Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label jeju. Show all posts
Showing posts with label jeju. Show all posts

Tuesday 26 March 2019

Jalan-jalan Jeju Island bersama JejuMuslimTravel - Day 2 Part 2

Tarikh trip: 10-14 March 2018

Day 1
Day 2 - Part 1Part 2
Day 3
Day 4 & Day 5


ok jom sambung cerita Day 2. Lepas dah tengok cliff, dah tengok waterfall, dah makan ikan bakar, dah menari hindustan kat ladang canola, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Sejujurnya disebabkan pergi trip ni dengan agent, xde la nak survey2 sgt. kalau travel sendiri semua buat from the scratch, belajar setiap tempat nak pergi 1 by 1. so bila Sha beritahu yang kami akan ke Yongmeori Coast, macam terpinga-pinga je. apa yang ada di Yongmeori Coast? 



haa tu dia. inilah dia Yongmeori Coast aka Jeju Island Grand Canyon.

Sha kata seminggu sebelum kami datang tu tempat ni tutup sebab masa tu ombak tinggi. Syukur rezeki kami datang dah open untuk tourists. Kami akan jalan di sekeliling coast tu sambil menikmati angin laut menerpa ke wajah. cewah. 



comparison with human size ;) gigantic kan?


 

the section where the water hit the rock
and u get to hear the sound that tranquilizes
your mind
kena panjat tangga ni utk keluar..
adventure juga




masa nak exit tu jumpe dulu gerai2 tepi jalan. buah oren yang macam ada topi tu namanya hallabong, only in jeju katanya. sedap manis & fresh. singgah juga beli fresh orange juice yang diorg perah time tu juga. lupa pula nak ambil gambar tapi mmg super sedap la orange juice tu, without additional sugar tau. x rugi beli, bila lagi nak merasa fresh hallabong juice :)

next kami ke Osulloc Green Tea Farm & Cafe - the largest green tea plantation kat Jeju. merasa la icecream & kek greentea. Baru2 ni kat dalam page FB BBM ada yang share kek tu x halal sbnrnya, ada kandungan yang diragui. tapi tu lah, sempat juga la merasa sbb Sha beli & ngap sesudu dua. disbbkan bukanlah peminat greentea sgt, so rasa dia biasa2 je di tekak. greentea icecream tu sedap juga, mkn smpi abis la jugak. yg tu xde pula yg mention diragui halal ke x. disbbkan pergi dgn agent kan, kalau diorg btau halal, nak tanya lebih2 pun x best jugak. sama la masa belajar kat oversea dulu, restaurant arab ni, kejap org kata halal, kejap kata tak..pening. xkan la nak check sampai ke dapur kan? kalau semua pun diragui, udahnya x makan pape la..makan telur je la tiap2 ari.  skrg ni dah tau cake tu diragui, elakkan la k. usah mencari bala huhu.

cmne nak minum ni ^^;
tea all around


hi pokok kat tgh2 tu

museum & cafe

lepak dengan Sha jap..yang lain2 gi pusing2 tgk kawasan.
masa ni kami tukar2 rasa kek & icecream;)

greentea icecream & cake 

dried green tea leaves for sell

lepas dah makan kek & icecream, keluar cafe tu & gi ke Innisfree House pulak. kat sini pun ada cafe jugak tapi actually innisfree ni jual cosmetics product. kalau yg minat kosmetik tu mmg digalakkan la datang sini. ai dtg saje usha2 je, alang2 dah sampai, nak membeli kosmetik xreti hahaha. kat sini sempat la beli jem oren utk sourvenir :)


batu kat sini sume mcm ni..cantik kan?

view dlm innisfree

blh beli sebagai sourvenir..comel2

dlm osulloc museum
Innisfree ni spot terakhir kami terjah sebelum balik ke hotel. malam free & easy tp malam ni dah x larat nak keluar ke apa haha. rehat je la kat dalam hotel sebab esok nak pergi banyak tempat lagi. kalau ikut JMT ni 1 hari akan pergi arah barat, esoknya timur, pastu utara..mcm tu la haaha. Jeju ni actuallynya memang besar, lebih besar lagi dari Seoul so tempat lawatan mmg byk cumanya lebih kepada nature la. sesuai sgt utk org yang nak menenangkan fikiran tanpa mengeluarkan duit lebih utk shopping sbb xde apa sgt utk dishopping ^^

yeah ni hasil tangkapan harini. oren tu sgt2 manis & fresh.
esoknya letak kat pantry sebab x terabis nak makan dengan
roomate hehe..

