tu & blh terus masuk je xyah beratur). Disebabkan ambil fastpass ni, & sebab ada assist kad juga, dapat la 2x masuk monster inc ride tu. kebetulan mmg ride ni je faheem minta nak masuk lagi sekali. ride lain xde pula dia minta :)

Untuk fastpass, umi refer kat official website Disneyland di SINI :)

 Thanks to the assist card tu, semua attractions yang dah aim nak masuk mmg dapat masuk. yang umi xnak masuk pun kena masuk juga sebab faheem insist nak masuk. ala apa lagi kalau umi tanak masuk tu confirm la rides yang ada hantu haha. penakut tak abis2. tapi mmg x menakutkan pun Haunted Mansion tu. layan je la haha.

popcorn wajib beli haha. harga pejam mata je la
faheem & wheelchairnya. nyusu pulak bdk 5tahun ni.
masih refused guna cawan. #umifailed


ada yg dah lapar. makan bekal. telur gulung
cheese & ayam goreng nyum2
menunggu ride Pooh's Honey Hut


hi Mr Pooh
menunggu ride It's A Small World. umi's most favourite!
tapi faheem blh pulak dia kata ride ni boring
 Most of the parades pun kitorang dapat tengok, wewee. dah check siap2 timing sebelum pergi. cuma parade 'Dreaming Up' je kitorg dapat tengok tapi x dapat seat. ni semua sebab si faheem yang nak sgt masuk haunted mansion tu. kalau x dah boleh booking tempat siap2 haha. pastu bising2 pulak dia sebab tengok sambil kena jalan. kalau berhenti je pekerja kat sana suruh gerak keluar alahai. kira ok la dapat juga la tengok sambil snap2 gambar. Halloween parade & Night Parade kitorang dapat tengok full dari jarak yang sangat dekat. depan mata la pendek kata ^^ mmg sgt enjoy!

 



Halloween Parade^^
betul2 depan mata :)

Haunted Mansion. Faheem's fav aduhai

Dreaming Up Parade.
Bayangkan sambil amik gambar sambil tolak
wheelchair faheem ";


The princesses
xdpt seat

Belle! 
Pooh in action


Peter Pan & Wendy. diorg siap terbang2 ^^




Banyak sangat la gambar hahaaha. Terpaksa share 1 location 1 gambar je ni hehe. Kitorg naik train jugak, naik rides macam2, lepak2 makan jap (bawak bekal Kembarameal juga. senang isi air saje), teman Faheem tidur jap, pastu tengok Night Parade (rugi x tengok kalau dah sampai sini, serious cantik!). Tapi yang paling best 'Nighttime Spectacular - Celebrate Tokyo Disneyland'. Faheem rugi sangat x dapat tengok sbb dia tidur hehe. kalau pernah tengok event lampu kat putrajaya tu, ha camtu la konsepnya cume yang ni gempak abis diorg jadikan Cinderalla Castle tu as the background. Dengan alunan2 lagu2 movie Disney, colorful lightning, fireworks..perghhh rasa macam one of the most amazing experience la untuk Umi. Fuhh teringat2 pulak ^^

tgh tunggu nak naik ferry
view dari atas ferry. syok pusing2 naik ferry


ini la dia Fastpass kami. ikut timing yg diberi k
muka happy dapat masuk 2 kali tanpa beratur pjg hehe


one of umi's fav cartoon
our late lunch^^


ok jom naik train pulak. train pun best. pusing2 area Disneyland

 
 erm nyusu lagi. kali ni dah ngantuk & tido.

magnificent
keletihan. makin sejuk time ni. umi lepak lama juga
kat sini, sambil tunggu night parade.


boring la tu. selfie2 dgn castle kat blkg haha

 

 

yang dinanti2 - 'Nighttime Spectacular - Celebrate Tokyo Disneyland'! best!!


japanese gf  2 org hehe. faheem sempat bangun sebelum night parade start..





















Night parade memang puas hati la. x sia2 tunggu dalam kesejukan tu. nasib baik bawak bekal biskut la, coklat la, sbb sejuk2 mmg cepat lapar. perut lapar mood pun x best kan. kalau berjalan dengan anak2 ni mmg kena pastikan sentiasa ada backup makanan. anytime je diorg boleh mengadu lapar.

Faheem bangun je x lama tu night parade pun start.


 

 

 


lepas tengok night parade tu ingat nak terus balik je sebab nk kena tunggu sejam juga la untuk fireworks show. tapi sebab ktorg ke toilet dulu la, tengok itu tengok ini, pulangkan wheelchair, eh eh tibe2 dah sampai masa untuk fireworks show. patah la balik masuk dalam. sekali fireworks tu biasa2 je xdela sepower show Nighttime Spectacular tu. blh la kalau ada orang tanya nanti blh la ckp kitorang stay sampai fireworks show haha.

Lepas enjoy fireworks kitorg pun jalan ke arah stesen bas, x jauh sgt pun dari pintu masuk. sampai2 je bas penuh tapi umi tumpang rezeki faheem lagi kitorg dapat juga masuk dalam bas tp berdiri tepi pintu. sempit2 tapi yang penting nak cepat2 naik bas sbb dh sejuk. dh smpai kat train station ktorg dpt seat dalam train tapi 2 stesyen je pun jaraknya. masa ni yang ktorg tersalah ikut pintu terpaksa berpatah balik uhuk2 jauh pulak tu. ada la dalam 20mins kot ktorg berpatah balik. ni la akibatnya x tengok betul2 huhu. Tapi apapun bersyukur sebab Allah permudahkan sepanjang hari ni. rezeki dapat ke Disneyland and dapat naik byk rides. Alhamdulillah. Malam tu Asya masak dinner ayam kuah kicap, sayur goreng & nasi. heaven sgttt dapat makan air tgn Asya. lepas dinner lepak2 jap siap2kan barang untuk ke Mt Fuji esoknya, pastu kami pun tidur dengan nyenyaknya. penat oo haha.

Ok till next entry :)