dinner kami di malam kedua - fish fillet, rice & kimchi :)


ok settle Day2. sambung Day 3 next entry k~


Monday 25 March 2019

Jalan-jalan Jeju Island bersama JejuMuslimTravel - Day 2 Part 1

Tarikh trip: 10-14 March 2018



Day 2 iti:-
Breakfast at Hotel
Start tour
Jusangjeolli cliff
Witness the beauty of
volcanic rocks that formed hexagonal pillar
shaped since 2000 years ago.
Cheonjeyeon Falls. 
A waterfall that located
in a town, the depth of the waterfall is 20m.
There are 3 waterfalls located along the
stream. We will visit the first and the second
waterfall only due to time restriction.
Lunch
Canola Flowers Garden. 
During spring
season, Jeju is famous with its majestic view
of Canola flowers planted all over the island.
It is one of the main attractions during spring
time.
Yongmeori Coast
Also knows as the Jeju Island Grand Canyon,
Yongmori is full of beautiful cliffs. You will be
surprised by its natural cliff formation and the
majestic view of the sea.
Osulloc Green Tea Farm & café. 
The largest
green tea farm and the most famous green
café in Jeju, Osulloc Café.
Innisfree House. 
Innisfree is a Jeju island
based cosmetics product.
Return to Hotel
Dinner


Haaa..kongsi iti JMT je aci x? haha. 
Awal-awal pagi je bangun mandi, solat subuh & turun breakfast. Breakfast dimasak oleh ajumma korea (ala dia goreng telur je hehe). ada roti, mushroom soup, jem, telur mata kerbau, fruit salad, fresh milk & coffee/tea. actually coffee tu available je 24jam di hotel, ada coffee machine provided, FOC :) maggie peninggalan customer JMT pun ada je kot ada yang nk breakfast maggi. ok la, basic breakfast tapi kenyang. 

1st place dituju adalah Jusangjeolli cliff. Info seperti di atas LOL. kat jeju ni utk pencinta alam mmg masyuk la..yang suka nature, suke tengok keindahan alam..mmg sesuai la,mmg Subhanallah view2 di Jeju. kalau yg minat shopping2 tu, kureng sikit k. tapi untuk ai yg suke tengok anything cantik, sgt2 terujaa :)

tadaaa! dah sampai

gambar x memberikan justice. sgt2 cantik cliff ni sbnrnya,
background music pula bunyi ombak dan laut..perghh

otw keluar tapi xpuas menghayati view so snap lagi gambar hehe
lihatlah air biruuuu di belakang tu <3

tadi view dari atas ni view dari level rendah tepi pantai ;)
lepas dah puas snap sana, snap sini, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. masa otw ke jusangjeolli cliff tu, kami ternampak Yellow Cafe tepi jalan. Yellow Cafe ni jual banana uyu & food yang diinovasikan daripada banana uyu. ok apa tujuan ai datang ke Jeju???? nak minum banana uyu kan? (LOL) so of course la bila nampak Yellow Cafe di depan mata terus keterujaan tu datang melonjak-lonjak. Ingatkan ai sorg je rupanya yang lain pun teringin nak singgah. sebenarnya mmg x termasuk dalam iti, Sha pun worry takut x sempat nak lawat sume tempat nanti, tapi selepas menabur janji manis yang kami akan  beli dan blah cepat2 x lepak lama2 akhirnya Sha pun mengalah. Yeay TQ sha! terbaik la sha ni hehe.



dari jauh dah nampak statue ni..gila x teruja..hehe

yellow cafe with yellow interior ;)

kalau dapat lepak lama2 ni syiok juga ni.
lupa jap dah tabur janji2 manis kat Sha ;)
slurppppp nyummmyy!!
jumpe cutie pie wearing yellow pants.
model yellow cafe ke..
Ada yang beli icecream, ada yang beli milkshake. kalau suke banana uyu confirm jatuh cinta dengan yellow cafe ni. x nyesal pujuk Sha suruh singgah, dah ada depan mata kan hehe. Kesedapannya tu rasanya boleh membuatkan ai book tiket ke Jeju semata-mata nak gi Yellow Cafe ni je haha. Over x? ;) Lepas masing-masing dah lepas kempunan, kami ke Cheonjyeon Falls. untuk info refer kat iti di atas juga la k ;)

ok jom layan waterfall!
inilah dia Sha. masa ni tengah explain
pasal waterfalls tu..

mirror image <3
waterfall akan muncul kalau hujan.
masa kami pergi tak hujan so xde la waterfallnya.
amazing view nevertheless. 
peace

dh smpai area waterfall no2.
kena turun naik byk tangga utk ke sini (^^;)

ada yg berani minum x?
peaceful. hilang penat naik tangga haha

bridge di area waterfall

dragons below the bridge


tempat ni memang cantik tapi kalau yang bawa warga emas tu kena tengok2 juga la condition fizikal, memang banyak tangga nak turun naik. kitorg gi 2 je waterfall lagi 1 tu memang ikut iti tak pergi sebab kekangan masa. lagipun xlarat la hai kami nak naik2 tangga lagi hehe.


Ok dah penat turun naik tangga perut pun dah kelaparan. Time for lunch. Untuk lunch kami makan di sebuah seafood restaurant berhampiran dengan Mount Sanbangsan. Sementara menunggu food sampai, kami solat jamak zuhur asar. owner sgt baik bagi JMT guests utk solat di dalam restauran walaupun mereka nonmuslim. 

ermmm kalau blh baca tulisan korean leh faham la ni..nama restaurant^^

sampai2 je nampak ladang canola^^ jap lagi ambil gambar, makan dulu la haha

Mount Sanbangsan

tempat solat di dalam restaurant

our food <3 sedapp

lepas dah solat, dah kenyang makan, kami pun gerak ke luar restauran. ee x sabar nak amik gambar kat canola farm. ada fee juga tapi dah included so Sha yang bayarkan, xsure pula berapa hehe. excited sbb tgk kat ig jejumuslimtravel lawa2 kot gambar di canola farm ni <3

she is so pretty

mt sanbangsan, canola & me. tajuk movie baru di pasaran ;)


cant get enough of canola^^

Day 2 ni byk tempat kami terjah so sambung part 2 la ;)




Jalan-jalan Jeju Island bersama JejuMuslimTravel - Day 1

Tarikh trip : 10-14 March 2018
Musim : Bunga

Day 1
Day 2 - Part 1Part 2
Day 3
Day 4 & Day 5

Bulan Okt 2017 tiba-tiba Air Asia buka route baru ke Jeju Island, South Korea. Terkenang-kenang pula nak minum Banana Uyu tapi kalau ajak encik husband ni confirm dia xmau pergi huhu. Kitorang dah pergi 1 family dengan Faheem masa tu umur dia setahun 5 bulan (7-13 Okt 2014), cover Seoul & Jeju Island tapi kat Jeju 2 malam je so x banyak tempat dicover pun. Bila Airasia buka route baru confirm harga pun kaw2 murah so standby siap2 nak book tiket. Try juga ajak beberapa geng yang suka travel tapi xde yang berkenan pula nak ikut huhu. 

Bila pergi sorang ni x berani pula nak terjah sendiri. Cari la kot2 ada agent di Jeju yang boleh ambil solo traveller. Dan semestinya kalau Jeju ni mestilah Jejumuslimtravel (JMT) under Sakinah Omar, the 1st Malaysian yang stay di sana. Airasia open tiket for booking pukul 12 malam, tapi sebab nak tunggu JMT ni buka tarikh, lewat sikit la baru dapat book. Melepas la harga RM300-400+ tu haha. Bila JMT dah confirmkan tarikh, tgk yg bulan 4 mmg harga tix mahal sbb ada sakura kan, jadinya ambil yang bln 3 la tiket murah sikit, lagipun dah jumpe sakura di Jepun bulan 4 2017, jadinya xde la kempunan sgt^^.  utk direct flight dapat harga rm600 termasuk meal, kira masih murah la utk 6hours flight. luggage mmg x ambil sbb travel sorg kan haha. 

Untuk pakej JMT, harga utk ground arrangements = RM1650, x include flight tix. group package tapi maximum 10pax je per vehicle & per tour guide (dah macam private juga la). harga termasuk airport transfer,makan & malaysian guide so xde la communication barrier ke hape ;) kenderaan pula mmg ambil depan pintu hotel, sampai ke depan pintu attraction, balik pun dihantar ke depan pintu hotel. settle. xde jalan extra jauh or guna public transport langsung. seriously best hehe. kalau ada yang nak bawa kanak2 atau warga emas, recommended sgt la pergi dengan JMT ni. Diorg buat private tour juga, kot la nak gi dengan family or specific kengkawan ke.. kalau pergi dengan group ok juga, blh kenal2 dengan kengkawan baru :)

1st day kami sampai, touch down airport & dibawa ke hotel dulu. lepas dah mandi & solat, baru di bawa keluar berjalan2. 1st day :  Yongduam Rock & Yeohyeon Bridge.

Yongduam Rock aka Dragon Head Rock - batu volkanik yang terbentuk dengan bentuk kepala naga. ah sudah, mcm direct translation ke bahasa melayu pulak hehe.

haa..mcm kepala naga kan? ke tak sgt? hehe

area ni tepi laut & menghadap laluan flight mendarat
sotong bakar tersedap di dunia!

memasing dh kebulur. semua baik2 & comel2 sgt team kali ni

alamak ada ajumma minat pulak. terkejut ai kena kiss gitu

 'Haenyeo' aka female divers in Jeju bersama
hasil tangkapan utk dijual

sotong bakar. serious sedap melt in the mouth nyum2


amik gambar ni tunjuk kat husband sbb masa ktorg dtg tahun
2014 tu hujan so ktorg lepak kat dalam Dunkin Donut ni.
xtau pun kewujudan Yongduam Rock masa tu haha

Lepas dah snap pics, dah settle mkn sotong ( 2 round, sedap sgt), kitorg pun naik van balik & ke Yeohyeon Bridge pula. x jauh pun tapi kalau berjalan terasa juga la kot. kat sini leh tengok view sungai yang cantik & jernih. 

the bridge

view dari atas bridge
1st day ni kami pergi 2 tempat ni je sebab flight pun sampai tghri so masa tu jadi limited. otw balik ke hotel tu our guide, Sha beritahu malam ni free & easy je kalau larat blh la kalau nak gi shopping di Jungang shopping mall. 10mins from hotel by foot. Fikir2 masa ni kalau x gi malam 1st day tu, risau malam2 seterusnya tu x dan gi dah sebab kepenatan kot kan. Berdua dengan roomate, kami terjah jugak selepas dinner ke Jungang. bukan jongang k ^^

our dinner. nasi goreng sotong.
singgah sini dulu. baca blog org sume citer ada macaroon dedap kat sini

nyum3. mmg sedap

pastu singgah gerai buah pula.
ngancam betul strawberry tu.

dah sampai. kena turun ikut tangga kt belakang tu.
xde pape sangat la sini. kalau nak mencari baju/kasut/cosmetics ada laa.
sourvenir xde kat sini

<3
Malam tu alhamdulillah tidur lena. Sebelum tidur siap makan macaroon & strwberries dulu hehe. tapi strawberry paling sedap pernah dimakan tetap dimenangi oleh strawberry Jepun. aduhaii rindu. strawberry kat Ukraine pun x sesedap strawberry Jepun tau haha. Tapi masa kat Ukraine tu lebih obsess dengan cherry sebenarnya, tiap2 kali spring x sabar2 nak makan cherry ;) 

ok Day2 lebih panjang storynya so kita sambung next time je la haha